Pages

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua

Dalam kemeriah menyambut kedatangan syawal besok hari, aku tak nak lepaskan peluang untuk memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung bulu tapak kaki sekiranya aku pernah menyakiti hati sesiapa.. ye la kan.. sebagai manusia aku tak terlepas dari melakukan kesalahan.. nak pulak aku selalu buat semak kat blog korang.. masuk blog korang, pastu komen ikut sedap jari.. buat macam friendly habis.. mungkin sepanjang berkawan di internet ni, mesti ada salah silap aku buat kat korang.. mungkin ada yang terasa hati atau menyampah dengan aku, jadi aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..


Selamat hari raya maaf zahir batin.. ikhlas dari lubuk hati si tapak kaki..

Thursday, August 4, 2011

Semangat Ramadhan


Sudah dua tiga malam bertarawikh.. yang aku perasan qariah di masjid kampung aku bertambah ramai.. separuh dari jemaah masjid aku tak kenal.. muka buku baru.. maknanya separuh dari mereka orang baru kat kampung aku ni.. kalau diikutkan memang betul pun.. dah banyak banglo, semi-D, teres yang baru kat sini.. Cuma rumah flat je tak terbina lagi.. kalau tak, makin ramai la penduduk kat kampung aku ni..


Dalam dok usha muka baru, muka lama dah ramai yang makin tua.. dah makin uzur.. bila tengok dorang, rasa cepat je masa berlalu.. termenung pulak aku..


Kebanyakan yang datang bertongkat, jalan slow-motion.. ada yang datang dengan kereta walaupun rumah dekat je dengan masjid.. tu pun anak atau cucu yang tolong drive.. nak drive sendiri memang tak lah.. tak macam dulu, kayuh basikal sebelah tangan je pun boleh sampai masjid..


Sembahyang pulak, ada yang masih gagah berdiri.. tak kurang jugak yang sembahyang duduk atas kerusi dan bersila..Kesian pulak aku tengok dorang ni.. bila aku dah tua nanti entah macam mana la gamaknya..


Walaupun dah tua dan uzur mereka tetap ke masjid.. tetap solat hingga ke solat witir.. ini la semangat ramadhan.. kagum aku dibuatnya.. malu pun ada.. sebab yang tinggal sampai ke solat witir kebanyakan orang tua-tua, uzur pulak tu.. yang muda ke mana??!


Orang muda jangan tunggu bila dah tua baru nak mula perbanyakkan ibadah.. berbekalkan semangat ramadhan, dengan tenaga muda jom kita sama-sama pertingkatkan amalan..

Wednesday, August 3, 2011