Pages

Friday, October 22, 2010

Mencelah Seketika


Berblogging ni ada jugak pasang surutnya.. macam jugak air laut
dan juga air dalam tangki.. bila ada masa free boleh la buat entri dan blogwalking sana sini.. dan bila sibuk tak hengat, nak on laptop pun dah tak dapat.. bak kata ustazah aku, " rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara".. kesimpulannya, bila ada je masa free walau seminit dua, baik korang cepat-cepat berblogging.. macam dah tak ada kerja lain lagi nak buat.HAHA..


Ada jugak orang yang sudi bertanya kabar aku ke mana menghilang tak nampak tapak kaki aku kat blog ni.. terima kasih ya! aku sebenarnya dalam proses terakhir untuk siapkan thesis aku sebelum duedate yang aku rasa macam sejam dua lagi nak tiba.. padahal ada lagi seminggu lebih kurang untuk siapkan report ni.HAHA..


Agak tak keruan jugak la nak buat research ni.. kalau dapat geran beribu-riban ok jugak la.. duit tak ada pulak yang masuk.. yang keluar ada la.. wallet aku tembus barangkali..demmit! lantaklah.. janji aku dapat siapkan menda ni cepat-cepat dan boleh graduate serta-merta.. boleh tak wahai Encik Dekan?

p/s: doakan aku yep kengkawan & don't miss me okeh..haha


Wednesday, October 13, 2010

Bias Sang Media



Sudah lama aku tak ke stadium shah alam.. semalam aku pergi tengok perlawanan antara Red Giant lawan Red Warriors.. semalam bukan setakat lawan bola, siap lawan bertumbuk lagi.. pemain tak nak kalah sama juga dengan penyokong.. segala kejadian yang berlaku semalam aku dapat tengok live..


Dan tadi aku tunggu nak tengok berita pukul 1.30 hingga 2.00.. Apa yang menjadi isu sekarang ni, telinga aku ni rasa panas-panas je.. mata rasa pedih-pedih.. hati pulak rasa tak puas.. dengar text ucapan dari tukang baca berita sukan.. ayat berbaur macam nak burukkan sebelah pihak saja.. padahal dua-dua salah.. penyokong merah kuning dengan merah putih memang selalu bertelagah dari dulu.. tapi kenapa nak fokus pada kesalahan sebelah pihak? nak supaya orang lain nampak yang berbaju merah putih ni jahat ke?




Visual dalam kaca tivi hanya tunjuk penyokong Red Giant yang kena belasah.. Penyokong Red Warriors yang kena pukul tak tunjuk pulak.. segala kejahatan hanya tersuluh pada sebelah pihak.. kalau sesiapa perasan, kalau penyokong merah putih baling mercun terus masuk tivi cakap merusuh.. tapi kalau penyokong negeri lain yang bakar mercun, tak da pulak berita yang cakap buruk pasal kelakuan tu.. negeri cik siti ni pantang buat salah sikit, terus masuk berita..


Kalau sesiapa yang hanya dok dengar apa yang media cakap, angpa semua mesti tertipu.. nak kelentong orang yang tak pergi stadium boleh la.. ramai kot yang saksikan kejadian semalam kat dalam mahupun luar stadium.. kami tahu mana yang betul mana yang salah..


Secara peribadinya aku memang tak suka dengan kelakuan penyokong semalam.. ganas dan tak da semangat kesukanan langsung.. menang jadi arang, kalah jadi abu.. "tak da faedahnya pada sukan bola sepak negara kita", bak kata Tan Sri Anuar Musa.. aku hanya pencinta sukan dan ingin aku katakan STOP MEDIA BIAS!


p/s: kalau nak faham isi perut aku ni, angpa tengok la berita sukan hari ni ok.. di saluran perdana..