Pages

Thursday, September 3, 2009

Edisi Back to School

kalam ini bukan menceritakan seorang budak hendak ke sekolah setelah habis cuti sekolah tetapi kisah seorang yang sudah lama tak pergi kelas mahupun ke fakulti kerana beliau sedang menjalani latihan praktikal.. dalam perjalanan pagi tadi dari rumah ke shah alam aku terasa panas.. patut la, rupanya dah pukul 10.30.haha.. matahari dah mula "naik kepala".. tetiba je flash back..rasa rindu pula masa zaman pegi kelas.. merempit dengan housemate aku pergi dan balik dari kelas tu dah jadi perkara wajib lebih-lebih lagi bila lewat pegi kelas. kelajuan motor mencecah ke 100km/h jugak la.. slow je tu sebab motor aku selalu tercicir ke belakang ditinggalkan motor boboy, bayao dan safwan.. maklum saja la kapcai buruk yg selalu aje rosak.. flash back ni selesai sesampainya aku di fakulti.. kenapa aku datang fakulti?

sebenarnya aku ada appoinment dengan supervisor. sebab inilah yg meenyebabkan aku back to school.. punya la lama aku berdiri depan pintu beliau.. bukan kerana pintu terkunci tetapi lutut dan jantung aku yg menggigil. sungguh takut.. aku dah malas nak beremosi lagi, jadi aku terus ketuk dan terjah je bilik beliau. macam edisi terjah melodi gitu.. nampak je muka aku, beliau cakap "haaa din" (sambil gelengkan kepala).. lagi la bertambah ke'cuak'kan aku.. tapi sempat je aku control muka selamba.. apa tidaknya, sebelum pergi jumpa dia aku dah bersiap sedia jiwa dan raga untuk dengar ceramah/bebelan/kemarahan/teguran/nasihat beliau.. duduk je atas kusi aku tarik nafas panjang-panjang..

aku rasa lambat je jam berdetik.. sedar tak sedar aku dah 1 jam dalam bilik beliau. semuanya yg beliau cakap aku amik positif walaupun aku ada dengar ayat "aku x dapat luluskan ko puyer proposal kalau macam ni. kena extend juga sem depan nampak ye"..hoho. manis betol ayat tu aku dengar.. terima kasih kepada beliau (hati panas).. setelah sejam lebih berlalu, jadi selesai sudah edisi back to school kali ini.. i have a due date to catch up.. so, no more rest for this weekend.. gambatte kudasai!!!

1 Mitos:

Siti Shuhadah Zainol said...

haaaaa...din !!! hehehe..