Pages

Sunday, June 13, 2010

Kenduri Kendara


Orang kampung sebelah dok asyik turun naik khemah je.. belakang rumah, depan rumah, kiri kanan rumah aku ni pun dok bergilir tarikh kenduri.. takut bersimbung nanti susah pulak orang kampung nak datang.. sedara-mara, sepupu sepapat aku pun dah datang seru.. banyak-banyak jemputan kenduri kawin, langsung aku tak kisah mahu pergi.. memang jenis aku tak suka pergi kenduri..


Namun begitu ada satu kenduri yang terpaksa aku pergi.. kira tuan rumah tu bertuah la sebab aku sudi datang ke majlis diorang.. bagai VVIP yang datang ke rumah.haha.. tak semua majlis kenduri dipenuhi tetamu.. ada jugak kenduri yang tak ramai sangat orang datang.. mungkin tuan rumah ajak orang dekat-dekat je kot.. ataupun memang dah ajak ramai tapi yang datang sikit je..kesiannya!


Tetamu ni orang cakap pembuka pintu rezeki.. lagi ramai tetamu yang datang, lagi besar la rezeki untuk tuan rumah.. jadi bagi tuan rumah nak buat kenduri kawin tapi tak tahu macam mana nak dapatkan tetamu yang ramai, di sini aku ada idea nak kongsi untuk memeriahkan majlis korang..


Tips untuk dapatkan tetamu seluas mata memandang:-


1) Kahwinkan anak anda dengan orang yang famous seperti ARTIS atau DATO/TAN SRI. Paling tidak pun dengan anak KETUA KAMPONG. Confirm ramai yang datang ke majlis anda..

2) Adakan majlis kenduri anda di FUN FAIR.. sah-sah meriah! Makan Sambil Bermain, satu konsep yang menjadi faveret orang ramai. menjadikan majlis kenduri anda suatu kelainan..

3) Sediakan AIS KRIM dan COKLAT sebagai pencuci mulut.. pilihan menu juga amat penting.. nanti majlis korang akan penuh dengan budak-budak yang datang nak makan ais krim free.. tak pe la kan.. janji meriah!

4) Masukkan BAUCER SHOPPING, KAD TOPUP prepaid, TOKEN CARWASH atau seumpama dengannya ke dalam GOODIES BAG. Cara macam ni bakal mengundang tetamu yang ramai lagi tak dikenali. Takat taruk gula-gula tu pabarang..

5) Jemput kugiran seperti band Hujan, Bunkface atau Les Sekinchan datang untuk buat persembahan ala-ala mini konsert muda-mudi gitu. zaman sekarang kan suka hiburan. Jadi kena la buat macam ni nak pikat orang datang ke majlis anda..


Tiada jaminan tips yang aku kasi ni berkesan.. tak salah kalau mencuba, kan?hehe.. kalau dah terdesak sangat, mungkin idea ni sahaja yang boleh menolong anda sekalian.. jangan salahkan aku kalau tetamu datang ciput je ok.. akhir kata, Selamat Kenduri Kendara!

*bila musim kenduri je, confirm jalan raya kat kampung aku sesak bagai..hadoyai!


18 Mitos:

SuryaRahman said...

asik cakap kenduri orang kiri kanan rumah jiran sedara

kenduri sendiri bila pulak?

dah gatal nak gi kelantan ni.

s h e e said...

adoila...tips utk ni pon ade ka...ekeke...skew sgt tersadong kt umah sy ekh...

Anonymous said...

harap2 knduri kte nty meriah r kn;)

nabilah_2908 said...

haha..sebelum nk jemput..tulis dlm kad siap2..ada icecrm..ada kad topup and ada band dtg buat persembahan..syre tips2 ni akan lebih berkesan.. :P


jom ke APA KATA HATI pulak,
BUSY MONDAY

Siti Shuhadah Zainol said...

hahaha...suke tips yg soh Masukkan BAUCER SHOPPING, KAD TOPUP prepaid, TOKEN CARWASH atau seumpama dengannya ke dalam GOODIES BAG...

mmg sure ramai yg berebut..hahaha...

aleen adela akoo ^_* said...

weewit!ko bile lg nk kenduri?aku nk dtg 1 bas neh.hak2

Tapak Kaki said...

MF: bersabar lah yea.. nanti sampai la tu kad jemputan kahwin kami nanti.. sooner or later.haha

Tapak Kaki said...

shee: nanti kenduri ang, try ar tips ni.. sure heboh ko ye majlis!

Tapak Kaki said...

anonymous/lady gaga: aha..harap2 meriah cam kenduri siti ngan dato k.
haha

Tapak Kaki said...

nabilah: agak-agak ada orang berani tak ikot tips ni?

Tapak Kaki said...

shu: ang memang suka menda-menda yang macam ni je.wakaka

Tapak Kaki said...

aleen: ang nak datang 1 kapal pun boleh.haha

shahir said...

ko ase law ko kawen t,bape juta maw habes ehh...?=P

Tapak Kaki said...

ntah la bro.. mungkin dalam berjuta-juta lemon jugak habis nanti.wakaka

nabilah_2908 said...

haha..apa kata awk try buat dulu..hehe.. :P

s h e e said...

tapak kaki:tammola...haha...lari bajet i nnt...kalo airkrim tu boleh consider lg kot...

Tapak Kaki said...

nabilah: saya tak mahu buat sebab memang nakkan tetamu yang sedikit.. save bajet maa.haha

Tapak Kaki said...

shee: kalo bajet lari, u kejar ar.wakaka