Pages

Wednesday, May 6, 2009

Selection for MASUM Futsal Team

bila final exam dah abes, mula la otak ni slalu dok pikir apa yg mahu dibuat walaupun ada proposal yg patut disiapkan sebelum aku balik bercuti.. semasa menunggu tibanya hari departure (aku naik bus je), ada orang bagitau pasal pemilihan skuad futsal untuk kejohanan masum nnti. sudah lama aku menanti, baru semalam berakhirnya selection tersebut. yg hampehnya, tiap-tiap kali malam selection, coach akan umumkan the next day will be the last day for the selection. sehingga dua tiga malam gak la berlarutan ayat tu. entah apa propaganda dia pu n aku tak tahu.

selection tersebut boleh dikirakan mendapat sambutan walaupun player yg datang adalah muka-muka yg sama, maksud aku or ang yg penah aku jumpa. so, tak da la suprise sgt. dah boleh agak sape yg akan terpilih..bajet je la. tak ada muka baru yg mengejutkan aku. performance lebih kurang sama. average... cuma ada la dua tiga orang yg menonjol. jadinya menda macam ni disebabkan setiap orang ada di a puyer setting goals sendiri. ada yg betol-betol mahu mewakili uitm utk masum nnti, ada juga yg datang sebab hanya utk tunjukkan yang dia adalah yg terbaik, tidak kurang juga ada yg datang disebabkan utk m encari pengalaman. yg tidak ada hala tuju p un ada.ntah pape nta h... buang masa je.
"ko pikir ko pandai main bola yek"
-diorang ni langsung tak terlibat dengan selection-
1st Nite
ramai player yg dtg utk mencoba nasib. 1st impresion adalah penting bg menambat hati coach. pada malam tu, players ramai yg "keras" dan just play a simple game. court futsal pun jadi sunyi. sebab, diorang takut utk buat mistake. nnti takut tak terpilih lak. so, diorang just main passing,tapping dan shooting biasa je la. tak da yg berani kawal permainan.

2nd Nite
mlm ni dah ada kelainan. mungkin coach dah nampak clique yg ada kat situ. so, dia teamkan sesama geng. tak ada sangat la masalah mau bermain malam ni. court pun dah tak sunyi. player dah boleh buka "bunga". bukan main lagi silang diorang mlm tu. lantak lah...yg penting futsal ni kena main as teamwork, not individual game. cara selection hanya bergantung pada team against team. tak specific macam jaguh futsal. so, nasib la. kalau sesape tak dapat bola, tak dapat la nak tunjuk dia punya bakat. ada gak yg hanya dua tiga kali je masuk padang. humph..

3rd Nite
player dah mula biasa dgn sesama mereka. ada juga player yg baru datang utk kali pertama. mungkin baru dapat berita kot. itu pun budak-budak fakulti aku jugak. tak da muka lain.hahaha.. yg baru datang ni, kena la berlagak cool sampai mereka tersadong-sadong. tp ada jugak yg boleh tahan silangnya. tak da apa perubahan sangat pada mlm ni.

4rd Nite
malam ni ada coach baru. entah sesape dia tu. dengar citer dia tu ex-player selangor utk jaguh futsal rtm 2008. entah ada certificate ke tidak. mungkin as a player dia bagus tp as a coach belum tentu. tunggu je la masa tournament nanti. malam ni paling ketara aku nampak siapa yg bakal dipilih. dalam 12 orang pemain yg coach mau pilih, 10 orang aku leh agak siapa. for sure orang yg coach kenal takan dibuang. pemain lain betol-betol strunggle utk dipilih. sampai ada pemain yg injured malam ni. confrim tak dapat perform dgn baik kalau kaki dah terseliuh. permainan pun agak laju dan keras.

5th Nite (last)
malam ni aku boleh agak coach hanya cari 5 pemain utama shj. sebab dia dah pilih player pada malam semalam. cuma cari yg terbaik utk jadi key player. apa yg aku sangka, betul-betul jadi. pemain yg dipilih 90% betol dgn apa yg aku agak. aku ada tny player yg tak terpilih, pendapat dia sama macam aku.hahaha. dah adat sukan kat Malaysia. patut la tak berkembang. cuma nasihat aku, sesape mahu involve dgn apa-apa sukan sekali pun, korang kena berjiwa besar! walau tak terpilih, jangan give up or mental down. teruskan usaha ok! gambatte kudasai..

apa-apa pun yg terpilih aku ucapkan tahniah. buat yg terbaik.
kalau tak menang pun nanti, biar korang menang dengan attitude. kalau menang, be humble ok!

p/s: nanti aku sendiri akan turun selection. waiting for the right time.ahaks :D

Wednesday, April 8, 2009

Bila Dah Tak Cukup Masa


Sejak kebelakangan ni, aku dihambat masa. Tiada lagi hujung minggu untuk aku berehat, apatah lagi mahu buat kerja-kerja peribadi aku. Keluar di awal pagi dan balik di hujung senja, kadang-kadang bawa ke malam semestinya membuatkan aku begitu penat. Apa yang aku buat sebenarnya? Apa yang aku buat itu, betul ke pada masanya? Wajib ke aku buat perkara itu? Ataupun ianya hanya pelengkap pada kehidupan aku? Banyak perkara yang perlu aku fikir tetapi aku terpaksa KIV dahulu. Bukan kerana malas, cuma aku terpaksa bagi masa pada otak dan badan aku yang tengah letih ni berehat dan barulah aku boleh berfikir dengan baik. Apa tidaknya, kerja non-stop dan sentiasa kena mobile. Mana sempat untuk aku fikirkan semua tu (alasan je ni.hehe). Dalam di tengah kekalutan tu, aku dah tak boleh bahagikan masa dengan betul. Assignment dan proposal aku dengan kerja part-time, mana satu lebih penting!!!? Aku rasa dua-dua penting cuma perlu pandai bahagikan masa.

(Cerita dalam kesibukan)
Pada hari pembentangan research proposal aku hari tu, nasib aku tak berapa baik. Tetiba je supervisor aku masuk dalam bilik pembentangan. Memang aku cuak. Mana taknya dah aku hanya dua kali jumpa dengan dia untuk proposal aku tu. Aku main belasah je waktu present tu. Dah la ramai yang tengok. Aku buat cool je la. Sebabnya memang aku dah tak kisah lulus atau tak subjek tu. hahaha..Next sem aku still boleh ambil lagi subjek tu. Janji aku boleh graduate on time. :D

Yang aku bengangnya, kenapa ada orang cakap yang student ni tak sibuk? Student ni hanya duduk belajar dan buat kerja-kerja yang pensyarah suruh je ke? Orang yang dah bekerja saja ke yang sibuk? Aku pernah ditanya, "ko ni buat apa sblm ni? duduk lepak je ke? Oleh kerana assignment aku tak siap 100%, dia fikir aku ni pemalas, suka tidur, keluar lepak dan ponteng kelas. Padahal dia tu selalu "mengular" pada waktu kerja. Pastu dia buat "poyo" depan aku pulak. Dah la tak membantu, bila jumpa je mahu marah-marah aku pulak. Tak membina langsung. Tapi tak mengapalah, dah nama student confirm aku yang salah. Yang buruk+yang jahat+yang salah=STUDENT. Kami ini belajar dan memerlukan teladan yang baik dari orang lain. Bukannya untuk disalahkan!

Aku cuma berpesan pada diri aku jangan hanyut dengan tipu-daya-dunia. Jangan sampai aku tersungkur dan masa dah tak boleh diulang balik.
-Pantas berfikir, buat keputusan yang berhikmah, dan proaktif-