Pages

Tuesday, September 1, 2009

Pagi yg Sempurna

pagi yg sempurna....
bila aku buka pintu umah pagi td, cahaya belom muncul. pagi yg gelap rupanya2 dilindungi oleh awan komulonimbus. aku macam mengigau bangun waktu malam.. baru 1KM perjalanan hujan lebat menimpa bumi. nasib baik aku go-head dengan kereta pegi ofis hari ni.. kalau naik kapcai, kuyup baju gua beb. sesampai je kat ofis, hujan dah mula reda. bumi dah dipancari matahari. sungguh indah pagi ini. rasa macam kat syurga dunia. kalau tiap2 hari macam ini pun bagus juga. tapi kesian la sesape bawak motor pegi keje @ antar anak pegi sekolah. janji pagi ni aku dapat menikmati pagi yg sempurna.

sehari selepas "birthday" sebuah negara bergelar Malaysia...
betapa tak meriahnya sambutan kemerdekaan tahun ini. semalam aku ada dengar berita, "sambutan tahun ini disambut dengan sederhana" berikutan bimbang dengan virus H1N1, dan demi menghormati bulan mulia Ramadhan. yg bagusnya, pada malam merdeka ada dibuat "solat terawikh merdeka". yg x bagusnya, pada malam tu juga ramai remaja yg ditangkap jais kerana menyambut kemerdekaan dengan cara yg salah. diorang semua kena basuh cukup2. siap dibagi telekung kat pompuan yg free hair. bagus2... tabik kat jais. sudah 52 tahun kita merdeka yea.. hurm.termenung....

0 Mitos: