Wednesday, July 14, 2010
Anugerah Khas FIFA World Cup 2010 Afrika Selatan
Pemenangnya adalah :-
Pemain Terbaik : Diego Forlan (Uruguay)
Penjaga Gol Terbaik : Iker Cassillas (Spain)
Penjaring Terbaik : Thomas Muller (Germany)
Pasukan Adil Main : Spain
Anugerah Khas :-
Pemain Paling Skillful : Andres Iniesta (Spain)
Pemain Paling Magik : Luis Suarez (Uruguay)
Pemain Paling Laju : Lionel Messi (Argentina)
Pemain Paling Bahagia : Cristiano Ronaldo (Portugal)
Pemain Paling Teruk : Felipe Melo (Brazil)
Penjaga Gol Paling Teruk : Robert Green (England)
Pemain Paling Kasihan : Fernando Torres (Spain)
Pemain Paling Emosional : Wesley Sneijder (Holland)
Pemain Paling Baran : Wayne Rooney (England)
Pemain Luka Berdarah : Gerrard Pique (Spain)
Pemain Drama King : Lucio (Brazil)
Jaringan Paling Cantik : Fabio Quaqliarella (Italy)
Tendangan Percuma Paling Cantik : Park Chu-Young (Korea Utara)
Penalti Paling Selamba : Keisuke Honda(Jepun)
Penalti Paling Teruk : John Mensah(Ghana)
Jurulatih Paling Emosional : Raymond Domenech (Perancis)
Jurulatih Paling Bagus : Vicente Del Bosque (Spain)
Negara Paling Kasihan : Perancis, Italy & DPR Korea
*Kepada para pemenang anugerah khas akan mendapat hadiah berupa SOTONG KURITA sorang sekor..tahniah!
*Kepada mana-mana yang tidak berpuas hati akan anugerah ini, sila mengadu kat mak bapak korang.. sebarang surat-menyurat sama sekali aku tak layan.. terima kasih. MAJULAH SUKAN UNTUK BUMI!
Monday, July 12, 2010
Sudah Termaktub
‘Demam’ aku sudah sembuh.. sekian hampir sebulan aku dok mengadap tivi siang malam, demam kemaruk ni berakhir jugak.. dah tak perlu berjaga malam.. dan tak perlu juga bangun lewat.. aktiviti aku akan jadi normal balik.. sedih jugak Piala Dunia dah habis.. terpaksa kena tunggu lagi empat tahun kat Brazil.. tapi jangan sedih-sedih OK, lepas ni kita pakat-pakat layan EPL, La Liga dan Serie A pulak.. pendek kata hidup ni memang tak akan sunyi.. panjang kata bola sepak ni tak da sudahnya.haha..

Aku saja nak berbangga kembang hidung besar-besar sebab pasukan feveret aku jadi champion.. SPAIN memang world class champion.. no doubt! senang citer pasukan ni memang sempurna.. susah citer pasukan SPAIN ni mempunyai corak permainan yang menarik, skills dan kawalan bola pemain yang tahap terer nak mampos, dan fair play.. memang terpesona kalau tengok game diorang.. memang berbaloi!
Pedulikan apa yang saudara Paul Sotong ramalkan.. SPAIN menang bukan sebab dia pun.. dia hanya seekor haiwan yang pandai buat muka poyo dan suka bergambar untuk cari publisiti.. selalu je menatang ni masuk surat kabar.. siap letak kat front page lak tu..hadoyai! menang populariti encik Paul kalau dibandingkan dengan pasukan Perancis tu.. kalau dia boleh berjudi, confirm jutawan beb.haha..
Walaubagaimana pun tahniah buat pasukan SPAIN.. korang memang layak bergelar juara.. sesape yang dok frust tertonggeng, menangis keluar air mata darah, keluar rumah pakai mask sebab pasukan diorang kalah, jangan memudaratkan diri anda ok.. don’t drink and drive.. cuba lagi empat tahun akan datang.. anda mampu mengubahnya.. selamat tinggal FIFA WORLD CUP 2010 SOUTH AFRICA