Pages

Saturday, September 19, 2009

Perginya Ramadhan Datangnya Syawal

pejam celik sudah sebulan kita berpuasa.. rasa kejap je berpuasa kan(dah nak raya leh la cakap gini).haha..bak kata imam kat tempat aku ni, syaitan dah 'on your mark' waktu ni (petang)..tunggu tembakan pelepasan je.. setelah sabar dok count down raya, kini aku hanya tunggu takbir raya berkumandang pada malam ni, insyaAllah.. apa-apa pun kena tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja umumkan bila tarikh 1 syawal tu.. kalau ikut ilmu falak memang esok dah 1 syawal.. selalunya pun memang negara kita ikut kiraan falak.. jangan risau ok..kalau tak besok, lusa kita akan raya.. aku rasa kompem besok raya.. tapi kalau tak jadi besok korang jangan la cari aku pula ok.. :P

sebelum tibanya syawal, cuba ingat korang dah bayar zakat ke belom? wajib tau bayar zakat.. nanti fitrah korang tak sesuci macam orang-orang yg dah bayar zakat..sebut pasal zakat ni teringat lak aku masa tolong atuk aku kutip zakat dulu.. best gak la walaupun kejenya menunggu orang datang masjid.. dari pagi bawa ke petang kaunter zakat aku jaga.. semua resit aku yg tandatangan.haha.. besar tak pangkat aku.. macam sign cheque lak kan.. kadang-kadang orang tak nak duit bagi , diorang kasi aku..aku anggap je itu sebagai tips.hehe. tak da la banyak pun..sekadar 2, 3 hengget je..tapi tu belom termasuk duit upah kutip zakat..seorang amil lah katakan..penuh jugak kocek aku bila setel semua urusan zakat menzakat ni..bukan songlap ok.. halal puyer tau..kayo pok cik den ni haa..tp sayangnya atuk aku sekarang dah pencen.. hilang sumber pendapatan aku.hehe..

dari pengalaman aku beraya ni tak da la buat aku rasa gembira sangat..banyak perkara yg membuatkan aku cakap sedemikian..tak perlu lah aku cerita semuanya..untuk raya kali ini aku cuba bersikap positif'.. sedaya-upaya aku, tapi perkara sama je terjadi tiap kali aku balik beraya.. buat spoil mood aku je..kadang-kadang terasa baik tak payah aku balik beraya..buat sakit hati je.. aku ingatkan mereka ni dan berubah masa ketiadaan aku di rumah tetapi keadaan sekarang seolaah-olah makin teruk..tiada apa yg berubah.. terus hilang mood raya aku..humph!

walau apa pun yg terjadi biarlah terjadi.. apa yg aku boleh buat hanyalah sentiasa mengharap.. mengharap suatu hari nanti keadaan akan bertambah baik.. sempena dengan kedatangan syawal pada malam ini, aku ingin memohon maaf atas segala dosa-dosa ku pada mu..salah silap harap dimaafi.. apa yg tak berkenan dihati-mu harap dilupakan..makan minum ku harap dihalalkan..kata tutur ku yg kasar jangan simpan dalam hati..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

p/s: aku berdoa agar di luar sana masih ada 'harapan' buat aku..

2 Mitos:

aRien de GreaT said...

lor din..
kamu nape...
xbesh ker rya kt umh..
sabar yer,,,,
meh beraya kt putrajaya..hahah(lgi hampeh)
esok leh g umah tbuka najib...
hehe

Tapak Kaki said...

pegi beraya umah najib leh duit raya ke?