Sudah lama tak ber'update' beliau ini.. mungkin faktor masa ataupun kedudukan semasa.. sekarang baru aku terasa kerinduan yang amat akan kampung halaman.. walaupun tidak mewah tetapi lengkap dengan segala keperluan..
Sebagai 'Man in Action' yang berkelana buat masa sekarang, aku terpaksa berdiri di atas kaki sendiri.. tanpa seseorang yang bergelar Ibu di sisi yang senantiasa menjaga makan minum, sudah tentu aku sentiasa kelaparan.. tidak ada lagi aktiviti membuka tudung saji yang penuh berisi.. bila dah lapar sendiri punya ingat la.. sekarang tiap-tiap hari (tengah hari dan malam)aku dok fikir kedai makan manakah yang akan dituju.. dok fikir tu je hari-hari.. "No Ride No Food".. mentah kedarah punya orang..
Sepanjang berkelana ni, banyak duit yang keluar.. tapi alhamdulillah ada jugak duit yang masyuk.. Tuhan yang Maha Pemurah.. kadang-kadang aku terasa malu dengan rezeki yang diterima.. semacam tidak setimpal dengan 'kerjabuat' aku di dunia ini.. rezeki datang mencurah-curah tetap aku syukuri.. aku tak nak jadi hamba yang tidak bersyukur.. bak kata aku "Kais Weekend Makan Untuk Weekday".. mana ada orang kasi makan free hoi..
Sang kelana tak selalunya ditimpa kesusahan.. dalam tak lekang dicabar kesusahan, ada juga kegembiraan yang mendamaikan kepayahan.. paling tidak pun segala tekanan dapat dilupakan buat seketika.. minggu lepas team aku jadi JOHAN untuk kejohanan futsal anjuran GPMSUiTM.. buat kali kedua aku bergelar johan di UiTM.. bangga ke?! "No Sacrified No Victory".. lu pikir lah sendiri!
Secalit kegembiraan tak akan terus memudarkan kesusahan.. benak otak aku selalu dihantui persoalan yang menimbulkan rasa takut.. membuatkan hati aku tak senang dan berdebar-debar.. akan aku ceritakan dalam entri seterusnya (jika ada kelapangan dan kemudahan).. bersambung...
Wednesday, March 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Mitos:
Banyaknya pempatah. Baik lah. Bagi satu jugak untuk anda.
No woman no food. HAHA.
phewittttt din...cayalahhh!!!!!
ini hikmahnyaaaa
Ms Fitri: kat kedai makan tu smua chefnya lelaki.. no woman no food is not valid.. ini auta bukan fakta.haha..
arien: hikmahnya hanya seketika..bukan itu yg aku cari..
Post a Comment