Pages

Friday, August 6, 2010

Who is Salt?!



Sekarang aku dah tahu siapa Salt sebenarnya.. bebudak sekolah rendah mungkin ingat Salt itu garam.. budak sekolah menengah pulak cakap Salt tu awek cun.. aku pulak cakap yang Salt ni superspy yang jadi mole dalam CIA yang konon-kononnya menjadi penyelamat Mekah dari bom nucklear.. huh! what a story? rubbish.. memang ada dalam dunia ni kafir laknat yang bercita-cita nak musnahkan Kaabah yang jadi kiblat umat Islam seluruh dunia.. memang betul ini hanya sekadar cerita yang direka.. tapi tak tahu la kenapa aku marah sangat.. dah macam tak da tempat lain lagi ke..


Kononnya lagi dalam citer tu, soviet yang berniat jahat nak bom Mekah dan CIA yang jadi geng baik.. nak tunjukkan yang US ni baik sangat la.. hero pengaman dunia.. memang tak nak kalah US ni.. nak buat macam mana dah diorang yang buat citer ni..


Sesape yang kaki wayang, aku nasihatkan korang tapis-tapis dulu memana citer yang korang tengok.. setahu aku movie ni jugak salah satu medium untuk si kafir sampaikan ideology mereka.. macam dalam citer angels and demons, the lightning theft, the titans clash dan banyak lagi cerita yang diorang buat untuk dakyah kita.. tengok saja boleh tapi jangan percaya atau ikut ok..


p/s: semalam aku tengok citer Tekken.. boleh tahan jugak citer based on video game ni. cuma karekter King tak da dalam citer tu... hampeh! next movie the last air bender pulak..hehe

Monday, August 2, 2010

Aku dan Suratkabar



Aku ni tak da la suka sangat baca suratkabar lama zahir mahupun maya.. apatah lagi nak baca novel bagai..haram tak suka..tapi sekali-sekala aku ada jugak membaca..kalau rajin aku selak..bila malas pulak aku klik je.. bukan kerana aku buta huruf.. Cuma malas semata-mata.. ada sebab aku bersikap malas segala..


- haram semua suratkabar ni tak jual kat Malaysia -


Part yang mula-mula aku selak mestilah bahagian bursa saham sukan.. pastu barulah ke bahagian lain.. tu pun tengok headline je.. agak-agak macam menarik bulu mata aku, baru aku terjah baca isi perut kandungannya.. kalau tak, aku lipat dua je suratkabar tu pastu aku terus letak atas meja.. kalau agak kurang asam, aku buat alas makan..tak pun kasi kat orang jual pisang goreng.. haram malas nak baca..


Aku tak rasa suratkabar ni berkata bertulisan benar.. tak semua perkara yang ditulis tu fakta.. namun begitu aku tak kata pulak semuanya palsu.. tengok isu jugak la.. sesetengah perkara memang dah tak leh nak sangkal kebenarannya.. macam berita bencana alam tu memang tak menjejaskan tahap kepercayaan aku la.. namun begitu ada sesetengah perkara, aku menyangkal kesahihan isi kandungannya.. not 100% pure! gila suspicious aku ni.haha..


- akhbar paling kecik kat dunia -


Kalau korang nak tahu aku pernah masuk suratkabar yang tak berapa nak bersinar even motosikal suratkabar tu berkata demikian.. bila aku baca balik apa yang diberitakan, tak sama dengan apa yang diceritakan oleh aku.. memang la rasa kembang hidong macam serobong kapal bila masuk suratkabar, tapi lebih memualkan jika ayat aku dimanipulasikan.. tak telus.. bukan hal ni semata-mata yang menyebabkan aku mencurigai tahap ketulusan suratkabar.. ada lebih kurang seribu juta sebab lain lagi.haha..


Ni antara ribuan sebab utama mengapa suratkabar tempatan kita menjadi suspect aku..


*1* Bias

- ada beberapa suratkabar yang bersikap bias lebih-lebih lagi dalam isu politik dan kenegerian.. yang ni tak leh hurai lebih.. kang nanti aku update blog dalam jail pulak.haha..


*2* Etika

- bagi aku tak semua menda kita patut hebahkan.. macam perkara peribadi yang boleh memalukan.. artis atau VIP la selalu kena.. saje nak lariskan jualan mereka..


*3* Priority

- sebagai contoh ayam bertelor riuh sekampung korang tulis, Spain menang World Cup 2010 korang tak tulis.. kekadang isu luar negara lebih menjadi fokus hangat dari isu tempatan.. ruang pun kecik je untuk isu tempatan.. macam pasal bola sepak Malaysia.. gambar pun kecik dari gambar liga luar macam EPL.. kesian!


*4* Fokus

- aku rasa semua orang perasan yang suratkabar metro banyak citer pasal rogol, kes pelacuran, khalwat, liwat & bla bla bla.. gila seks ar!haha.. pasal mistik pun banyak jugak.. terasa baca suratkabar metro macam baca mastika la pulak..citer artis pun lebih banyak dari citer lain..hadoyai!

# aku tetap baca suratkabar untuk tambahkan ilmu di lutut dada.. Cuma aku sarankan supaya korang semua tapis-tapis la apa yang ada dalam suratkabar tu yek..


p/s: ini hanya pendapat aku semata-mata yang malas nak baca suratkabar.. membaca amalan mulia.. sekian!