Pages

Tuesday, January 26, 2010

Bas Kelantan: Dulu dan Sekarang

1menjak 2menjak ni, aku rasa teringin nak naik bas je.. bukan bas express tapi bas perbandaran.. dah lama tak naik.. kot ya pun nak ke mana kalau aku mau naik bas?? erk.. kali terakhir aku naik bas masa zaman sekolah menengah.. tu yg rasa gian seolah-olah naik bas ni macam naik aeroplane.. everybody love to fly kan.haha..

2 hari lepas aku pergi pos 'kapcai' aku kat nationwide.. dah alang-alang ke kota bharu dan tak tahu sape boleh tolong amik aku kat sana, jadi aku buat la keputusan untuk naik bas.. nasib baik aku masih ingat nombor bas kalau tak jenuh juga aku nak mencarinya.. nombor dah sama cuma laluan je berbeza.. aku main redah je la.. nasib baik dalam bas kelmarin aku tak kena sexual harrasment macam kawan aku tu.haha.. persoalannya ada ke orang nak harrass aku?wakaka...


kalau dulu asap bas hitam berkepol-kepol, sekarang asap bas mesra alam sikit.
kalau dulu bentuk bas macam biskut cap pingpong, sekarang comel sket macam chipsmore.
kalau dulu saiz bas agak
besar, sekarang saiz bas tak agak-agak sempit.
kalau dulu bas pakai
konduktor, sekarang dah pakai 'Promoter Tiket'.
kalau dulu pakai mesin
tiket tekan-tekan, sekarang pakai ala-ala macam tiket LRT.
kalau dulu
panas tak ingat dalam bas, sekarang dah sejuk.dah ada aircond beb.
kalau dulu aku naik bus bayar
$0.70 (masa sekolah), sekarang dah naik $1.50.

Entah bila lagi aku dapat naik bas SKMK ni.. adik-adik aku langsung tak merasa naik bas perbandaran.. nak buat macam mana dah nak ke mana ada je orang tolong hantarkan.. motor tak nak.. nak kereta je.ish ish ish...

p/s: Kalau nak dibandingkan dengan rapidkl, jauh ketinggalan la bus kelantan ni.huhu.. tapi syukur la kan..masih ada peningkatan walaupun lambat.haha.. =D

Thursday, January 21, 2010

Sakit Sana Sini

Sejak berada di kampung halaman, boleh dikatakan tiap-tiap petang aku kuar main bola sepak.. tak cukup dengan itu waktu malam pula aku kuar main futsal.. pergh, boleh tahan juga lasak aku ni.. tambahan pula aku baru saja join satu kelab bola sepak; SAHABAT FC.. makin rancak la aku main bola.. tiap-tiap minggu boleh dikatakan ada friendly match..

Yang buat lecehnya dari kali pertama aku main untuk team tu, aku dah mula injured.. mula-mula heel melecet lepas tu hamstring kanan pulak injured.. selang sehari dua lepas game minggu lepas hamstring kiri pulak injured.. aduhai, apa la nasib.. padan jugak dengan muka aku ni.. dah tahu injured bukan nak rehab betol-betol.. masih lagi buat keras pegi main bola tiap-tiap petang..

Macam mana nak cepat sembuh kalau macam ni gayanya.. mungkin dah gian sangat sampai tak boleh kalau seharian tak sepak bola.haha.. yang bestnya join team ni aku siap buat business lagi.. photographer services. "Snap Cuci Jual".haha.. setakat snap pakai kamera digital jer.. tak pakai modal pun.. walaupun untung tak da la besar sangat tapi aku gembira buat menda ni semua.. kesimpulannya duduk kat rumah lebih baik dari duduk di tempat orang.. hell yeah! =D

Sekarang ni aku bergelar seorang pesakit tegar.. jadi aku sedang berusaha meloloskan diri dari dibelenggu kesakitan... baru perform nak main bola nanti.haha.. kat bawah ni aku 'muatnaik' hasil 'petikan' aku.. simple tapi masyuk!


masa ni aku tengah injured.. jadi tak da dalam gambar..bertugas sebagai potographer.. nanti aku akan upload gambar penyerahan jersi pasukan ok.. adios!

Monday, January 18, 2010

Man in Action

Salam sejahtera kepada makcik-makcik yg merewang kat kenduri kawan aku hari tu.. tiba-tiba pula rindu kat diorang.. bukan main peramah lagi diorang, siap rekomen jadi menantu lagi..haha..owh tidak!

Sejak kebelakangan ni, aku sibuk sikit ke sana ke mari.. demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah ini, terpaksa aku bergerak ke hulu ke hilir untuk dapatkan data.. sudah 7 daerah aku jejaki, sudah beribu kilometer aku menapak (aku tak berjalan kaki ok).. buat masa sekarang masih tinggal 5 daerah untuk aku susuri.. bila aku nak sambung menapak ni??? aarrgghh..

Minggu depan dah nak pergi merantau balik.. dagang pak malau lagi la aku kali ni.. apa yg akan terjadi nanti aku pun tak tahu.. kalau kisahnya sama macam yg lepas, confirm aku mengamuk..errk!!!

Apa-apa pun misi harus diselesaikan..!

p/s: ada sesuatu perkara yg perlu anda baca untuk dikongsi bersama..klik di sini

Saturday, January 9, 2010

Masa Terbuang, Duit Terbazir!

Sudah dua hari patik berada di rumah setelah berkelana ala-ala dagang pak malau di negeri shah alam.. baru sekarang ada mood nak bercerita.. karangan membara seakan gaya nordin ahmad..pendek dan ringkas!

apa kejadahnya!!!?

3 hari aku mencari,
3 jam aku menunggu,
RM500 terbuang,
hanya 10 minit sahaja terbayar?!!!


Janji dinodai, amanah disalahguna, pangkat dianggap sebagai kebanggaan!!! kalau macam inilah cara seorang yg berpangkat menjalan tanggungjawabnya maka gelaplah dunia.. siaplah kau di akhirat kelak!

Saturday, January 2, 2010

Mata Kabur, Mulut Terkunci!

Besok bermulanya sambungan episod lama hidup aku di tahun baru.. menyelesaikan misi yg belum sudah.. lagi 6 jam aku akan bertolak ke shah alam untuk pertemuan 4 mata dengan beliau.. Mission Stuck! aku seakan malas untuk teruskan misi ini.. buntu dan tak tahu apa yg perlu aku terangkan pada beliau.. macam mana caranya untuk berbincang dengannya..? salah cakap nanti kena makin hamun pulak..erk.. tak nak aku terkena buat kali ke-2.. sekali dah cukup membuatkan adrenalin aku mendidih..

Nak tak nak aku kena jumpa dengan beliau.. perlu dibincangkan dan putuskan dengan pantas dan cerdas.. aku mahu tamatkan bebanan ini dengan secepat mungkin.. terpaksalah aku kuatkan semangat mengetuk dan menerjah bilik beliau isnin nanti.. bolos saja bilik itu!

Aku harap dapat hasilkan satu resolusi yg baik, yg diputuskan secara aman damai tanpa pertumpahan darah.haha.. moga perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.. kuatkan imanku ya Allah..

Shah Alam, here i go!