Pages

Wednesday, April 8, 2009

Bila Dah Tak Cukup Masa


Sejak kebelakangan ni, aku dihambat masa. Tiada lagi hujung minggu untuk aku berehat, apatah lagi mahu buat kerja-kerja peribadi aku. Keluar di awal pagi dan balik di hujung senja, kadang-kadang bawa ke malam semestinya membuatkan aku begitu penat. Apa yang aku buat sebenarnya? Apa yang aku buat itu, betul ke pada masanya? Wajib ke aku buat perkara itu? Ataupun ianya hanya pelengkap pada kehidupan aku? Banyak perkara yang perlu aku fikir tetapi aku terpaksa KIV dahulu. Bukan kerana malas, cuma aku terpaksa bagi masa pada otak dan badan aku yang tengah letih ni berehat dan barulah aku boleh berfikir dengan baik. Apa tidaknya, kerja non-stop dan sentiasa kena mobile. Mana sempat untuk aku fikirkan semua tu (alasan je ni.hehe). Dalam di tengah kekalutan tu, aku dah tak boleh bahagikan masa dengan betul. Assignment dan proposal aku dengan kerja part-time, mana satu lebih penting!!!? Aku rasa dua-dua penting cuma perlu pandai bahagikan masa.

(Cerita dalam kesibukan)
Pada hari pembentangan research proposal aku hari tu, nasib aku tak berapa baik. Tetiba je supervisor aku masuk dalam bilik pembentangan. Memang aku cuak. Mana taknya dah aku hanya dua kali jumpa dengan dia untuk proposal aku tu. Aku main belasah je waktu present tu. Dah la ramai yang tengok. Aku buat cool je la. Sebabnya memang aku dah tak kisah lulus atau tak subjek tu. hahaha..Next sem aku still boleh ambil lagi subjek tu. Janji aku boleh graduate on time. :D

Yang aku bengangnya, kenapa ada orang cakap yang student ni tak sibuk? Student ni hanya duduk belajar dan buat kerja-kerja yang pensyarah suruh je ke? Orang yang dah bekerja saja ke yang sibuk? Aku pernah ditanya, "ko ni buat apa sblm ni? duduk lepak je ke? Oleh kerana assignment aku tak siap 100%, dia fikir aku ni pemalas, suka tidur, keluar lepak dan ponteng kelas. Padahal dia tu selalu "mengular" pada waktu kerja. Pastu dia buat "poyo" depan aku pulak. Dah la tak membantu, bila jumpa je mahu marah-marah aku pulak. Tak membina langsung. Tapi tak mengapalah, dah nama student confirm aku yang salah. Yang buruk+yang jahat+yang salah=STUDENT. Kami ini belajar dan memerlukan teladan yang baik dari orang lain. Bukannya untuk disalahkan!

Aku cuma berpesan pada diri aku jangan hanyut dengan tipu-daya-dunia. Jangan sampai aku tersungkur dan masa dah tak boleh diulang balik.
-Pantas berfikir, buat keputusan yang berhikmah, dan proaktif-