Pages

Friday, September 4, 2009

Rempit v3

awal pagi tadi aku terasa macam sedang berlakon filem REMPIT v3 pulak.. mana tidaknya..telah sekian lama aku tak merempit, pagi tadi aku terpaksa pegi kerja dengan motosikal yamaha srx 110 milik bapa saudara aku.. lenjan abes-abesan motor beliau.haha.. perjalanan aku ke ofis (kg subang - batang berjuntai)disusuli dengan babak-babak ngeri seperti follow lori tayar 12 dekat jalan berbatu-bata, jalan sempit yg berbengkak-bengkok, lereng bukit yg bergaung dan menyelusuri jalan tidak rata, tar pecah siap ada lubang lagi.. fuhh..babak yg memakan masa selama sejam..farid kamil pun tak boleh lawan kalau macam ni..hahaha..

buat pengetahuan anda, semua babak ngeri yg dilakukan tanpa menggunakan khidmat stuntman, ok.. kaki+tangan aku sendiri yg buat..yeah!! nsb baik la aku berjaya tamatkan adegan ngeri tu dengan selamat walaupun nyawa aku diancam oleh batu-batu yg terpercik dari tayar lori tersebut. tambahan pula ancaman dari kereta/motor yg memotong di double-line yg bertentangan dan yg melanggar lampu isyarat merah.. sipi-sipi je lalu sebelah motor aku.. jangan diorang 'terciom' motor aku dengan 'tersengaja' sudah la. mau melambung 100km/h aku nanti..mati dalam semak tepi jalan pun tak ada orang yg tahu.. gua belom kawin lagi beb..mara bahaya betol..

2 Mitos:

Siti Shuhadah Zainol said...

hehe... pandai rempit gak awak ni yer...

Tapak Kaki said...

dah nama lelaki..kompem ar pandai.haha