Pages

Friday, September 3, 2010

Tapak Kaki Kini Penjenayah

Setiap orang yang melanggar undang-undang negara semestinya bersalah dan dianggap sebagai penjenayah..

Kini aku sudah bergelar seorang penjenayah.. bukan lagi seorang budak setan seperti dahulu..

Dulu aku seorang yang mendaulatkan undang-undang negara..

Yakni rukun negara yang terpampang di belakang buku tulis sekolah rendah..

Sekarang aku sudah mencabul undang-undang tersebut..


Tapi jenayah apa yang sudah aku lakukan?


Aku didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 13 (A), Kaedah 7 di bawah Kanun Keseksaan.


Aku terpaksa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam dan jika disabitkan kesalahan boleh dirotan sebanyak 13 kali atau dikompaun sebanyak RM70k atau kedua-duanya sekali..


Intro nak serius je kan..biar betol aku ni?haha...

sebenarnya tengah hari sebelum aku balik kampung kelmarin, aku kena saman dengan polis trafik dekat KM 2.4 lebuhraya guthrie.. boleh pulak polis nak buat road block tengah matahari mencanak tegak atas kepala.. tak reti panas ke diorang ni.. aku dan my lady kena saman sebab tak ikut jalan motosikal masa kat highway..rasa geli je kena saman sebab macam ni..haha.. kalau kena saman sebab merempit rasa megah la jugak.. ni takat cilok masuk jalan kereta apa la sangat kan.. membazir kertas saman je polis tu..


Kalau naik motor pergi shah alam aku memang tak pernah ikot jalan motor..sesape ikot jalan motor seperti mencampakkan diri ke lembah kebinasaan la jawabnya.. sebab apa aku cakap macam tu? jalan motor kat highway guthrie tu macam cilake! dah la jalan potong masuk dalam semak.. jalan tak rata, bengkang-bengkok, berlubang dan berpasir.. dalam erti kata lain bahaya..


aku tahu la roadtax motor hanya RM2 dan tol pun free tapi agak-agak la buat jalan macam tu..


mana la aku nak cekau duit nak bayar saman ni.. tak da baju raya lagi la aku tahun ni.. nampaknya aku kena kumpul duit raya bebanyak la nak buat bayar saman nanti.. kalau sebijik buah rumah kasi duit raya 10 hengget, jadi aku terpaksa pergi dalam doploh bijik rumah.. betol tak matematik aku ni?



p/s: sesape nak balik beraya, hati-hati lah yea.. polis dah start buat ops sikap..

22 Mitos:

nur aisya humaira said...

keciannye kt ko..
teruk betol polis ni...
alergik je dgr nme polis...hoho

h A n Y S said...

kesian..
padan mukeh~! tu jelah yg boleh dikata..
miahaha!

Shu Shinju said...

alolo..ciannye dia kene saman... ape la polis traffic tu..bulan puasa pon nak saman... xde kebajikan langsung..huhu..

Peminat Katie Holmes said...

lu tau takpe.
gua pun dah kena saman. habis lari budjet.

Tapak Kaki said...

nur aisya: polis ni suatu virus.. memang patot kita alergik..haha..


hanys: terima kasih atas perhatian ang tu...dem~


shu: dorang ni memang tak da keje lain.. kalau tak menyaman tak sah..


BF katie holmes: ang kena saman apa ?

nabilah_2908 said...

biasa la polis pun nk gak duit raya...tu yg gigih buat road block..kt sini pun sama gak..

semalam...berderet2 kete kena saman akibat salah lorong...huhuhu...

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOGWALKING

aleen adela akoo ^_* said...

tahniah.2je aku nk ckp.huuu
sian ang.

h A n Y S said...

hahahaha~
gurau semata derrr..
bulan pose, takmo mrh2..
ekeke :P

dunspeak♥ said...

wah macam bes je kena saman..hahahaaa ;p

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kita serupa

Tapak Kaki said...

nabilah: polis dah tak suka kejar penjenayah.. dorang suka saman orang baik macam aku je sekarang.hehe

Tapak Kaki said...

aleen: ang suka je bila aku kena saman ek.. lari la bajet aku nak belanja ang.haha..

Tapak Kaki said...

hanys: aku tak marah pun.. aku marah kat polis tu je.haha..


dunspeak: ketawak kat aku yea.. dem..


brutalsolo... ang pun kena saman jugak ek.. ke ang kerja polis?hoho

sYaza said...

huhu..kau ni mmg sadis la...kne saman....kne UPP..isk3..bawak3 la mandi bunga.hahhahah

Selipar Putus said...

tahniah daripada nenek sekeluarga! haks3

Tapak Kaki said...

demmit~

Selipar Putus said...

wadehek.. haha

Tapak Kaki said...

ang memang tak puas hati kan..haha

kata kila said...

habes duit habes duittt wakakaka

Yuni Aisyah said...

hahaha...padan muke hang..=P

Tapak Kaki said...

kila: tak dapat nak bagi duit raya kat ang macam ni..haha..


yuni: ces.. muka aku memang padan dari dulu lagi.wakaka

MUHAMMAD SHAHIR BIN SALLEH said...

bro...cite betoll nie...foolis than gua...knon nk sman sal gua da wat sikit salah la...tup2 ngepaw gua seratos...gua xda..klepet2 gua nyer dompet,de 7ploh ja...mat foolis ckp,"xpe..yg lebih kurang 2 kira halal...'pas2 gelak2 wat muke jhat..erghhh....egat2 blik mcm tbakaw ja at ni...ni la realiti..hrap pagar,pagar mkn mcD...