Pages

Wednesday, September 29, 2010

Komen Terbuka


Aku nak cerita sikit pasal tulisan.. orang cakap tulisan ni boleh menggambarkan peribadi seseorang.. sebelum tu baik aku mengaku siap-siap yang tulisan aku sungguh tidak berapa nak cantik.haha.. malah tulisan aku tak tetap.. kejap italic, kejap times new roman, kejap comic sans.. lebih kurang macam tu la.. selalu berubah-ubah..


Bagi aku tak kisah la tulisan cakar ayam ke, kejap besar kejap kecik ke, janji kita menulis.. tak semestinya tulisan cantik tu orangnya cerdik dan tak semestinya tulisan buruk tu orangnya bodoh.. cuba tengok tulisan doktor.. mana ada nak elok.. haram tak faham apa yang doktor tulis.. aku rasa aku patut jadi doktor memandangkan tulisan aku pun macam haram..


Cuba korang tengok tulisan kat bawah ni.. apa pandangan korang? komen sikit.hehe..



p/s: kepada yang berkenaan, sila marah aku ok.. aku upload tulisan ang secara haram..haha!

Monday, September 27, 2010

Aku Kena Skodeng



Entah kenapa sejak kebelakangan ni masa aku mandi terasa ada orang skodeng.. pintu tandas aku dah tutup rapat.. tingkap lubang angin tak pernah pulak aku bukak.. malu beb kalau kena skodeng tanpa rela.haha.. aneh sungguh!


Mata aku selalu melilau tengok surrounding aku kot-kot ada yang mengintai.. tak senang aku nak mandi.. dalam dok cuak-cuak ayam takot kena skodeng, 15 minit jugak aku mandi..wadehek!


Malam kelmarin aku dah tahu sape yang skodeng aku tiap-tiap hari.. nasib baik aku tak tangkap beliau bawak ke balai polis.. kesian.. malas nak kecoh-kecoh.. rupanya sang puteri katak puru yang selalu dok skodeng aku.. malunya!



sungguh comel puteri katak ni