Pages

Monday, March 19, 2012

Monolog



Kengkadang bercakap sendirian lebih elok aku rasa.. aku tanya, aku jawab.. sendiri cakap, sendiri faham.. senang.. kalau tersalah kata tersilap bahasa sekalipun, takan sendiri nak sentap.. boleh anggap dah sewel macam tu..

Orang yang pendiam mungkin senang bagi dorang nak zipkan mulut.. yang jenis peramah 24jam ni mungkin agak payah la.. kalau tetiba senyap lak, memang orang akan perasan la mesti ada sesuatu yang tak kena dengan dia..

Walau seramah mana orang tu akan ada masa dia terdiam.. selalunya depend pada mood dia la kan.. orang sekeliling mungkin masa tu tak berani nak tegur tanya kenapa.. yang perlu orang tahu dia takan diam untuk masa yang panjang.. kejap je diamnya tu.. nanti back to normal ok la dia.. 

Seminggu dua ni aku banyak bermonolog.. rasa malas nak cakap ngan sesape.. terasa macam semua tak kena.. bukan tak nak bertegur sapa dengan orang cuma monolog banyak sangat.. otak dah tak larat nak jawab soalan bertubi-tubi dari hati.. 

Aku rasa otak aku dah tepu kot.. dah tak dapat terima input banyak sangat buat masa sekarang.. nanti bila aku dah upgrade RAM otak aku ni, baru kembali seperti sedia-kala kot..


Sekarang bila baca balik apa yang aku tulis, aku sendiri tak tahu ke mana hala apa yang aku nak cerita kan.. entah korang faham ke tidak..


Aku sendiri tulis, aku sendiri baca aku sendiri faham..




-Bye-

4 Mitos:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aku xpaham.. tapi nasib baik ko kata ko paham dng apa yg ko taip nie..

kalo ko kata... xpaham... mmg haru biru jawabnyer..hehe

najihah sahami said...

ahaha...jangan bermonolog sangat. kangg org ingt sakit jiwa lak..parah tuhh.

Selipar Putus said...

makan semut banyak sangat kot cucu nenek ni.. nak nenek tolong daftar kat tanjung rambutan ke? dah ade gaya ni.. hoho

Yuni Aisyah said...

bermonolog dgn diri....bgus2...hikhik..jgn jd gila sudah..:P