Pages

Monday, November 23, 2009

Cerita Desa

Minggu lepas aku sempat menjenguk kampung halaman.. tempat lahir aku.. kompem best balik sini bila musim hujan.. air sungai dah melimpah.. masa untuk siapkan rakit.. dalam kepala otak aku dah tak sabar nak main banjir ni.. tapi sempat ke aku nak pegi cari buluh mau buat rakit ni.. alahai.. tak boleh jadi ni.. kempunan aku nak naik rakit.. dah lama tak layan banjir nih..haha..

dalam dok layan kecewa aku tak dapat main banjir, aku ternampak 'seekor' binatang peliharaan atok aku yg baru dibela.. nama beliau PELANDUK.. walaupun beliau binatang tapi bentuk badan beliau lain sikit.. eh,mungkin lain banyak kot.. tak macam binatang yg lain.. mungkin beliau ni bukan binatang tapi bintang kot.haha..



nampaknya beliau ini bukan binatang yg biasa.. binatang made in china.. khidmat beliau diperlukan oleh pesawah macam atok aku.. atok aku ada suruh belajar bawa si pelanduk tu.. nanti boleh tolong dia kat sawah.. erk, mana aku ada lesen memandu pelanduk (alasan je tu).. tak sabar aku nak drive pelanduk ni kat sawah.. yeehaaa!!!




Uji Pandu Beliau

Monday, November 16, 2009

Baik Punya Pakej

hari yg suram.. walaupun hari yg indah tanpa hujan, aku tetap rasa tak best.. macam mana nak best dah aku tak tidur semalaman sebab kaki aku melecet teruk ditambah pula dengan sakit gigi tahap 90 petala langit.. erkkk!

aku cuba tidur awal semalam.. bila dah terlelap disebabkan pengambilan pil yg disyorkan ahli farmasi bertauliah, handphone aku pula berbunyi.. pergh, potong habis.. makcik aku telefon rupanya.. dia bagitau yg elaun praktikal aku sudah kuar.. tunggu masyuk dalam peti cash deposit je..yeah.hehe.. yg kelakarnya aku cakap la kat makcik aku tu, "awal bangun hari ni, apasal?".. makcik aku ketawa terbahak-bahak.. rilek je dia sounds aku balik, "bangun apanya, orang baru nak tido. baru pukul 12 midnite la".. haha..terkena aku.. aku mamai sesudah terjaga mengejut..rupanya aku baru tidur sejam..dah macam tidur seharian.. aku ingatkan dah subuh..aiya.. =D

nak sambung tidur balik dah tak dapat.. humph, aaargghh..sakitnya!

aku terbaring, tergolek dan mengerang sampai subuh.. lepas solat subuh aku terus hantar adik-adik aku pergi sekolah.. sakit masih tak reda.. malas nak pergi jumpa dentist.. leceh nak kena buat appointment. tapi pagi esok aku dah nekad nak pergi jumpa dentist.. dah tak sanggup tahan azab sakit gigi ni lagi..

hari ni juga dah mula petang yg membosankan tanpa buat rutin paling tetap dan utama aku.. tak dapat aku nak pergi main bola.. kaki dah melecet teruk.. jadi aku dok rumah menyesali dan memikirkan kenapa la tiap-tiap kali aku pakai kasut baru kaki aku akan melecet.. ada sesiapa tahu???

Thursday, November 12, 2009

Ani Sup Utara Kini di Kelantan

Dari pagi menuju ke tengah hari.. petang menyambut terik mentari.. malam tiba menutup hari.. kalau nak dikirakan sudah 22 hari aku memikul amanah ini.. rutin yg merubah emosi.. dalam emosi yg macam perempuan tengah period ni (ooppss, no offense) sempat lagi aku jalan-jalan lepas selesaikan kerja rutin aku.. suatu hari ketika aku tengah best dok layan pemanduan secara berhemat, aku ternampak signboard ANI SUP UTARA di tepi jalan..



sempat mata aku singgah ke dalam ruang restoren tu.. nampak macam baru buka.. wah, ini dah dikira bagus.. setahu aku restoren ni cuma ada kat shah alam je (sebab aku dok pegi shah alam je,jadi tak tahu la ada ke tak kat tempat lain).. yg bagusnya ada lagi satu cawangan akan dibuka berdekatan dengan rumah aku.. pergh, sekali buka terus dua restoren.. ni yg buat aku teruja nak pegi meratah nasi kat sana.. tak sabar nak 'spy' restoren tu.haha..



nasib aku memang baik.. 3 hari lepas mak sedara aku datang singgah di rumah.. dia ajak makan kat luar..mau belanja katanya.. hooray!!! apa lagi, cepat-cepat la aku ajak dia pegi makan kat ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 tu.. walaupun rasa makanannya sama sedap dengan yg kat shah alam tu tapi interior design restoren ni lebih cantik.. makanan yg pelbagai dengan harga pun berpatutan.. yg pasti korang kena rasa nasi ayam tu ok..



yg aku musykil orang kelantan tahu ke pasal restoren ni sebab first time ANI SUP UTARA buka kat sini.. aku tengok tak ramai orang datang kat sini.. sebelum balik sempat aku bersembang dengan pemiliknya.. peramah la katakan. selamba aku sapa dia.. sembang punya sembang rupa-rupanya cawangan ni dibuka seminggu sebelum bulan puasa hari tu.. lebih kurang baru 4 bulan beroperasi.. boleh dikatakan belum establish lagi..



oleh kerana entry ni merupakan promosi free of charge jadi aku menyeru kepada semua rakyat kelantan, para pelancong dan sesape yg singgah di negeri ini, datanglah ke restoren ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 dan CAWANGAN KUBANG KERIAN (akan dibuka) beramai-ramai ok.. :D



p/s: harap-harap aku dapat special price dengan promosi ini.haha.. =P

Sunday, November 8, 2009

Bola Sepak Kelantan Kini



Semalam baru sahaja tamat Final Piala Malaysia di antara Kelantan melawan Negeri Sembilan.. sebagai peminat bola sepak, tak sah sekiranya aku tak bagi 'kata-kata aluan' sempena final semalam.. selaku wartawan sukan untuk akhbar BOLOS, aku mesti kena buat laporan kan..haha (poyo)..jadi, tulisan ini hanyalah pandangan aku semata-mata..jangan la ada orang yang tak puas hati lalu menyaman aku.. harap-harap tak ada tawaran untuk belasah aku..hoho..

jika dilihat dari final piala malaysia mahupun final piala FA, apa yg aku boleh cakap kini dah makin ramai yg meminati malah meng'gila'i sukan bola sepak tempatan kita(harap-harap penyokong kelantan tak 'gila')walaupun kejadian semalam banyak aksi-aksi 'gila' dilakukan..

besar juga impak dari kekalahan pasukan kelantan semalam dengan 3 gol berbalas 1 sahaja..dari kedai kopi ke kedai gunting rambut ke kedai jual burger ke padang bola sehingga ke sungai golok semua orang dok bercerita pasal kekalahan yg memalukan tu.. ternyata rakyat kelantan semua kecewa dengan kekalahan tersebut.. tambah memalukan dengan kejadian membaling botol, membakar mercun dan membakar seat stadium.. nasib baik la stadium kelantan tak ada seat macam tu, kalau tak confirm diorang ni bakar habis semua..



tak kira samada orang tengok secara live di tv1 atau di stadium bukit jalil, mereka akan lihat 'keganasan'.. penyokong ganas..pemain pun 'kasar'.. mungkin penyokong kelantan tak dapat menerima kekalahan berterusan selepas kecundang pada Selangor di final piala FA.. marah bercampur kecewa menyebabkan mereka berkelakuan ganas.. orang tua cakap marah tu tandanya sayang..rupanya mereka ni sayang sangat pada bola sepak kelantan sampaikan mereka tidak sedar dalam masa yg sama mereka sudah memalukan negeri sendiri.. terimalah kekalahan dengan hati yg terbuka..

pelbagai sebab diberikan atas kekalahan ini dan yg paling menggelikan telinga adalah kelantan kalah disebabkan ada pihak yg mengatur perlawanan.. dikatakan kemenangan sengaja diberikan kepada Negeri Sembilan sempena Yang Dipertua Negeri Sembilan yg baru sebagai hadiah.. sumber yg meragukan..kabar angin ini diperkuatkan dengan peringatan dari kawan aku yg selalu 'main judi'.. "kalau nak bertaruh malam ni, ko letak n9 menang 3-1", kata beliau.. sebenarnya aku malas nak percaya dengan menda macam ni.. bukan apa, cuba korang fikir..takan la pasukan kelantan yg dah berusaha gigih untuk masuk final nak persiakan usaha mereka dengan memperjudikan perlawanan semalam.. harap semua ni tak betul walaupun aku rasa logik je menda ni kalau nak jadi..

apa-apa pun dari mata padangan aku, pasukan kelantan dah banyak peningkatan dan mampu pergi jauh.. setelah sentuhan 'rebranding' dari Tan Sri Anuar, sudah banyak pembaharuan di buat pada pasukan kelantan ni..aku harap Red Worriors sentiasa positif dan menjadi yg terbaik di antara pasukan yg lain.. walaupun kalah aku tetap bangga kerana Kelantan berjaya masuk ke final.. sekian laporan dari Stadium Bukit Jalil..BOLOS saja dinding itu!!!

>>>> Dialog pilihan hari ini

Di suatu tempat bernama kedai kopi

Pak Chu: hurmph.. ambo abih tei gi stadium nok sokong puok kito main bola..

Pak Mail: kawe tengok tibi jah..teruk aloh pok kito..kalu kawe main tobak mene..

Pak Chu: hahaha..jolo doh tu..seghok soro kawe dok soghok smale.. tok ngapuh gi..

Mek Nab: laaa..patut la gege smale.. ado gapo eh? (celah Mek Nab)

Pak Chu & Pak Mail: erkkkk...tok kembe sungguh mung ni..

p/s: ada juga orang kelantan tak tahu semalam final piala malaysia.. mesti mek nab tu dari Siam..haha.

* Gambar dicedok dari http://www.kosmo.com.my

Friday, November 6, 2009

Sajak: Awanan Hujan

Awanan Hujan


Hidupku sudah kelainan,
kesan dari perubahan alam,
ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya awan nak turunkan hujan.

Sudah seminggu hujan tak reda-reda,
pegi beli gula pun kena naik keta,
dah lama motor duduk terbiar,
langsung tak leh kuar bersiar-siar.

Hujan yg menyimbah bumi,
aku nak jemur kain pun tak jadi,
baju kotor dah berbaldi-baldi,
nak pakai baju pun dah tak da lagi.

Bila dah hujan macam ni,
nak main bola apa lagi,
tak yah gatal-gatal nak pegi,
dok umah sudey tgk tivi.

Dah hujan tak henti-henti,
kalau tido syok jugak ni,
confirm leh tido mati,
dari malam sampai ke pagi.

Hujan oh hujan,
orang naik motor la paling kesian,
memang lumrah alam menjanjikan ujian,
bersabarlah kita sebagai insan.


p/s: karya asli yg merapu di kala hujan..aku dah tak tahu nak buat apa..macam ni lah jadinya..erkkk!!!

Tuesday, November 3, 2009

Dugaannya

penulis: si lincah
pengompos: si lincah juga

ini cerita bukan pasal budak nak jadi askar..tapi cerita aku nak jadi angkasawan..haha..sebenarnya sesuatu terjadi pagi tadi..seperti hari-hari yg sudah, rutin selepas solat subuh aku pegi antar adik-adik pegi sekolah.. punya la selamba turun rumah kul 7.. sekali aku start keta tak hidup..dengan tenang aku start..aku mula cuak bila dah masuk kali ke-3 aku start tak hidup...dah la adik-adik aku ada exam hari ni..aduyai..

aku rasa mesti bateri dah kong sebab tekan hon pun tak bunyi..hurm.nak dijadikan cerita, keta satu lg tu pun tak dapat start jugak..masalah yg sama. bateri tak berkuasa..semua jadi wasted car.hehe..for exhibition only..satu hal pula nak repair keta ni..aku sidai kat garage baru tau..berani lak aku nak buat macam tu.haha.. :P

at last aku tebalkan muka minta tolong ngan jiran belakang umah yg ada anak cun (cewah) untuk tumpang adik-adik aku ni..sempat lg aku usha anak dia masa antar adik aku pegi umah dia.haha..kiranya satu masalah dah setel.. adik-adik aku selamat pegi sekolah untuk jawab final exam..sama macam kawan-kawan aku kat UiTm skang..semua orang nak jawab final exam..they like it.hehe..

masalah yg kedua; macam mana nak betulkan kedua-dua keta ni.. takan nak biar tersidai kat garage je.. jadi pagi tadi aku buka bateri tu dan terus antar pegi kedai.. mulanya pomen tu suruh tukar baru.. $$$$$..RM 155 katanya dengan melempar senyuman manis..hoho..nak cekik darah aku la tu.. aku suruh dia charging je dulu..kalau charge baru 5 ringgit..nanti kalau tak dapat pakai juga baru aku beli baru.. harap-harap tak melayang duit aku yg tengah pokai ni..aku setelkan keta kancil dulu.. keta wira aku sidai.hehe..save bajet..