Pages

Wednesday, December 23, 2009

Meneropong Usia

sekarang kita sudah diambang tahun baru 2010.. tahun 2009 akan pergi dengan sejarah dan kenangan yg sudah kita lakonkan.. di usia 23 aku sudah rasa cukup dewasa walaupun aku masih belum menempuh alam pekerjaan.. aku menutup tahun ini dengan penuh kekecewaan dan musibah.. hidup aku bukan untuk tahun ini, tapi untuk masa hadapan.. apa yg aku bina hari ini adalah bukan sahaja untuk hari esok malah memberi kesan di masa hadapan.. walaupun aku gagal hari ini, tak bermakna aku akan terus gagal pada hari esok.. jangan cepat menyerah kalah!

sepatutnya di usia 24 tahun, aku akan bergelar seorang PEGAWAI SUKAN.. tapi nasib tak menyebelahi aku.. Encik Nasib la punya pasal ni.haha.. mungkin betul apa orang-orang tua cakap menuntut ilmu biar dari rebung hingga ke liang lahad.. sebab itulah aku masih bergelar Pelajar di usia 24 tahun.. dan mungkin sampai aku meniti usia 78 tahun aku masih bergelar Pelajar.. aku menyahut tuntutan tersebut!

kawan-kawan sebaya aku sudah mengorak langkah ke alam pekerjaan.. sedang membina masa depan yg cerah.. tambahan pula ada kawan aku yg baru sahaja membina "rumah tangga - tingkap pintu lantai" yg bahagia.. walaupun beliau sering menerima dugaan yg pelbagai, yg tak putus-putus menimpa, memang langsung tak diundang dan bukan calang-calang dugaan tapi beliau tetap berjaya mengatasinya dengan sabar.. sejujurnya beliau memang sumber inspirasi hidup aku!

namun begitu, aku harus bangkit dari kesilapan lepas.. harus bangun mencipta kejayaan demi masa depan.. hidup sekarang bukannya senang.. tanpa usaha, aku takan dapat apa-apa meskipun di dunia malah di akhirat.. aku bukan remaja lagi.. usia aku makin meningkat.. keadaan sudah berubah.. jadi sedarlah wahai AKU!

p/s: memotivasikan diri menyanggah negativiti!

Monday, December 21, 2009

Selamat Pengatin Baru

















Merpati Dua Sejoli (Fitri&Surya)
19-12-2009

Friday, December 11, 2009

jom tanya result orang...

Entri ditulis masa aku rasa hampeh gila.. result dah kuar.. ramai student complaint tak dapat nak login untuk check result.. orang ramai dah gelabah tak dapat check result.. aku sorang je selamba badak pura-pura tak tahu yg result dah kuar.. buat apa nak kalut-kalut nak check result.. dah aku tahu result semester lepas sebelum final exam lagi.. sejak 2 bulan lepas aku dah dapat result tu walaupun belum tarikhnya.. sungguh bertuah diri ni menjadi pelajar pertama yg dapat tahu result semester lepas.. terima kasih kepada beliau menjadikan aku orang yg sungguh bertuah..

p/s: Apa dilarang membuat comment di entri ini.haha

Sunday, December 6, 2009

Untuk Apa...?

Sempat lagi aku menekan keyboard ni sebelum lelapkan mata.. menaip dalam keadaan gelap bukan kerana aku memejam mata, tetapi lampu sudah terpadam.. sudah sekian kerja-kerja rumah dilangsaikan pada jam 5 pagi, tiba masanya untuk aku 'take a nap' kejap.. tapi tak jadi.. aku terasa mahu menulis sesuatu.. jadi, aku on laptop ni..

untuk apa...
sekian lama aku laksanakan tanggungjawab aku di rumah ni, kini sudah tiba masanya untuk aku berhenti seketika.. hanya seketika kerana aku yakin pada suatu hari nanti aku pasti aku akan memikulnya kembali.. kurang dari 24jam mak ayah aku akan sampai di rumah.. pulang dari menunaikan rukun Islam yg ke-5..sekarang mesti mak ayah aku sedang berada di ruang udara Lautan Hindi..

kepulangan mak ayah aku dengan penuh pengharapan.. harapan setelah menaburi doa-doa semasa di Tanah Suci.. Mengharapkan kejayaan untuk anak-anak mereka.. yg paling penting mengharapkan anak-anak mereka berubah menjadi seorang yg berguna.. namun begitu, aku masih bingung dengan sesuatu..

fikir apa..
adakah aku laksanakan tanggungjawab aku dengan baik? ikhlaskah aku? layakkah aku bergelar abang kepada adik? anak jenis apa aku ni? apa yg dah aku buat sebelum ni? macam mana aku nak terangkan hal tu nanti?

fikiran aku kusut tapi aku tetap bersyukur kerana mak ayah aku sihat walafiat pulang ke tanah air..