Pages

Wednesday, May 26, 2010

Tapak Kaki a.k.a Alejandro

Kepala otak aku mungkin dah tak betul sekarang ni.. Kelakuan aku dah makin tak keruan.. Jiwa dah mula meronta-ronta.. hati mula membuak-buak.. Kenapa??? Mengapa??? haaa.ini yang kita nak tahu..

Ni gara-gara penangan Lady Gaga menyentap hati aku.haha.. aku suka lagu ALEJANDRO a.k.a TAPAK KAKI especially kat intro tu..

"I know that we are both young and I know you may love me
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro"

Jadi sesiapa sudi jadi Lady Gaga untuk nyanyikan lagu ni akan aku belanja Choki-Choki satu bundle.haha.. tapi dengan syarat kena gantikan nama Alejandro tu dengan nama aku ar .. lirik tengok kat sini ok..(^^,)


Tuesday, May 25, 2010

Tapak Kaki Mula Menapak

Semenjak kebelakangan ni aku asyik dok bersiar-siar kat blog orang je.. sengaja aku lupakan blog sendiri buat seketika.. best jugak bercakap dengan orang yang kita tak kenal ni.. dari dok layan orang yang dah selalu kita jumpa kadang-kadang buat sakit hati je..


Ada sebab aku menyelinap masuk blog orang lain.. selain dari niat nak ‘berkawan’, aku nak membaca personaliti seseorang tu.. macam mana agaknya pemilik blog tu.. bak kata Mat Saleh, “Don’t judge book by its cover”.. hurm, aku rasa tulisan ni juga boleh melambangkan peribadi seseorang tu..


Sengaja aku masuk blog orang kasi tinggal kesan tapak kaki.. hanya mahu mendapatkan feedback.. feedback apa? Itu yang aku tak tahu.. kena tunggu dan lihat je la.. mungkin diorang anggap aku ni stranger kot.haha.. jangan tuduh aku CIA dah la.wakaka..


As i expected! Ramai yang lebih suka menerima dari memberi.. kadang-kadang orang lebih suka menunjukkan menda yang baik dari yang buruk.. lebih positif dari yang negatif.. happy go lucky semua ye.. dunia ni sepatutnya macam tu la kan.. namun di balik sinaran ada juga kegelapan dan aku berada di balik bayangan..