Pages

Wednesday, September 29, 2010

Komen Terbuka


Aku nak cerita sikit pasal tulisan.. orang cakap tulisan ni boleh menggambarkan peribadi seseorang.. sebelum tu baik aku mengaku siap-siap yang tulisan aku sungguh tidak berapa nak cantik.haha.. malah tulisan aku tak tetap.. kejap italic, kejap times new roman, kejap comic sans.. lebih kurang macam tu la.. selalu berubah-ubah..


Bagi aku tak kisah la tulisan cakar ayam ke, kejap besar kejap kecik ke, janji kita menulis.. tak semestinya tulisan cantik tu orangnya cerdik dan tak semestinya tulisan buruk tu orangnya bodoh.. cuba tengok tulisan doktor.. mana ada nak elok.. haram tak faham apa yang doktor tulis.. aku rasa aku patut jadi doktor memandangkan tulisan aku pun macam haram..


Cuba korang tengok tulisan kat bawah ni.. apa pandangan korang? komen sikit.hehe..



p/s: kepada yang berkenaan, sila marah aku ok.. aku upload tulisan ang secara haram..haha!

Monday, September 27, 2010

Aku Kena Skodeng



Entah kenapa sejak kebelakangan ni masa aku mandi terasa ada orang skodeng.. pintu tandas aku dah tutup rapat.. tingkap lubang angin tak pernah pulak aku bukak.. malu beb kalau kena skodeng tanpa rela.haha.. aneh sungguh!


Mata aku selalu melilau tengok surrounding aku kot-kot ada yang mengintai.. tak senang aku nak mandi.. dalam dok cuak-cuak ayam takot kena skodeng, 15 minit jugak aku mandi..wadehek!


Malam kelmarin aku dah tahu sape yang skodeng aku tiap-tiap hari.. nasib baik aku tak tangkap beliau bawak ke balai polis.. kesian.. malas nak kecoh-kecoh.. rupanya sang puteri katak puru yang selalu dok skodeng aku.. malunya!



sungguh comel puteri katak ni


Wednesday, September 22, 2010

Saing-saing Barack Obama


Selamat hari raya kepada semua.. erk! buang tebiat ke apa time macam ni pun masih bagi ucapan raya.haha.. aku lama menghilang bukan sebab beraya sakan sampai tak hingat dunia ok.. memang aku beraya sakan tapi tak da la sampai berminggu-minggu.. mungkin aku patut ucap selamat hari raya bagi orang yang sudah habis puasa 6..


"kalau blog aku ni seekeor haiwan belaan, nescaya dah lama mati kebulur..
kalau blog aku ni seorang awek, nescaya dah lama dia merajok minta putus..
kalau blog aku ni sekuntum bunga, nescaya dah lama mati kelayuan.."



bila kita sibuk, mesti teringat waktu senang-lenang.. kepada yang pedulikan aku, tenkiu yea atas keprihatinan anda.. bila aku ada masa nanti aku akan ke blog hangpa semua.. komen korang pun aku beloum reply.. sorry yea. aku sedang damn buzy like obama!haha..




Tuesday, September 14, 2010

Missing Pocket



Ni bukan fesyen atau trend baru untuk baju melayu tahun ni.. terpinga-pinga aku di pagi raya tengok baju melayu ni.. entah ke mana poket atas ni pergi.. lagi dua poket kat bawah ada.. pelik tak?


Aku ingat kalau bukan tukang jahit saja nak buat dajal, ni mesti kerja encik ayah nak prank aku.. sebab dia yang beriya nak hantar baju jahit.. baju dia elok je aku tengok.. siap ada labuci lagi.haha.. ikutkan hati nak pakai baju raya yang dua tahun lepas je..


Dengan kekurangan satu poket, maka duit raya aku tahun ni pun turut berkurangan..dem~ hipotesis yang tepat selepas aku kira duit raya semalam.. nak bayar saman pun aku rasa tak lepas.. hampeh!

Friday, September 10, 2010

Ucapan Mohor Besar Raja-Raja



"Setelah diperkenan bla bla bla maka diisytiharkan bla bla bla bersamaan hari jumaat bla bla bla..."..horay, besok raya..



Di kesempatan ini, aku nak mohon maaf dari hujung rambut hingga ke tapak kaki akan salah silap aku kat angpa semua.. aku memang selalu buat semak kat blog angpa.. dah la tersadong tak bagi salam.. pastu komen entry angpa macam-macam ikut suka jari.. mungkin ada tersalah bahasa.. mana yang terasa, jangan simpan dalam hati.. jadi harapannya, maafkan lah aku yang hena ini.. tiada niat lain cuma hanya ingin berkawan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
dari Tapak Kaki dan isteri

*kontroversi

Wednesday, September 8, 2010

Kaki Panjang & Persiapan Raya



Sekarang ni memang semua orang tengah sibuk.. bukan setakat jalan raya je sibuk dengan kereta, lori & bas yang sedang menuju ke kampung halaman masing-masing.. sediki traffic update dari kakak aku yang baru sampai subuh tadi, “jalan jem gile..gile pun tak jem macam tu”.. keluh-kesah kakak aku yang mungkin letih sangat walau bukan dia yang bawak kereta..


Aku nak bercerita pasal kelebihan berkaki panjang di kala menunggu countdown untuk beraya.. orang berkaki panjang ni memang selalu boleh diharap dan banyak kegunaannya lebih-lebih lagi tengah buat persiapan raya.. puan emak selalu ambik kesempatan.haha..


1) Kalau nak tukar langsir baru, memang tak ada orang lain yang boleh challenge..

2) Bab buang sawang lelabah, cepat je setel.. tak perlu terjengkit-jengkit..

3) Bila nak ambik Tupperware atas kabinet nak buat isi kuih raya, memang tak suruh orang lain dah.. mesti aku yang kena..

4)Nak mengecat rumah pun aku jugak yang kena.. boleh cat sampai ke ceiling rumah..

5) Masa nak gantung lampu lip lap lip lap, sah-sah aku yang kena gantung..

6) pot pet pot pet..





p/s: kekadang tak best jugak jadi tinggi sebab selalu kena buat kerja lebih..haha. gila pemalas aku ni.


Tuesday, September 7, 2010

Hati Kecil Terharu


Agak terharu perasaan petang ni.. adik bongsu aku yang darjah 5 tu sanggup pakai duit tabung yang dia simpan hari-hari lepas balik sekolah tu semata-mata nak belanja aku satu family makan pizza hut.. nak sangat berbuka puasa ngan pizza hut.. hati kecil ni terharu!

Monday, September 6, 2010

Double Trouble



Semalam seharian aku keluar.. dari pagi bawak ke maghrib baru balik.. dengan mood buat-buat lupa akan saman sehari dua lepas, aku keluar jugak ke kawasan bebas cukai nak shopping sebarang dua.. duit untuk bayar saman, nanti-nanti lah aku pikirkan.. sekarang fokus kat kedai mana aku nak habiskan duit tak berapa nak banyak ni..


On the way nak ke sempadan, aku follow seekor kereta kancil berwarna putih.. tetiba driver tu campak air kotak soya keluar dari tingkap kereta.. uiks, kejadahnya perlakuan sebegini rupa di siang macam ni.. dia buang sampah merata dah satu hal, dia ni tak puasa ke? Malas aku nak pikir..


Dipendekkan cerita, sesudah aku and the geng membeli kitorang terus belah.. seperti biasa, bila pergi sempadan kena la lalu depan pos kastam dan Unit Pencegahan Peneyeludupan (UPP).. masa lalu depan kastam, tak da pulak nak kena tahan.. aku mula perasaan yang muka aku ni baik.. bukan muka penjenayah.haha..




Masalah aku yang pertama bila sampai dekat pos UPP.. boleh pulak askariah tu nak tahan kereta aku sebab nak buat pemeriksaan, takut-takut aku seludup beras ke mercun ke bom ke awek siam ke atau hape-hape menda yang boleh diseludup..


nak dijadikan cerita boleh pulak aku terlupa nak bawak ic & lesen memandu.. tertinggal kat rumah.. kelmarin punya pasal la ni.. salah besar kalau memandu tak bawak menda tu semua.. nak pulak aku kat sempadan.. confirm pergi balai beb.. silap-silap boleh dapat pakej bermalam dalam lokap lagi..


Muka aku dah pucat macam orang nak mati.. hari menyebelahi aku.. Nasib baik la salah sorang dari kawan aku tu ayah dia ‘orang besar’ UPP kat sempadan.. kawtim punya kawtim, koperal tu kasi lepas.. tanpa merasuah koperal aziz, kitorang cepat-cepat berambus dari pos tu.. takut-takut dia berubah hati.. Alhamdulillah..


Lepas hantar kawan aku semua balik rumah, aku terus pecut balik..hari dah nak senja.. jangan tengah jalan nanti ada road block polis pulak.. kalau tak nahas la aku kali ni.. aku dah trauma kot.haha..


Aku sampai rumah tepat jam 7.. trouble kedua untuk aku.. boleh pulak family aku balik berbuka puasa kat kampung tak tinggalkan kunci rumah.. aku dah rasa hampeh semacam je ni tapi aku tetap maintain cool.hehe.. ada lagi 20 minit orang nak azan maghrib.. dah la aku pakai seluar tiga suku.. takan nak pergi bukak puasa kat masjid macam ni kan.. tak pasal-pasal tok siak halau aku keluar nanti..



Nasib baik la kat ampaian ada kain pelikat cap gajah duduk kepunyaan bapak aku.. aku sebat kain tu pastu terus lincah kadok pergi kedai 7E.. aku beli air soya je buat buka puasa.. buka puasa dalam kereta aku kali ni.. dengan badan dah letih gila.. gila pun tak da letih macam ni.. aku malas nak pikir panjang.. baik aku lepak kat masjid je.. lagipun mak aku call cakap pas terawikh baru dorang gerak balik rumah..


Pukul 11 baru family aku sampai rumah.. ni gara-gara adik aku yang sengal nak prank aku la ni.. buat-buat lupa nak tinggalkan kunci dalam rak kasut.. aku malas nak merunggut atau marah.. aku masuk rumah dengan mulut tertutup..what a long day!