Pages

Sunday, July 1, 2012

Hai Julai

selak kalendar, dah julai rupanya.. 
dah bertambah lagi satu bulan..
tapi aku tak rasa perubahannya..
mungkin rutin yang aku lakukan
buat masa itu jadi sama..

apa yang penting kerjasama masa yang berlalu bukan sia-sia..
sia-sia kalau niat kosong saja..
nak kena lillahita'ala juga baru kira pahala dan bermakna..

baru 7 bulan aku belajar cari duit..
perasaan ni dah berbaur..
duit tak di kisah sangat..
cuma pengalaman dan tekanan yang berharga..

julai menjelma banyak petanda..
tak lama lagi dah nak puasa..
ini malam pun jangan lupa..
final euro spain lawan italy korang jangan  jangan miss pula.


Tuesday, June 26, 2012

Cuak-cuak ayam

apa yang paling tak best bila cuti hujung minggu asyik dok pikir pasal kerja..
entah macam mana la deal dengan customer hari tu.. 
buat nya barang tak cukup, mengamuk customer aku tu.. 
kalau macam ni la gayanya time cuti baik toksah cuti.. 
kerja 24/7 lagi nikmat kot... 
demmit.

Tuesday, March 20, 2012

Suprise



Balik dari kerja tadi aku tengok ada sekeping poskad.. "peminat mana pulak send poskad ni".. sekali tengok alamat dari korea.. wow! terus speechless..











p/s: ekau hado?hehe..

Monday, March 19, 2012

Monolog



Kengkadang bercakap sendirian lebih elok aku rasa.. aku tanya, aku jawab.. sendiri cakap, sendiri faham.. senang.. kalau tersalah kata tersilap bahasa sekalipun, takan sendiri nak sentap.. boleh anggap dah sewel macam tu..

Orang yang pendiam mungkin senang bagi dorang nak zipkan mulut.. yang jenis peramah 24jam ni mungkin agak payah la.. kalau tetiba senyap lak, memang orang akan perasan la mesti ada sesuatu yang tak kena dengan dia..

Walau seramah mana orang tu akan ada masa dia terdiam.. selalunya depend pada mood dia la kan.. orang sekeliling mungkin masa tu tak berani nak tegur tanya kenapa.. yang perlu orang tahu dia takan diam untuk masa yang panjang.. kejap je diamnya tu.. nanti back to normal ok la dia.. 

Seminggu dua ni aku banyak bermonolog.. rasa malas nak cakap ngan sesape.. terasa macam semua tak kena.. bukan tak nak bertegur sapa dengan orang cuma monolog banyak sangat.. otak dah tak larat nak jawab soalan bertubi-tubi dari hati.. 

Aku rasa otak aku dah tepu kot.. dah tak dapat terima input banyak sangat buat masa sekarang.. nanti bila aku dah upgrade RAM otak aku ni, baru kembali seperti sedia-kala kot..


Sekarang bila baca balik apa yang aku tulis, aku sendiri tak tahu ke mana hala apa yang aku nak cerita kan.. entah korang faham ke tidak..


Aku sendiri tulis, aku sendiri baca aku sendiri faham..




-Bye-

Tuesday, February 21, 2012

Exhausted

Baru sekarang dapat rasa erti bekerja keras..
bukan kerja macam buruh angkat batu bata keras-keras tu..
even kerja dalam aircond boleh berpeluh jugak kenkadang..
peluh jantan orang kata...

kerja 12 jam seminggu direct memang menguji muscle..
hampir spasm..ingatkan main bola je boleh crem..
hamstring dok geli-geli tanda nak kejang..
nikmat tak terkata..

buat kerja yang kita suka walaupun penat masih boleh tersenyum lagi..
kepuasan disebalik peluh yang keluar tu tetap ada..
ibarat sebijik beras sama dengan setitik peluh petani..
hahahaha..
gua sendiri tulis gua sendiri baca gua sendiri gelak..

-bye-

Wednesday, February 1, 2012

Good Bye January


Aku tertanya-tanya ke mana aku di tahun 2011..????

2011 tiada dalam diari.. dari tahun 2010 terus ke 2012..

ke mana 2011 ??? aku betul-betul rasa psycho.. hampir berputus asa..

tercari-cari..tertunggu-tunggu.. 

dari hari ke minggu.. dari minggu ke bulan..

berbulan-bulan macam tu.. 'life paused'..

sedar tak sedar sudah setahun berlalu..



2012 bukannya hidup baru bermula..

cuma 'life paused' tu dah 'play' balik..

hidup makin terisi.. makin bermakna..

ada tanggungjawab, ada komitmen..

namun aku tetap aku..


Januari paling best..

dapat kerja tu memang gembiralah..

dapat jumpa kengkawan lama masa belajar dulu lagilah gembira..

lebih-lebih lagi berjumpa kat tempat sendiri.. 

kebetulan dorang datang sini sebab ada kursus..

boleh bawak dorang round negeri aku ni..

punyalah excited siap setting lawan futsal lagi..

dapat jugak kitorang main bersama..

dah lama tak tengok skills masing-masing..

boleh tahan dorang sekarang..

cuma aku je la main ala-ala macam orang tempang..


Memang bersyukur sangat hidup aku dah mula bergerak..

mula berubah..walaupun sedikit demi sedikit janji ada perubahan..

ye dak?

hopefully Februari membawa lebih makna dalam hidup ni..

insyaAllah..


hello February




Sunday, January 29, 2012

Kayuh Dulu


tak da sape yang nak jadi kuli.. 

dan tak semua orang boleh jadi boss..

aku tak kisah apa pandangan orang..

janji aku gembira dengan apa yang aku buat..

hari ini sudah genap sebulan aku jadi seorang kuli..

alhamdulillah..

tq boss, tq kawan..