Pages

Sunday, December 6, 2009

Untuk Apa...?

Sempat lagi aku menekan keyboard ni sebelum lelapkan mata.. menaip dalam keadaan gelap bukan kerana aku memejam mata, tetapi lampu sudah terpadam.. sudah sekian kerja-kerja rumah dilangsaikan pada jam 5 pagi, tiba masanya untuk aku 'take a nap' kejap.. tapi tak jadi.. aku terasa mahu menulis sesuatu.. jadi, aku on laptop ni..

untuk apa...
sekian lama aku laksanakan tanggungjawab aku di rumah ni, kini sudah tiba masanya untuk aku berhenti seketika.. hanya seketika kerana aku yakin pada suatu hari nanti aku pasti aku akan memikulnya kembali.. kurang dari 24jam mak ayah aku akan sampai di rumah.. pulang dari menunaikan rukun Islam yg ke-5..sekarang mesti mak ayah aku sedang berada di ruang udara Lautan Hindi..

kepulangan mak ayah aku dengan penuh pengharapan.. harapan setelah menaburi doa-doa semasa di Tanah Suci.. Mengharapkan kejayaan untuk anak-anak mereka.. yg paling penting mengharapkan anak-anak mereka berubah menjadi seorang yg berguna.. namun begitu, aku masih bingung dengan sesuatu..

fikir apa..
adakah aku laksanakan tanggungjawab aku dengan baik? ikhlaskah aku? layakkah aku bergelar abang kepada adik? anak jenis apa aku ni? apa yg dah aku buat sebelum ni? macam mana aku nak terangkan hal tu nanti?

fikiran aku kusut tapi aku tetap bersyukur kerana mak ayah aku sihat walafiat pulang ke tanah air..

6 Mitos:

Musezafar GB said...

Alhamdulillah din.. semua tu ada hikmah.. mana taw thesis ko lepas ni lebih mantop!

aRien de GreaT said...

huhuh...ok la tu at least adik2 selamat dri bencana banjir..huhuhu...xde yg xedera...xde yg kebuluran spnjg ko jdi single parent nih..

Tapak Kaki said...

muse: jangan ko bicara tentang 'testis' itu...huhu

arien: aku tidak mendera malah aku yg di'dera'.. aku memberi makan, sesuap nasi tak pernah kurang..

paulinevoon said...

u r sweet

shuhadah Zainol said...

wah...bagus2..cam ni la pokcik nak wat menantu.... hehehe...

Tapak Kaki said...

haha.. jangan tertipu dengan kebaikan ini.. :P