Pages

Wednesday, June 30, 2010

Ragam Penonton #4

Mata dah layu, mulut asyik menguap, kulit pun dah seram-seram sejuk.. dok menunggu gol dari Spain yang tak kunjung tiba..


Mamat: bila nak score ni.. boring betul!
Ali: aku dah naik baran tengok Ronaldo asyik diving je..
Mamat: eh, mana Alonso? Dia tak main ke malam ni.. tak nampak dia pun.
Ali: Alonso yang bawak keta tu ke?
Mamat: errkk! Yang aku cari Xabi Alonso.. bukan Fernando Alonso


*Fernando Alonso keje dia bawak keta F1 bukan sepak bola.. sengal macam si minah jugak.haha

Friday, June 25, 2010

Padan Muka Aku!


Seperti addicted to internet, aku juga tak dapat nak berhenti dari bermain bola sepak/futsal.. dah macam ada dadah dalam badan aku ni.. tak cukup main waktu petang, malam pun aku bantai pergi main futsal.. bila dah macam ni gayanya, ada la upah, bonus atau penangan untuk aku..



Tak sampai 5 minit aku main bola semalam, aku terus keluar.. tak sempat aku nak buat tendangan lencong ala-ala David Beckham, dah kena keluar padang.. sebab apa? Bukan sebab kena kad merah, tapi injured.. otot peha aku koyak! Bak kata orang putih, quadriceps strain/tear.. ni la penangan orang yang tak reti berehat dari menendang bola.. over exercise, over stretch dan segala macam over..


Tak cukup lagi dengan injury tu, balik rumah je terus aku demam.. datang segala virus batuk dan selesema.. suhu badan dah naik mencecah tahap gunung berapi nak meletop..mungkin ini yang orang dok cakap-cakap demam bola.haha.. nak pulak World Cup sekarang ni dah nak masuk pusingan kedua tanpa kelibat pasukan Perancis ngan Italy.. jangan sampai Spain pun tak layak ke knock-out round sudah la.. boleh demam seminggu dua jugak tu!


Sekarang masa untuk aku rest kat rumah melayan bola sepenuh masa.. tak puas tengok secara live, highlight pun aku layan.. sambil-sambil tu boleh jugak aku letak ice kat peha aku ni.. harap-harap cepat elok peha aku ni sebelum manager Sahabat FC pecat aku dari team.. mau makan sebulan jugak mahu sembuh ni.. owh tidak!