Pages

Monday, September 6, 2010

Double Trouble



Semalam seharian aku keluar.. dari pagi bawak ke maghrib baru balik.. dengan mood buat-buat lupa akan saman sehari dua lepas, aku keluar jugak ke kawasan bebas cukai nak shopping sebarang dua.. duit untuk bayar saman, nanti-nanti lah aku pikirkan.. sekarang fokus kat kedai mana aku nak habiskan duit tak berapa nak banyak ni..


On the way nak ke sempadan, aku follow seekor kereta kancil berwarna putih.. tetiba driver tu campak air kotak soya keluar dari tingkap kereta.. uiks, kejadahnya perlakuan sebegini rupa di siang macam ni.. dia buang sampah merata dah satu hal, dia ni tak puasa ke? Malas aku nak pikir..


Dipendekkan cerita, sesudah aku and the geng membeli kitorang terus belah.. seperti biasa, bila pergi sempadan kena la lalu depan pos kastam dan Unit Pencegahan Peneyeludupan (UPP).. masa lalu depan kastam, tak da pulak nak kena tahan.. aku mula perasaan yang muka aku ni baik.. bukan muka penjenayah.haha..




Masalah aku yang pertama bila sampai dekat pos UPP.. boleh pulak askariah tu nak tahan kereta aku sebab nak buat pemeriksaan, takut-takut aku seludup beras ke mercun ke bom ke awek siam ke atau hape-hape menda yang boleh diseludup..


nak dijadikan cerita boleh pulak aku terlupa nak bawak ic & lesen memandu.. tertinggal kat rumah.. kelmarin punya pasal la ni.. salah besar kalau memandu tak bawak menda tu semua.. nak pulak aku kat sempadan.. confirm pergi balai beb.. silap-silap boleh dapat pakej bermalam dalam lokap lagi..


Muka aku dah pucat macam orang nak mati.. hari menyebelahi aku.. Nasib baik la salah sorang dari kawan aku tu ayah dia ‘orang besar’ UPP kat sempadan.. kawtim punya kawtim, koperal tu kasi lepas.. tanpa merasuah koperal aziz, kitorang cepat-cepat berambus dari pos tu.. takut-takut dia berubah hati.. Alhamdulillah..


Lepas hantar kawan aku semua balik rumah, aku terus pecut balik..hari dah nak senja.. jangan tengah jalan nanti ada road block polis pulak.. kalau tak nahas la aku kali ni.. aku dah trauma kot.haha..


Aku sampai rumah tepat jam 7.. trouble kedua untuk aku.. boleh pulak family aku balik berbuka puasa kat kampung tak tinggalkan kunci rumah.. aku dah rasa hampeh semacam je ni tapi aku tetap maintain cool.hehe.. ada lagi 20 minit orang nak azan maghrib.. dah la aku pakai seluar tiga suku.. takan nak pergi bukak puasa kat masjid macam ni kan.. tak pasal-pasal tok siak halau aku keluar nanti..



Nasib baik la kat ampaian ada kain pelikat cap gajah duduk kepunyaan bapak aku.. aku sebat kain tu pastu terus lincah kadok pergi kedai 7E.. aku beli air soya je buat buka puasa.. buka puasa dalam kereta aku kali ni.. dengan badan dah letih gila.. gila pun tak da letih macam ni.. aku malas nak pikir panjang.. baik aku lepak kat masjid je.. lagipun mak aku call cakap pas terawikh baru dorang gerak balik rumah..


Pukul 11 baru family aku sampai rumah.. ni gara-gara adik aku yang sengal nak prank aku la ni.. buat-buat lupa nak tinggalkan kunci dalam rak kasut.. aku malas nak merunggut atau marah.. aku masuk rumah dengan mulut tertutup..what a long day!

21 Mitos:

Fuz said...

sian gila dekat lu brader.haha
memang double trouble.haha

tapi kampung lu dekat mana?
gua dah beratus kali lalu dekat UPP tu.haha

ainraus said...

kasihan..... :)
tapi lawak..

nabilah_2908 said...

penatnya dia...hehe..

xpe la dugaan di bulan puasa...& tahniah kerana dpt menjalani dugaan itu dgn sabar... (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
LELAKI ITU

Aleen Aiden said...

halah..nak marah kebendenye da sng ati sopping sakan siang 2..cet!hiperbola semate.hu3

sYaza said...

hahhahahha..sian kau!!nape la xde road blok..kalo ade..mesti lg stress idup kau.ahahhahha

MiMiEy :) said...

wah, kesian3..
sabar je lah..
hehe

Selipar Putus said...

hik3.. memang besh ke'trOuble'an ang wahai cucuku.. trOuble is a friend Oh.. tp siyes nenek cian tahap cipan kat ang~ hatOii

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nasib baik 7e tak de kod atika berpakaian

Carnation said...

hang memang kental..haha

Tapak Kaki said...

Bf katie holmes: kampung aku kat kb.. ang dok sempadan jugak ke sampai beratus kali kena lalu kat UPP tu?


qaseh: boleh ang cakap lawak ek... trouble ni ang kena sedih nanges baru betol...haha


nabilah: sabar je la yang aku mampu takat ni..


aleen: shopping ngan roadblock suatu menda yang jauh berbeza.. jadi, izinkan aku marah ye.haha..


syaza: sukaa je ang ni ek..


mimiey: biasa la tu.. ada time susah dan senang..


nenek: aku suka mencampak diri aku ngan kesusahan.. wakaka..


brutal solo: kalau 7E buat macam tu, sah aku boikot seumur hidup..haha..

6.9: lagi kental otot biseps aku ni.haha

Selipar Putus said...

campak sajOrk diri ang lam lOngkang.. ley kawan ngan cipan lam lOngkang tu..hOhO

Tapak Kaki said...

nenek: aku ngan lipan memang kamcing.. toksah masuk longkang, dalam poket aku pun melambak ni..haha

Anonymous said...

I'm back! Ang shopping di sempadan? Apa yg best sangat sana? Kami gi masjid india je cari kuih raya di malam raya.. murah ooo, yg lain pun murah2. Percaya?

Selipar Putus said...

haha.. bak sini sedOzen lipan.. nenek nak wat biskut lipan, kasi ang makan! hOhO merry christmas

Tapak Kaki said...

MHps: best woo shopping kat sempadan.. semua murah! like no other.hehe..tak best ar beraya kat bandar..kampung lagi best...


nenek: wak lu merry crismes..ang ni memang dah sawan hape.. ni mesti tengok iklan raya kat TV3 tu..haha

kata kila said...

gile lah.kental tak ingat punya

Tapak Kaki said...

Kila: kental dengan hati cuak gila.haha

Yuni Aisyah said...

ciannya kt dia..haha..ape la nasib..=P

nak bgtau nie ak suke care penceritaan ang...mudah difahami n enjoy..=)

ak dah puji nie..jgn lupe kasi ang pau t ak k..;D

Tapak Kaki said...

ang terlampau memuji..

ok.. ang datang rumah aku kompem aku kasi ang pau..hehe

dak zoo said...

penjenayah cm ko mmg akn kecut pewot ble kne thn kn?? isk3.. ape la nsib bdn ko asik kne thn jerk! (ak tumpang simpati kt ko tapak kaki..)

Tapak Kaki said...

dak zoo: ada jugak orang simpati..hehe