Pages

Monday, March 16, 2009

Pensyarah Bukannya Baik Sangat Pun!

Hari ini terpampang di muka hadapan salah satu akhbar tempatan yang menceritakan keji-nya seorang pensyarah yang telah mengugut seorang pelajar wanita untuk menggagalkan subjek yang diambilnya setelah MEMPERKOSA pelajar tersebut. Kalau sesiapa yang baca harian metro mungkin diorang boleh agak di institusi pengajian tinggi manakah kejadian sumbang itu terjadi... Ada juga pensyarah yang perangai macam tu. ish ish ish.... Sepatutnya pensyarah ni berkelakuan baik. Ini tidak, tunjuk perangai setan dia!

Selalu mereka, si pensyarah memandang serong pada students sekarang. Dikata malas, datang kelas lambat, tak pandai, ujian pun meniru, submit assignment lewat tp student ni tak ada la sekeji pensyarah tersebut. Sanggup mengugut untuk menggagalkan subjek yang diambil semata-mata mahu menutup mulut mangsa(student) dari membongkarkan perbuatan kejinya. Memang SETAN! Buat sesiapa yang betol-betol ingin tahu, itu hanya berita yang disiarkan di dalam akhbar. Tidak kira yang kes tertutup lagi... Kes sendiri tutup dan tiada pihak yang mahu membela nasib student. Apa-apa pun yang terjadi, kesemua kesalahan akan ditujukan kepada student. Jadi kambing hitam la sampai korang graduate nanti...

Selain kes tersebut, ada pelbagai sebab lain lagi yang membuatkan pensyarah mahu menggagalkan pelajaran student. Walaupun diorang ni malas tapi result still boleh tahan. Cukup makan lah orang kata. Janji lepas... Kekadang kalau pensyarah tak suka pada seseorang pelajar ni, kompem budak tu tak dapat markah tinggi. paling busuk pun dapat score gred C je. Kalau tak bernasib baik mesti repeat paper tu next semester. Ada sesetengah pensyarah tak suka dengan budak sukan ni. Apa masalah pensyarah tu pun aku tak tahu. Mungkin atlit/pelajar tu selalu tak hadir ke kelas dengan alasan bersukan, si pensyarah mahu bertindak zalim. Yang pensyarah yang bersikap BIAS ni tak payah cakap la. Isu yang dah jadi sampah dan makin tidak dipedulikan oleh sesetangah student. Sistem pelajaran di pengajian tinggi ni kadang-kadang tidak relevan jugak. Layak ke pensyarah sekeji macam tu mahu menilai tahap akademik pelajar. Pelajar yang dia suka, dia kasi markah tinggi. Pelajar yang dia tak kenal lagi tak suka, dia kasi markah cukup-cukup makan je.

Ada juga kes yang pensyarah ni "MAKAN" duit student. Duit yang dikumpul untuk organize event, dipakainya untuk servis kereta. Dah la bajet untuk program akademik pelajar tak diluluskan, masih lagi mahu "MAKAN' duit student. Terpaksa la student menanggung semua kos event dengan duit PTPT-PU mereka... Adil ke? Bagus sangat ke pensyarah ni? Berlagak macam bagus sangat, tapi semuanya plastik! Memang kelayakan pensyarah ni paling cikai pun lulusan Master, tapi tak semestinya perangai diorang ni tahap Master juga!

Semua yang aku ceritakan ini bukan rekaan tapi hakikat pengalaman sendiri dan kawan-kawan aku yang lain. Pandai-pandai la korang menilai. Dalam setandan buah pisang masak, mesti ada juga yang buruk! Mata yang memandang, otak yang memikirkan, hati yang merasa, jiwa yang meronta!

1 Mitos:

shuhadah Zainol said...

ada erk pensyarah camni...ish..ish..ish... x ku sangka...