sejak akhir-akhir ni aku susah betol mau tido.. nak cakap aku bela hantu tidak apatah lagi sekarang ni bulan puasa. takan kena ganggu oleh hantu-puaka-setan.. kenapa aku tak dapat tido yea? itu yang aku tak tahu.. padahal sebelum tido aku siap basuh kaki, cuci muka dan gosok gigi. siap minum air segelas lagi.. punya la bersiap sebelum tido.. bila dah baring doa pun dah dibaca lampu dah tak menyala tapi mata masih lagi berkelip-kelip.. kalau tertido sekali pun mesti tak sampai setengah jam aku akan terjaga balik. dengan erti kata lain aku takan tido lebih dari 1 jam shj.. kadang-kadang bila mata baru nak mula lelap, alarm dah bunyi. sahur punya pasal aku bangun pukul 5.. damnnnnn!!! robak mata aku nak buka.. berat badan makin bertambah secara tiba-tiba..
nak tak nak aku bangunkan juga badan seberat 70kg ni untuk bersahur.. bila aku dah mula bangun bermakna tiada lagi waktu tido selepas itu sehinggalah malam karang. walhal pernah juga aku curi-curi tido dalam ofis.. itu pun sebab dah mengantuk tahap dewa. kalau aku terus ignore rasa mau tido tu mungkin akan memudaratkan aku kelak. ish ish..bahaya tu. bak kata sami vellu don't sleep and drive. buatnya masa drive balik keje tu tertido, haa naya gua cakap sama lu. so kena juga la aku tido dalam ofis (alasan semata-mata).haha..
bila dah kena penyakit sleeping disorder ni, teringat la pula masa tido dulu-dulu. cukup nyenyak, siap diulit mimpi indah lagi..paling kurang pun aku tido dalam 5 jam beb.. sekarang ni susah mahu memaksimumkan masa tido aku.. semalam pun aku tido hanya 2 jam sahaja. itu pun sebab main futsal kat shah alam. balik lambat.haha.. sekali-sekala balik lambat sebab bersukan apa salahnya.. jadi nasihat aku pada korang yang sengaja tido lewat jangan la buat selalu. bila dah Tuhan tarik nikmat tido baru korang tahu. (Ya Allah, kembalikan lah nikmat tido padaku)..
p/s: Tidurlah Kamu Sebelum Tuhan tidak sedarkan Kamu Dari Tidurmu.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Mitos:
sian..susah tido erk.... pi doctor minta ubat tido... confirm...
sy x suka makan ubat lorh.. lagi pun bahaya ar makan ubat tu
Post a Comment