Pages

Showing posts with label kaki sendiri. Show all posts
Showing posts with label kaki sendiri. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Suprise



Balik dari kerja tadi aku tengok ada sekeping poskad.. "peminat mana pulak send poskad ni".. sekali tengok alamat dari korea.. wow! terus speechless..











p/s: ekau hado?hehe..

Monday, March 19, 2012

Monolog



Kengkadang bercakap sendirian lebih elok aku rasa.. aku tanya, aku jawab.. sendiri cakap, sendiri faham.. senang.. kalau tersalah kata tersilap bahasa sekalipun, takan sendiri nak sentap.. boleh anggap dah sewel macam tu..

Orang yang pendiam mungkin senang bagi dorang nak zipkan mulut.. yang jenis peramah 24jam ni mungkin agak payah la.. kalau tetiba senyap lak, memang orang akan perasan la mesti ada sesuatu yang tak kena dengan dia..

Walau seramah mana orang tu akan ada masa dia terdiam.. selalunya depend pada mood dia la kan.. orang sekeliling mungkin masa tu tak berani nak tegur tanya kenapa.. yang perlu orang tahu dia takan diam untuk masa yang panjang.. kejap je diamnya tu.. nanti back to normal ok la dia.. 

Seminggu dua ni aku banyak bermonolog.. rasa malas nak cakap ngan sesape.. terasa macam semua tak kena.. bukan tak nak bertegur sapa dengan orang cuma monolog banyak sangat.. otak dah tak larat nak jawab soalan bertubi-tubi dari hati.. 

Aku rasa otak aku dah tepu kot.. dah tak dapat terima input banyak sangat buat masa sekarang.. nanti bila aku dah upgrade RAM otak aku ni, baru kembali seperti sedia-kala kot..


Sekarang bila baca balik apa yang aku tulis, aku sendiri tak tahu ke mana hala apa yang aku nak cerita kan.. entah korang faham ke tidak..


Aku sendiri tulis, aku sendiri baca aku sendiri faham..




-Bye-

Tuesday, February 21, 2012

Exhausted

Baru sekarang dapat rasa erti bekerja keras..
bukan kerja macam buruh angkat batu bata keras-keras tu..
even kerja dalam aircond boleh berpeluh jugak kenkadang..
peluh jantan orang kata...

kerja 12 jam seminggu direct memang menguji muscle..
hampir spasm..ingatkan main bola je boleh crem..
hamstring dok geli-geli tanda nak kejang..
nikmat tak terkata..

buat kerja yang kita suka walaupun penat masih boleh tersenyum lagi..
kepuasan disebalik peluh yang keluar tu tetap ada..
ibarat sebijik beras sama dengan setitik peluh petani..
hahahaha..
gua sendiri tulis gua sendiri baca gua sendiri gelak..

-bye-

Wednesday, February 1, 2012

Good Bye January


Aku tertanya-tanya ke mana aku di tahun 2011..????

2011 tiada dalam diari.. dari tahun 2010 terus ke 2012..

ke mana 2011 ??? aku betul-betul rasa psycho.. hampir berputus asa..

tercari-cari..tertunggu-tunggu.. 

dari hari ke minggu.. dari minggu ke bulan..

berbulan-bulan macam tu.. 'life paused'..

sedar tak sedar sudah setahun berlalu..



2012 bukannya hidup baru bermula..

cuma 'life paused' tu dah 'play' balik..

hidup makin terisi.. makin bermakna..

ada tanggungjawab, ada komitmen..

namun aku tetap aku..


Januari paling best..

dapat kerja tu memang gembiralah..

dapat jumpa kengkawan lama masa belajar dulu lagilah gembira..

lebih-lebih lagi berjumpa kat tempat sendiri.. 

kebetulan dorang datang sini sebab ada kursus..

boleh bawak dorang round negeri aku ni..

punyalah excited siap setting lawan futsal lagi..

dapat jugak kitorang main bersama..

dah lama tak tengok skills masing-masing..

boleh tahan dorang sekarang..

cuma aku je la main ala-ala macam orang tempang..


Memang bersyukur sangat hidup aku dah mula bergerak..

mula berubah..walaupun sedikit demi sedikit janji ada perubahan..

ye dak?

hopefully Februari membawa lebih makna dalam hidup ni..

insyaAllah..


hello February




Saturday, December 24, 2011

Frust.. Adoyai..



Disebabkan kawe tak jawab panggilan demo semalam, terus kawe dipersalahkan..
huh!.. terus hilang mood..


ceritanya macam ni..


Sebelum ni kawe ada pergi interview dekat sebijik company ni.. dan dia cakap akan bagi feedback sebelum cuti hari natal.. kawe memang excited gila la nak kerja kat company ni dan dia pun macam dah bagi harapan nak ambik kawe bekerja..


Dan selepas tu kawe memang alert lah dengan handphone.. tak sempat handphone berdering lama kawe terus angkat.. nasib baik handphone kawe tak bawak masuk dalam jamban sekali time nak mandi.. nak alert punye pasal.. ye la kan.. takot terlepas panggilan penting..


Nak dijadikan cerita pagi semalam kawe balik kampung.. nak kerjakan kebun getah mak kawe tu.. bubuh baja pastu tebas semak-samun sikit.. jadi kawe tinggalkan handphone tu kat rumah atok kawe.. kalau bawak sekali pun bukan leh pakai.. tak da line.. balik je dari kebun kawe check ada miscall dari unknown number.. terus kawe curious! 


Kawe check dan memang nombor tu kepunyaan company tu.. kawe bajet dorang akan call balik tapi memang bajet je la.. dorang tak call balik pun.. jadi petang tadi aku call dorang dan dia cakap kawe dah kena reject..




"semalam saya dah call tapi tak angkat.. jadi saya tak jadi la ambik awak bekerja"..  


Kawe speechless! Kawe rasa hampeh gila sekarang ni.. boleh ke dia kasi alasan macam tu kat kawe.. kawe tengok ada 1 je kot misscall dari dia.. 



kawe sero supo loser jah loni!

Wednesday, December 7, 2011

Penampar Bongsu



Kelmarin masa aku dok mengadap laptop, 
puan emak masuk bilik anak bujang ajak bersembang..
berdiri kat belakang kerusi hitam aku..


Tak sampai dua tiga patah bersembang, 
paaang! penampar bongsu singgah kat leher aku.. 
tepat! padat! sakit!
betul-betul kena kat bawah telinga kiri.. 


"wah, besarnya nyamuk!", katanya.. 


"adeh.. tu tahi lalat orang la umie", setitik peluh atas dahi aku keluar..
aku buat muka innocent.huhu...



Kenapa dipanggil penampar bongsu?
mungkin penampar tu lebih lemah dari penampar sulong kot.. 
aku sendiri pun tak tahu..
nasib baik tak berdesing telinga aku..






Sunday, December 4, 2011

Rongak Sudah



Gigi geraham ni dah makin rancak dok ajak aku bergoyang.aiissh..
tahun lepas sebatang gigi kena cabut..
dua tahun lepas pun sebatang jugak dah terkorban..
yang dok bergoyang inul ni pun aku rasa cukup bulan ni tertanggal jugak kot.. 
buat syarat sekali setahun gigi makin kurang..


Ni la padahnya masa kecik-kecik dulu tak reti nak jaga..
selalu tertidur masa makan gula-gula.. 
sedar je gula-gula masih kat dalam mulut..
gula-gula melekat kering atas lidah macam terkena frost..
sakit jugak.. korang pernah rasa?



Semalam aku dok kira gigi aku sesambil dok tengok bola..
tinggal lagi 28 batang..
barangkali lagi 28 tahun mulut aku tinggal gusi je..


Nasib baik semua gigi geraham yang kena.. 
kalau gigi depan, tobat sumbang manis time aku sengeh.hehe..




*senyuman adalah hak milik setiap insan*






Serius, esok aku nak pergi buat gigi palsu.. nekad!haha..




Thursday, November 17, 2011

Sebijik Tahniah untuk Adikku



Nah, ambik tahniah ni dari abangmu!


Adik aku dari start exam UPSR sehingga lah sekarang (result dah keluar) dia punyer rilek buat muka cool tu memang aku suspek.. ada yang tak kena dengan hormon dia ke? ke cecair adrenalin dia bocor keluar jadi air liur? 




otai sangat dah barangkali.. 


study tak da la tekun sangat.. banyak mengadap komputer je aku tengok.. dok jaga ladang kat fesbuk tu lebih dari jaga dia punyer homework.. patotnya dia pun dapat 4A jugak sama macam aku dulu.. sebab sama malas kan.haha..




Kau punyer senyum suam-suam je..


Mak aku dari pagi tadi sampai la sekarang happy lain macam.. tak sehappy budak yang dapat 5A ni.. ye la kan.. bangga dengan anak yang berjaya.. rasa terbalas hasil dari hantar ambik anak dari sekolah.. dok urus makan minum anak pergi balik sekolah, dok ingat suh buat kerja sekolah.. akhirnya, senyum sampai tertidur jawabnya mak aku malam ni..




Aku doakan adik aku ni genius sampai ke tua la hendaknya.. harap berjaya dunia akhirat.. sila ikut akak dia yang sorang tu.. jangan ikut abang yang sorang ni sudah la..












Kau buat kami bangga.. syukur padamu ya Allah!



Tuesday, November 15, 2011

Bukan Takut tapi Kurang Percaya



Sedikit update pasal kakikanankusakit.. 


Kalau dibilang sudah 300 hari lebih kaki ni sakit.. sakitnya tak sama macam awal-awal dulu.. sakit geli-geli je.. pendek kata belum pulih seratus peratus.. haa. lama bukan.. nak dekat setahun jugak tu..  


Sepatutnya 13hb lepas aku kena masuk wad untuk bedah kakikanankusakit ni.. 
tapi aku call nurse yang arrange operation aku tu cakap saya tak mau datang.. selamba badak.. baik punyer keputusan aku buat.. aku rasa la..


Aku bukan takut nak kena operate.. 
cuma aku kurang percaya kat doktor tu.. senang-senang je dia cakap nak operate.. dia check kaki aku ala kadar pastu terus buat keputusan nak buat operation.. amboih, senang! dia ingat aku ni kena diabetis ke hape..


Title dia memang doktor pakar tulang.. 
kata pakar tapi tak kasi info pape pasal operation tu.. just tanya aku nak ke tak nak.. aku ni yang tengah blur nak sangat kaki ni sembuh cakap setuju je la masa dia tanya tu.. buat muka seposen.. nasib baik appointment tu buat sebulan lepas.. so, boleh la aku balik pikir tanya pakar-pakar lain..




Aku ada tanya lain pakar.. 
dorang pun terkejut kenapa doktor tu decide nak buat operation.. padahal aku leh jalan elok.. range of motion (rom) aku pun not bad.. terjejas sikit je.. tak teruk sampai kena bedah.. 




Sorry la doktor kononnya pakar.. 
saya tak nak dibedah doktor.. sepanjang saya di bawah pemerhatian doktor, tak pernah doktor tunjuk doktor seorang yang professional.. saya tak kisah menunggu doktor makan 2-3jam, yang saya kisah khidmat doktor yang hanya makan masa 2-3 minit je.. yang lain-lain tu tak mau lah saya cerita, nanti terbuka aib doktor lak.. 




dari aku emo, baik aku noktah sekarang.. sekian.





Tuesday, November 1, 2011

Toteli Ridikulus





Ada beberapa benda yang buat aku menyampah tahap beg plastik sampah kaler pink..


Lebih kurang dekat 100 perkara yang toteli anoying tapi takat 2 perkara je la yang aku letak kat sini..cekedisout yok!






Yang ni memang selalu mendapat tempat pertama.. kadang-kadang terasa nak baling je remote kat tivi.. nak pulak menda biru ni kuar sampai aku miss tengok gol score.. astro, ko dah la cekik darah, service pulak macam nih..aarggh!







Yang ni pulak tak berapa nak johan sangat la sekarang.. dulu-dulu tu mungkin sama naik dengan yang kat atas tu.. tu sebab aku dah gantikan router yang baru.. yang lama aku dah simpan elok-elok dalam tong sampah..




* permulaan bulan baru, patotnya dimulakan dengan entri baru..sekian.

Sunday, July 31, 2011

Budak Degil

Aku dah hilang kiraan.. hari ni dah kali ke berapa aku curi-curi pergi main bola.. tujuh bulan dok saje rasa tak tertanggung.. aku ingatkan kakikananku sakit ni sembuh dalam dua tiga bulan je.. paling lama pun enam bulan.. mengalahkan orang patah tulang.. tapi tak pe lah.. aku dah buat MRI Scan minggu lepas dan 16 haribulan baru tahu result scanning tu..


Aku mana la reti nak dok saja lebih-lebih lagi waktu petang.. takan nak lepak kat rumah sambil tengok drama nora elena kat tv3 je kot.. oh tidak! Tak brutal langsung..


Nak curi-curi keluar rumah pergi main bola/futsal bukannya mudah.. lebih kurang saing-saing mission impossible jugak tu.. kalau kantoi ngan mak aku confirm kena marah sampai berdarah gegendang telinga.. silap-silap kena grounding macam style parents mat saleh.haha..


Masa nak curi-curi keluar, pakaian kasut segala bagai aku dah standby letak tepi tingkap bilik aku.. sembur perfume lebih sikit pastu keluar bilik buat muka selamba gaya macam nak keluar dating.. ye la kan.. takan mak aku nak syak aku pergi main bola dengan wangi macam hantu raya.. nak masuk pun dengan cara yang sama.. setakat hari ni satu rumah tak dapat hidu lagi taktik busuk aku ni..


Dan kegiatan haram aku ni berenti takat hari ni je kot.. malam ni dah nak start tarawikh dan esok dah mula puasa.. tu pun kalau penyimpan mohor besar raja-raja dengan bangganya umum esok 1 ramadhan..


Dengan kaki berbalut aku cuba-cuba main bola.. ternyata masih tak hilang bakat tu *perasan*.hehe.. nasib baik tak da orang tackle kakikananku sakit ni.. Alhamdulillah dan insyaAllah aku takan ketinggalan bertarawikh malam ni..


Salam Ramadhan untuk semua dan selamat menyempurnakan ibadah puasa serta ibadah sunat yang lain.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan!