Pages

Thursday, November 12, 2009

Ani Sup Utara Kini di Kelantan

Dari pagi menuju ke tengah hari.. petang menyambut terik mentari.. malam tiba menutup hari.. kalau nak dikirakan sudah 22 hari aku memikul amanah ini.. rutin yg merubah emosi.. dalam emosi yg macam perempuan tengah period ni (ooppss, no offense) sempat lagi aku jalan-jalan lepas selesaikan kerja rutin aku.. suatu hari ketika aku tengah best dok layan pemanduan secara berhemat, aku ternampak signboard ANI SUP UTARA di tepi jalan..



sempat mata aku singgah ke dalam ruang restoren tu.. nampak macam baru buka.. wah, ini dah dikira bagus.. setahu aku restoren ni cuma ada kat shah alam je (sebab aku dok pegi shah alam je,jadi tak tahu la ada ke tak kat tempat lain).. yg bagusnya ada lagi satu cawangan akan dibuka berdekatan dengan rumah aku.. pergh, sekali buka terus dua restoren.. ni yg buat aku teruja nak pegi meratah nasi kat sana.. tak sabar nak 'spy' restoren tu.haha..



nasib aku memang baik.. 3 hari lepas mak sedara aku datang singgah di rumah.. dia ajak makan kat luar..mau belanja katanya.. hooray!!! apa lagi, cepat-cepat la aku ajak dia pegi makan kat ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 tu.. walaupun rasa makanannya sama sedap dengan yg kat shah alam tu tapi interior design restoren ni lebih cantik.. makanan yg pelbagai dengan harga pun berpatutan.. yg pasti korang kena rasa nasi ayam tu ok..



yg aku musykil orang kelantan tahu ke pasal restoren ni sebab first time ANI SUP UTARA buka kat sini.. aku tengok tak ramai orang datang kat sini.. sebelum balik sempat aku bersembang dengan pemiliknya.. peramah la katakan. selamba aku sapa dia.. sembang punya sembang rupa-rupanya cawangan ni dibuka seminggu sebelum bulan puasa hari tu.. lebih kurang baru 4 bulan beroperasi.. boleh dikatakan belum establish lagi..



oleh kerana entry ni merupakan promosi free of charge jadi aku menyeru kepada semua rakyat kelantan, para pelancong dan sesape yg singgah di negeri ini, datanglah ke restoren ANI SUP UTARA CAWANGAN BEREK 12 dan CAWANGAN KUBANG KERIAN (akan dibuka) beramai-ramai ok.. :D



p/s: harap-harap aku dapat special price dengan promosi ini.haha.. =P

6 Mitos:

aRien de GreaT said...

err...aku igt ade promosi mkan free tdi..jdi org timur dh leh mkan masakan utara le yer..hehehe

lots_of_hatred said...

walaupun demikian, ternyata masakan timur lebih sedap dari utara.. memang ketara.. tak terkata..haha :P

fiaRa said...

actlly anis sup utara mmg dh upgrade skrg.. ruang dlm die sume dh cntik. (yg kat s.alam n tmn U, skudai). rasenye sume tmpt pon same...hehe
dh pnh rase dh ns aym die, tp cm biase jer, he8...(x bpe mnt sgt sup kat kdai, lpon juz mkn sup ayam jer)

lots_of_hatred said...

fiara: nampak ye ko dah tersalah kedai ni.. ANIS sup utara tu kedai apa?hahaha..yg aku cite ani sup utara.. =P

Siti Shuhadah Zainol said...

sedap sgt ke Ani sup utara ni??? apsal kat utara xde... mana aci..nama kedai UTARA.. kat utara leh xde..huhuhu...

Tapak Kaki said...

aha kan.. kat penang tak da lak restoren ni.haha. mungkin sj je pkai nama UTARA.. tumpang popular penang.haha