Pages

Monday, January 24, 2011

Pelik!


Bangun subuh terus terkejut! Mimpikah aku? apasal tapak kaki aku dua belah ni tak sama.. satu kecik satu besar.. dah la besar sebelah, siap berkaler biru lagi tu.. rasa macam mimpi ala-ala alice in wonderland pulak.. bila aku berdiri tegak terasa sakit.. sah, ini bukan mimpi..
dulu peha, sekarang kaki pulak.hehe..padan muka!

Wednesday, January 19, 2011

Ada Apa Dengan 100


aik.. boleh pulak tetiba blur nak tulis pasal apa.. Satu masa dahulu, blog aku ada 18 orang followers.. yang paling best masa follower aku dari 3 orang cecah jadi 10.. 3 orang yang disayangi; seorang classmate, seorang housemate dan seorang amoi..memang angka 3 tu bertahan selama berbulan-bulan jugak.. setepatnya 7 bulan 14 hari .. tanpa 3 takan jadi 10, kan?

Nak dapat 100 followers tak da la susah mana pun, tapi nak dapat seorang kawan memang susah.. kalau aku jadi pakwe Maya Karin, confirm jumlah follower aku meletop.haha.. Seorang kawan memang tak dapat nak nilai.. jadi tak kisah la angka follower tu nak jadi berapa pun. Aku langsung tak kisah.. aku hanya kisah pada yang nak berkawan saje.. peace no war.


p/s: Don’t follow me.. I’m lost too!



Sunday, January 9, 2011

Aku Masih Muda


Pendek cerita, 2 hari lepas aku pergi pejabat pos atas urusan memohon jawatan kosong.. bukan nak kerja sebagai posmen seperti yang dicita-citakan suatu ketika dahulu.. sekadar membeli sampul pos express untuk setelkan kerja last minute aku ni.. cuma ada 2 hari je tinggal untuk resume aku sampai ke meja HR.. kata DIJAMIN SAMPAI ESOK.. jadi, sempat la kan.. kalau lambat sampai, aku jobless.. padan muka!


Masa dok asyik isi tempat kosong atas sampul pos express tu, tetiba dengar awek sebelah panggil "PAKCIK, SETEM NAK BELI KAT MANA?".. terus aku dongak dan pandang muka dia.. erk, apasal mata dia pandang ke lain..?? lorh, patot laa.. dia tanya pakcik kat sebelah aku rupanya..haha. yang aku perasan tua sangat ni jadahnya.. aku muda lagi kot!

Sunday, January 2, 2011

Jangan Ponteng Sekolah


Esok budak-budak dah mula bersekolah.. yang besar sikit mula beruniversiti@berkolej.. yang aku ni pulak duduk rumah tanam anggur..haha. wajib merasa erti penggangguran tu.. salah satu nikmat dunia orang cakap.. jadi kenalah rasa seronok bergelar si penganggur ok!


Nak cakap jadi penganggur sepenuh masa tak jugak.. actually, aku baru saje apply kerja jadi driver hantar budak pergi sekolah dengan Syarikat Puan Emak Sdn Bhd.. macam driver bus GBS gitu.. bila dah hantar pergi sekolah, mesti nak kena hambik jugak kan.. humph, nasib baik la adik aku tu dah sekolah menengah.. sekolah perempuan pulak tu.hehe.. korang jangan pikir mengarut pulak.. takan la aku nak mengorat budak sekolah.hahaha..


-------------


Semalam aku keluar main futsal dengan kengkawan.. singgah sebentar kat mesin ATM.. bukan nak tengok PTPTN dah masuk akaun ke belom.. tapi nak tengok ada berapa sen lagi leh withdraw.. maklum saja la.. da tinggal 2 angka, kan.. masa beratur kat mesin ATM tu, ada sorang brother tengah Q dan dua orang awek sedang dok gedik-gedik tekan mesin ATM.. punya la lama tunggu dorang dok romen mesin ATM tu.. siap sembang bergelak ketawa lagi.. ni mesti student USM.. mentang-mentang la scholarship korang dah masuk yer.. nasib baik brother kat depan aku tu sabarnya tinggi..


Masa aweks tu nak belah, dorang macam sengaja buka ruang kat tengah-tengah.. mungkin nak suruh orang tengok baki akaun dia..

RM 3,458,60

Banyak betol duit minah ni.. aku rompak baru tau.. aku punyer la beratur lama tunggu minahs tu setel.. padahal aku nak draw RM30ratus je.. buang karan betul.. sekali sampai turn aku mesin tu cakap ada not RM50 je.. aaargghh!!! demmit..sindir aku la tu!