Pages

Wednesday, September 30, 2009

Duit Raya utk Korang

ada berita baik untuk anda semua.. oleh kerana ramai yg hengen duit raya-kad topup raya walaupun korang dah besar gedabak, dengan ini aku berbesar hati ingin memberi duit raya pada anda semua.. sila terima dengan seikhlas mungkin tanpa complaint..







Peringatan! Jangan sesekali menggunakan duit tersebut di Malaysia.. kalau kena tangkap tanggung sendiri..kalau nak pakai sekali pun kena pegi kat Money Changer dulu ok..selamat bershopping =D

-ikhlas dari si lincah-

Monday, September 28, 2009

Cerita Raya

Sudah lama tak update blog ni walaupun selalu surfing.. hanya blogwalking kat blog kawan-kawan je.. tak ada sorang pun yg upload gambar raya tahun ini.. aku nak tengok jugak baju raya korang.. mana la tahu sama dengan baju raya jiran aku ke.haha..

hari ini dah 9 syawal bermakna korang dah beraya sakan selama 9 hari.. dan hari ni juga adalah hari pertama bekerja selepas semua kuih-biskut-kek raya korang habiskan.. duit raya pun turut korang pungut habis-habisan dekat saudara-mara korang..nak minta dengan jiran tetangga rasanya dah tak tergamak korang nak buat..buat malu diri sendiri je.. ada juga yg dulunya dia suka kutip duit raya dan kali ni dia pula yg kena bagi duit raya..padan muka korang.haha.. sape suruh kerja awal-awal.. lain kali kalau ada budak-budak yg datang nak mintak duit raya korang cakap la baru kena buang kerja ke, masih menganggur/belajar ataupun cepat-cepat korang paw duit raya budak-budak tu sebelum dia tadah tangan depan korang.haha..

aku pelik betol dengan budak-budak zaman sekarang ni..macam-macam..pelik-pelik..ada ke patut datang rumah orang semata-mata nak kutip duit raya je.. masuk rumah orang dah la tak bersalam, pastu tercegat je depan pintu.. jemput makan tak mahu..jemput minum pun tak mahu.. uiks, aku dah naik pelik.. berkerut dahi aku..humph!!! nasib baik la makcik aku panggil suruh kasi duit raya kat budak-budak tu semua.. yg tak tahannya lepas dapat duit raya terus budak-budak tu angkat kaki balik..hoho. memang sah, CETI punya budak!!! aduhai, apa la nak jadi kalau gaya mereka macam ni.. aku sempat tengok ke mana budak-budak tu semua pergi selepas tu.. diorang cari rumah sesape je yg ada orang.. rumah cina india diorang tak pergi..NO ANGPAW from them.haha.. diorang akan tanya; boleh tak kami nak datang beraya?

kalau sesape yg baik hati memang tak tergamak nak cakap tak boleh.. yg datang bukannya sorang dua.. sekali datang 10 orang.. fuhh,jenuh jugak mau melayan..nasib baik la tuan rumah tak tahu siapa mak bapak diorang..kalau tak, malulah dibuatnya..datang beraya sebab nak duit raya je..selalunya orang akan cakap; biasa la tu,budak-budak kan..tapi mak bapak kena la ajar anak-anak beradab kalau nak pergi rumah orang..tak gitu???

apa-apa pun raya tahun ni best walau kejap je berada di kampung..apa yg best aku pun tak tahu..main cakap je tu.haha. sebab hari raya kan,mesti orang cakap best.. mungkin yg best raya tahun ni aku masih lg boleh main mercun..dah la dapat free. gila best..kuat tak ingat meletop..dah macam bunyi kat Gaza.hoho..berbekalkan pengalaman 12 tahun bermain mercun, aku dah kira otai ok..haha. nasib baik la raya tahun ni kami tak sempat nak buat meriam buluh@meriam tanah..kalau sempat, korang pikir lah sendiri apa jadinya :D

p/s: cuba teka berapa duit raya aku dapat tahun ni?

Saturday, September 19, 2009

Perginya Ramadhan Datangnya Syawal

pejam celik sudah sebulan kita berpuasa.. rasa kejap je berpuasa kan(dah nak raya leh la cakap gini).haha..bak kata imam kat tempat aku ni, syaitan dah 'on your mark' waktu ni (petang)..tunggu tembakan pelepasan je.. setelah sabar dok count down raya, kini aku hanya tunggu takbir raya berkumandang pada malam ni, insyaAllah.. apa-apa pun kena tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja umumkan bila tarikh 1 syawal tu.. kalau ikut ilmu falak memang esok dah 1 syawal.. selalunya pun memang negara kita ikut kiraan falak.. jangan risau ok..kalau tak besok, lusa kita akan raya.. aku rasa kompem besok raya.. tapi kalau tak jadi besok korang jangan la cari aku pula ok.. :P

sebelum tibanya syawal, cuba ingat korang dah bayar zakat ke belom? wajib tau bayar zakat.. nanti fitrah korang tak sesuci macam orang-orang yg dah bayar zakat..sebut pasal zakat ni teringat lak aku masa tolong atuk aku kutip zakat dulu.. best gak la walaupun kejenya menunggu orang datang masjid.. dari pagi bawa ke petang kaunter zakat aku jaga.. semua resit aku yg tandatangan.haha.. besar tak pangkat aku.. macam sign cheque lak kan.. kadang-kadang orang tak nak duit bagi , diorang kasi aku..aku anggap je itu sebagai tips.hehe. tak da la banyak pun..sekadar 2, 3 hengget je..tapi tu belom termasuk duit upah kutip zakat..seorang amil lah katakan..penuh jugak kocek aku bila setel semua urusan zakat menzakat ni..bukan songlap ok.. halal puyer tau..kayo pok cik den ni haa..tp sayangnya atuk aku sekarang dah pencen.. hilang sumber pendapatan aku.hehe..

dari pengalaman aku beraya ni tak da la buat aku rasa gembira sangat..banyak perkara yg membuatkan aku cakap sedemikian..tak perlu lah aku cerita semuanya..untuk raya kali ini aku cuba bersikap positif'.. sedaya-upaya aku, tapi perkara sama je terjadi tiap kali aku balik beraya.. buat spoil mood aku je..kadang-kadang terasa baik tak payah aku balik beraya..buat sakit hati je.. aku ingatkan mereka ni dan berubah masa ketiadaan aku di rumah tetapi keadaan sekarang seolaah-olah makin teruk..tiada apa yg berubah.. terus hilang mood raya aku..humph!

walau apa pun yg terjadi biarlah terjadi.. apa yg aku boleh buat hanyalah sentiasa mengharap.. mengharap suatu hari nanti keadaan akan bertambah baik.. sempena dengan kedatangan syawal pada malam ini, aku ingin memohon maaf atas segala dosa-dosa ku pada mu..salah silap harap dimaafi.. apa yg tak berkenan dihati-mu harap dilupakan..makan minum ku harap dihalalkan..kata tutur ku yg kasar jangan simpan dalam hati..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

p/s: aku berdoa agar di luar sana masih ada 'harapan' buat aku..

Monday, September 14, 2009

Count Down Begin

sekarang ni semua orang sibuk cite pasal raya.. sana sini kedengaran lagu raya.. semua radio pasang lagu raya kecuali stesen cina ngan tamil. tapi tak tahu la kan kalau diorang pasang lagu raya guna dialek mandarin or kantonis.haha.. mana aku nak faham.. selalu ye aku tak excited sangat pasal raya ni.. hati batu la katakan.. tapi raya kali ni ada aura lain macam sket.. dulu masa belajar kat sarawak aku tak balik beraya pun.. rileks je beraya kat sarawak nun.. tak sedih tak nangis tak rindu pada apa-apa pun.. no feeling at all..

apa la yg buatkan aku rasa lain macam utk sambut raya tahun ni.. mungkin aku puasa penuh kot tahun ni.haha.. tapi jangan lak cakap aku tak puasa penuh tahun-tahun yg sudah.. seperti raya sebelum ni, memang aku tak buat apa-apa persediaan pun.. raya macam gitu je.. ala kadar.. yg paling penting, pegi solat raya then kutip duit raya dengan pakcik dan makcik aku.. tak penah kurang dari seratus laa utk first round mengutip.haha..kayo kawe boh.. :D

apa-apa pun pada kawan-kawan yg balik kampung utk beraya bawa keta elok-elok.. safety first.. macam aku ni lagi la.. bawa 'passengers' dan 'baby on board'.. besar tanggungjawab tu kan.. lebih kurang macam cite 'transporter 3'.haha.. dari shah alam ke kota bharu memakan masa 8 jam juga mau sampai.. kalau jalan 'jam' lagi la lambat mau sampai..naik kematu punggung aku nanti..kadang-kadang amik masa 13 jam juga mau sampai.hoho..bolehkah anda bayangkan betapa seksanya berada dalam kereta tersebut??

Pesanan dari penaja :~

1- jangan lupa servis keta..check tayar ada angin tak?
2- suis kat umah dah tutup ke? Cermin tingkap pun sama..tutup ok. Kunci grill..
3- jangan lupa bawa balik baju raya..nnti tak beraya lak korang..
4- kuih raya pun bawa balik.. nnti tak da makanan nak bagi tetamu makan..
5- tido cukup-cukup sebelum memandu balik kg. at least 12 jam..haha..nnti korang ngantuk masa bawak keta..
6- buang sampah sarap dalam tong besar kat luar rumah..nnti penuh berulat la umah korang balik dari kg..
7- bawa laptop balik kg.. nnti senang mau send ucapan raya. Antar kat facebook sudey..
8- bla..bla..bla..bla..
9- rancang dulu sebelum balik.. nak balik bila? dan ikut mana?.. dah korang nak pegi johor, takan korang ikut highway karak..mesti la ikut plus kan..aku ikut driver bus je.haha..

p/s: hari rabu aku dah tak masuk office..yeayy!!!

Friday, September 11, 2009

Lagi Edisi Back to School

mesti boring kalau selalu citer atas tajuk yg sama...tapi aku tak peduli.. aku nak citer gak. yg ini adalah episod ke-3 edisi back to school.. agak menarik juga episod kali ni.. bermula pada pukul 7, aku dah tercongok kat fakulti.. bukan main awal aku keluar rumah hari ni.. niat aku pegi awal sebab mau surfing mencari journal. hampeh gila. rupa-rupanya wireless kat fakulti hanya available start kul 8 pagi.. bermakna (tak da maknanya) aku menunggu selama 1 jam dengan perasaan nak je aku cabut moderm intenet kat dinding tu... punya la awal sampai kat fakulti.. hurm. dari dok buang masa je, aku review journal-journal yg dah aku download semalam. baca-baca sket lepas tu terlelap.hahaha..lelep kejap je.tak lama pun.. "wireless network connection status connected" pukul 8 baru aku dapat surfing..

selama dua jam dok menyelam dalam dunia tanpa sempadan, aku pun menapak pegi ke bilik supervisor..alamak..langkah kiri rupanya.. ada tetamu dalam bilik beliau. terpaksa la aku menunggu kat luar bilik.. tambah lagi 1 jam lebih.. baru la aku dapat jumpa dia..hurmmmm..

sepertimana yg disangka, second proposal aku ditolak dengan alasan bla.bla.bla.bla..
aku cepat-cepat propose tajuk yg ke-3 kat dia.. dia tengok-tengok kejap then "ok,saya terima tajuk yg ini." fuhh, lega... ayat positif yg pertama keluar dari mulut beliau.. TQ sir.. apa yg aku perlu buat sekarang ni adalah mencari journal yg berkaitan dan juga questionnaire yg sesuai.. jadi sesiapa yg ada journal yg berkaitan dengan - the effectiveness of shirt sponsor among football audience - tolong bagitau aku dengan segera ok.. ganjaran sungguh lumayan menanti anda sebagai balasan..haha. kalau ada orang nak tolong aku carikan journal tu pun boleh juga.. lagi cantik!!! :D

p/s: aku akan tulis edisi ni sehinggalah siap aku puyer research..mungkin siap bulan 11, mungkin tahun depan dan mungkin juga utk selama-lamanya..haha..

tq pada penghuni umah black kerana bagi aku tumpang berteduh..

-to be continue-

Thursday, September 10, 2009

Edisi Back to School epi-2

semalam puyer cite memang menyedihkan.. kali ke-2 research proposal aku kena reject. punya la azab aku siapkan chapter 1 sampai 3, beliau boleh tak tengok. apatah lagi mau baca penulis aku tu.. pandang sebelah mata pun jadi la.. ni langsung tak tengok..reject dengan baca aku punya journal reference je.. sungguh pedih.. mungkin aku ni memang sungguh tidak pandai menulis. tu sebab selalu kena reject.. dengan baki masa yg ada, masih sempat ke aku mahu siapkan semua ni??? ada jawapan utk aku tak..! buat masa sekarang aku buat je apa yg disuruh.. jadi buat sesuatu daripada mengeluh kosong tanpa buat pape..tengok la apa kesudahannya nanti..

semalam sempat pula aku singgah JJ bukit raja..cuba teka aku buat apa..bukan shopping raya.. tapi aku pegi tgv tengok citer final destination.. masih awal lagi mahu shopping baju raya(macam la aku penah beli baju raya)..hampeh gila citer tu. sungguh tidak sedap mata melihat..boring..ntah pape..bla.bla.bla..saje je pegi melepak kat tgv tu.. release stress la konon lepas kena basuh ngan supervisor..tp tertengok pula citer bosan. hurm..apa la nasib..hari semalam adalah sad ending.. look for today..???

-the end-

Friday, September 4, 2009

Rempit v3

awal pagi tadi aku terasa macam sedang berlakon filem REMPIT v3 pulak.. mana tidaknya..telah sekian lama aku tak merempit, pagi tadi aku terpaksa pegi kerja dengan motosikal yamaha srx 110 milik bapa saudara aku.. lenjan abes-abesan motor beliau.haha.. perjalanan aku ke ofis (kg subang - batang berjuntai)disusuli dengan babak-babak ngeri seperti follow lori tayar 12 dekat jalan berbatu-bata, jalan sempit yg berbengkak-bengkok, lereng bukit yg bergaung dan menyelusuri jalan tidak rata, tar pecah siap ada lubang lagi.. fuhh..babak yg memakan masa selama sejam..farid kamil pun tak boleh lawan kalau macam ni..hahaha..

buat pengetahuan anda, semua babak ngeri yg dilakukan tanpa menggunakan khidmat stuntman, ok.. kaki+tangan aku sendiri yg buat..yeah!! nsb baik la aku berjaya tamatkan adegan ngeri tu dengan selamat walaupun nyawa aku diancam oleh batu-batu yg terpercik dari tayar lori tersebut. tambahan pula ancaman dari kereta/motor yg memotong di double-line yg bertentangan dan yg melanggar lampu isyarat merah.. sipi-sipi je lalu sebelah motor aku.. jangan diorang 'terciom' motor aku dengan 'tersengaja' sudah la. mau melambung 100km/h aku nanti..mati dalam semak tepi jalan pun tak ada orang yg tahu.. gua belom kawin lagi beb..mara bahaya betol..

Thursday, September 3, 2009

Edisi Back to School

kalam ini bukan menceritakan seorang budak hendak ke sekolah setelah habis cuti sekolah tetapi kisah seorang yang sudah lama tak pergi kelas mahupun ke fakulti kerana beliau sedang menjalani latihan praktikal.. dalam perjalanan pagi tadi dari rumah ke shah alam aku terasa panas.. patut la, rupanya dah pukul 10.30.haha.. matahari dah mula "naik kepala".. tetiba je flash back..rasa rindu pula masa zaman pegi kelas.. merempit dengan housemate aku pergi dan balik dari kelas tu dah jadi perkara wajib lebih-lebih lagi bila lewat pegi kelas. kelajuan motor mencecah ke 100km/h jugak la.. slow je tu sebab motor aku selalu tercicir ke belakang ditinggalkan motor boboy, bayao dan safwan.. maklum saja la kapcai buruk yg selalu aje rosak.. flash back ni selesai sesampainya aku di fakulti.. kenapa aku datang fakulti?

sebenarnya aku ada appoinment dengan supervisor. sebab inilah yg meenyebabkan aku back to school.. punya la lama aku berdiri depan pintu beliau.. bukan kerana pintu terkunci tetapi lutut dan jantung aku yg menggigil. sungguh takut.. aku dah malas nak beremosi lagi, jadi aku terus ketuk dan terjah je bilik beliau. macam edisi terjah melodi gitu.. nampak je muka aku, beliau cakap "haaa din" (sambil gelengkan kepala).. lagi la bertambah ke'cuak'kan aku.. tapi sempat je aku control muka selamba.. apa tidaknya, sebelum pergi jumpa dia aku dah bersiap sedia jiwa dan raga untuk dengar ceramah/bebelan/kemarahan/teguran/nasihat beliau.. duduk je atas kusi aku tarik nafas panjang-panjang..

aku rasa lambat je jam berdetik.. sedar tak sedar aku dah 1 jam dalam bilik beliau. semuanya yg beliau cakap aku amik positif walaupun aku ada dengar ayat "aku x dapat luluskan ko puyer proposal kalau macam ni. kena extend juga sem depan nampak ye"..hoho. manis betol ayat tu aku dengar.. terima kasih kepada beliau (hati panas).. setelah sejam lebih berlalu, jadi selesai sudah edisi back to school kali ini.. i have a due date to catch up.. so, no more rest for this weekend.. gambatte kudasai!!!

Wednesday, September 2, 2009

Rebrand The Blog

cewah...
tengok tajuk macam gempak jer.. sebenarnya aku cuma nak hebahkan yang blog aku baru di-update-kan. selesai sudah misi tak berapa mustahil yang mengambil masa 2 hari bekerja.. maksudnya blog aku sudah berwajah baru.yeayy!!! walaupun tak ada orang mengintai blog aku ni apatah lagi mahu mengayat di "ayat si pengintai" yang aku sediakan khas buat korang, aku tak rasa kecewa mahupun bersedih.. maintain je emosi ni sebab memang pada asalnya aku buat blog ni untuk diri sendiri..like talk to my self actually.. tak dinafikan memang ada yang sudi membaca segala bebelan aku dalam blog ni. cuma mungkin beliau tak tau nak komen apa. tak da hal.. janji beliau hepi :D

p/s: Sedangkan Kaspersky Sentiasa Kena Up-to-date, Inikan Pula Blog Aku..bla..bla..bla..

Sleeping Quality

sejak akhir-akhir ni aku susah betol mau tido.. nak cakap aku bela hantu tidak apatah lagi sekarang ni bulan puasa. takan kena ganggu oleh hantu-puaka-setan.. kenapa aku tak dapat tido yea? itu yang aku tak tahu.. padahal sebelum tido aku siap basuh kaki, cuci muka dan gosok gigi. siap minum air segelas lagi.. punya la bersiap sebelum tido.. bila dah baring doa pun dah dibaca lampu dah tak menyala tapi mata masih lagi berkelip-kelip.. kalau tertido sekali pun mesti tak sampai setengah jam aku akan terjaga balik. dengan erti kata lain aku takan tido lebih dari 1 jam shj.. kadang-kadang bila mata baru nak mula lelap, alarm dah bunyi. sahur punya pasal aku bangun pukul 5.. damnnnnn!!! robak mata aku nak buka.. berat badan makin bertambah secara tiba-tiba..

nak tak nak aku bangunkan juga badan seberat 70kg ni untuk bersahur.. bila aku dah mula bangun bermakna tiada lagi waktu tido selepas itu sehinggalah malam karang. walhal pernah juga aku curi-curi tido dalam ofis.. itu pun sebab dah mengantuk tahap dewa. kalau aku terus ignore rasa mau tido tu mungkin akan memudaratkan aku kelak. ish ish..bahaya tu. bak kata sami vellu don't sleep and drive. buatnya masa drive balik keje tu tertido, haa naya gua cakap sama lu. so kena juga la aku tido dalam ofis (alasan semata-mata).haha..

bila dah kena penyakit sleeping disorder ni, teringat la pula masa tido dulu-dulu. cukup nyenyak, siap diulit mimpi indah lagi..paling kurang pun aku tido dalam 5 jam beb.. sekarang ni susah mahu memaksimumkan masa tido aku.. semalam pun aku tido hanya 2 jam sahaja. itu pun sebab main futsal kat shah alam. balik lambat.haha.. sekali-sekala balik lambat sebab bersukan apa salahnya.. jadi nasihat aku pada korang yang sengaja tido lewat jangan la buat selalu. bila dah Tuhan tarik nikmat tido baru korang tahu. (Ya Allah, kembalikan lah nikmat tido padaku)..


p/s: Tidurlah Kamu Sebelum Tuhan tidak sedarkan Kamu Dari Tidurmu.

Tuesday, September 1, 2009

pening kepala otak ni..

aduyai..aku ngah alter aku ye blog.. kasi up grade sket.. touch-up sket... tp ntah knape susah sgt mau buat ni..hoho. mgkn sbb ada sesetengah website kena block, jadi proses meng-uprade-kan blog ni tergendala.. nnti aku usahakan. wait and see ok

Pagi yg Sempurna

pagi yg sempurna....
bila aku buka pintu umah pagi td, cahaya belom muncul. pagi yg gelap rupanya2 dilindungi oleh awan komulonimbus. aku macam mengigau bangun waktu malam.. baru 1KM perjalanan hujan lebat menimpa bumi. nasib baik aku go-head dengan kereta pegi ofis hari ni.. kalau naik kapcai, kuyup baju gua beb. sesampai je kat ofis, hujan dah mula reda. bumi dah dipancari matahari. sungguh indah pagi ini. rasa macam kat syurga dunia. kalau tiap2 hari macam ini pun bagus juga. tapi kesian la sesape bawak motor pegi keje @ antar anak pegi sekolah. janji pagi ni aku dapat menikmati pagi yg sempurna.

sehari selepas "birthday" sebuah negara bergelar Malaysia...
betapa tak meriahnya sambutan kemerdekaan tahun ini. semalam aku ada dengar berita, "sambutan tahun ini disambut dengan sederhana" berikutan bimbang dengan virus H1N1, dan demi menghormati bulan mulia Ramadhan. yg bagusnya, pada malam merdeka ada dibuat "solat terawikh merdeka". yg x bagusnya, pada malam tu juga ramai remaja yg ditangkap jais kerana menyambut kemerdekaan dengan cara yg salah. diorang semua kena basuh cukup2. siap dibagi telekung kat pompuan yg free hair. bagus2... tabik kat jais. sudah 52 tahun kita merdeka yea.. hurm.termenung....