Pages

Monday, March 30, 2009

Hari ini memang palat, tapi esok masih ada...

Dua tiga minggu kebelakangan ni, aku sibuk sangat dengan kerja sebagai penuntut ilmu yang sedang berguru dengan individu cerdik pandai di shah alam ini. Sebenarnya hanya memerlukan sedikit masa untuk aku fokus dan siapkan kerja buat aku tetapi apakan daya, ada saja hal lain yang datang mencuri "sedikit masa" aku itu (pergh,ayat mcm keling)... Dalam kesibukan mentadbir kehidupan aku, ada perkara yang membuatkan hati aku tak senang. Memang hati aku sentiasa dinoktahi titik hitam, tetapi bukan itu yang membuatkan hati aku tak senang. Sejak mula aku menyambung pelajaran di shah alam lagi, selalu saja orang complain pasal diri aku ni. Bermula dari percakapan aku yang berbaur loghat negeri yang tak disenangi di telinga si pendengar (maklum la,aku ni anak jati negeri) sesampai lah pada perlakuan aku. Ada saja orang yang tak senang, ada juga insan yang terasa. Aku tak pernah usik atau complain diorang ni semua (aku memang dah tahu siapa insan tu). Apa yang diorang ni nak cakap atau nak buat, aku tak ambil kisah. Tetapi bila turn aku, ada saja suara yang mahu berkokok. Dari 1st semester aku di shah alam sehingga sekarang, kelantangan suara ini tak pernah rendah. Walaupun selama ini aku hanya mendiamkan diri dan buat tak reti je, tapi sekarang aku "terambil" kisah pulak. Bukan apa, diorang fikir aku ni selalu sakiti hati diorang tetapi diorang ni tak tahu dalam masa yang sama mereka menyakiti hati orang lain. Sudah lama diorang palatkan aku. Dulu, bila aku tak bercakap mereka kata aku sombong, dan bila aku buka mulut mereka ni pulak yang tak puas hati. Naik geram juga aku dibuatnya. Aku dah cuba puaskan hati mereka tapi ada saja yang tak kena. Aku tak pernah anggap mereka ini semua "kawan" aku. Mereka ini hanya imposter. "Wayang kulit" yang mempunyai watak masing-masing. Yang Hak tetap Hak, yang batil tetap batil. Yang baik tetap baik tetapi baik dengan cara mereka. Jadi, hormatilah orang lain dengan sifat mereka sendiri. Selagi orang tu tak menyusahkan engkau, tak payah la engkau cari pasal. Buat apa engkau senyum dengan manis (walaupun control), kalau hati engkau busuk! Fake smile! Senyum pada yang berhak, baru hati mereka tersentak.

1 Mitos:

shuhadah Zainol said...

NI KIRA KES CAM MEMBULI GAK LA KAN... @ BERPUAK2... ???