Entry ini ditulis setelah sekian lama sesuatu terperap dalam otak, setelah hati penuh dengan prasangka, bila bahu berat memikul tanggungjawab, ketika jiwa tak penah tenteram dan hanya kesilapan mengundang dosa.. hampir sebulan berlalu, berat mulut aku nak mengatakan apatah lagi nak menceritakan kepada yg lain.. banyak hal yg terjadi di luar dugaan..natijahnya pun boleh tahan pedihnya..sungguh mengancam dan mengecam.. dalam hati aku hanya berserah pada Yang Maha Kuasa untuk menilainya. Kerana nilaian-Nya tak pernah salah..
aku melalui hari dengan penuh pengharapan.. aku tak peduli dengan apa yg akan terjadi pada hari esok.. aku berusaha hidup untuk hari ini sahaja.. hari yg tiada perubahan.. hari meninggal hari..hari demi hari.. walaupun begitu apa yg aku buat hari ini mesti ada kesannya di masa akan datang..sudah menjadi resam..buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..jika usaha sedikit dapat sedikit, jika usaha lebih, dapat pun lebih..kadang-kadang resam tak semestinya mengikut adatnya.. jika terjadi sebaliknya itulah dipanggil ujian..
setiap balasan dari Tuhan adalah seadil-adilnya.. balasan dari manusia belum tentu hitam putihnya.. manusia yg diberi kuasa akan terus berkuasa..yg berkuasa tak selalunya betul.. ketika di bawah banyak pula mengata itu dan ini.. serba serbi tak kena.. bila di atas mula lupa diri.. sudah lupa asal diri..ego menggunakan kuasa.. tak sedar yg diri sudah menindas.. marahkah aku?
apa yg tersurat dan yg tersirat akan aku tunggu sehingga terungkai supaya aku lebih menerima dan mengerti.. hikmah di sebalik musibah ini semestinya tak terjangka.. hanya siapa yg memikirkan dan diizinkan-Nya baru mengetahui hikmah tersebut.. sesungguhnya orang yg mengadili akan juga diadili.. hanya masa sahaja yg menentukan..
"Mata yang memandang, otak yang memikirkan, hati yang merasa, jiwa yang meronta!"
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)