Pages

Thursday, August 4, 2011

Semangat Ramadhan


Sudah dua tiga malam bertarawikh.. yang aku perasan qariah di masjid kampung aku bertambah ramai.. separuh dari jemaah masjid aku tak kenal.. muka buku baru.. maknanya separuh dari mereka orang baru kat kampung aku ni.. kalau diikutkan memang betul pun.. dah banyak banglo, semi-D, teres yang baru kat sini.. Cuma rumah flat je tak terbina lagi.. kalau tak, makin ramai la penduduk kat kampung aku ni..


Dalam dok usha muka baru, muka lama dah ramai yang makin tua.. dah makin uzur.. bila tengok dorang, rasa cepat je masa berlalu.. termenung pulak aku..


Kebanyakan yang datang bertongkat, jalan slow-motion.. ada yang datang dengan kereta walaupun rumah dekat je dengan masjid.. tu pun anak atau cucu yang tolong drive.. nak drive sendiri memang tak lah.. tak macam dulu, kayuh basikal sebelah tangan je pun boleh sampai masjid..


Sembahyang pulak, ada yang masih gagah berdiri.. tak kurang jugak yang sembahyang duduk atas kerusi dan bersila..Kesian pulak aku tengok dorang ni.. bila aku dah tua nanti entah macam mana la gamaknya..


Walaupun dah tua dan uzur mereka tetap ke masjid.. tetap solat hingga ke solat witir.. ini la semangat ramadhan.. kagum aku dibuatnya.. malu pun ada.. sebab yang tinggal sampai ke solat witir kebanyakan orang tua-tua, uzur pulak tu.. yang muda ke mana??!


Orang muda jangan tunggu bila dah tua baru nak mula perbanyakkan ibadah.. berbekalkan semangat ramadhan, dengan tenaga muda jom kita sama-sama pertingkatkan amalan..

17 Mitos:

diana said...

ada jugak orang tua..
kat masjid umah akak pulak warga asing je ramai..'yang tua ada la 5,6 orang,
yang muda ada la 2,3 kerat..
padahal melayu ramai kat sini.
sebab bila kutip duit masjid kompem dapat banyak.tu maknanya ramai la orang melayu..kan??tapi tak tau hilang kemana..kedai nasik kandaq kot pekena teh tarik.

Yui_Wani said...

Biase lah....orang muda kan busy...ngahhahahaa xD

ILA HonEyBuNNy said...

sama la..tengok dekat masjid banyak org tua2 yang pergi terwih...

mana orang muda seperti kita sekarang..moga beri keinsafan kepada kita semua dan berfikir...;-)

nabilah_2908 said...

errr....terasa lak..

buat 8 + witir...lepat tu cabut....tp betul la...hnya yg tua2 jer akan kekal..solat sampai habis...

Tapak Kaki said...

kak diana: orang bukan melayu tak selalu menderma ke kak?


yui: orang tua tak busy ek..hehe. mungkin yang pencen tu ye la kot..


ila: orang muda macam kita time tu dah sampai kedai makan.. dok order rojak buah.hehe..


cik nabilah: orang muda mesti dah penat seharian bekerja.. mungkin dah tak larat.. tapi peluang macam ni hanya sebulan je setahun dapat..

Klara Naimm, said...

arwah tok wan aku dulu memang jalan kaki ja p mesjid. kalau cucu2 nak hantar memang tak bagi.

bighagenjo said...

:).

Puteri Iqa Izyan said...

aku kdg2 malu jugak dgn org tua. sbb dieorg dah tua pun still lagi mengimarahkan masjid. kalau aku ni, alahai~

Tapak Kaki said...

klara: berjalan lebih banyak pahala kot.. mesti tok wan ang pikir macam tu..


bighagenjo: :D


iqa: kena tunggu tua dulu la kalau macam tu.hehe

shizuka said...

betul la.cepat je masa berlalu.aku balik kmpg ak tgk ramai bdak2 yg dulu kaki main mercun dah pandai berterawih.dah baligh2 semua dah.cepat btul masa berlalu.:)

shizuka said...

betul la.cepat je masa berlalu.aku balik kmpg ak tgk ramai bdak2 yg dulu kaki main mercun dah pandai berterawih.dah baligh2 semua dah.cepat btul masa berlalu.:)

shizuka said...

aishhh..rase dah komen semalam.mana komen aku weh .heeeee >,<

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmm btol tu..masa muda ni laa kena byk beribadat.. xleh nak tggu dah tua baru nak insaf, nak solat.. sbb MATI tidak mengenal usia tua atau muda.. kalau dah smpai ajal... sape tahu? Hanya ALLAH je yg tau..

Mrs.PaPaDom said...

wow..leh wat calon suami la. ;p slmat berpuasa n bertarawih. truskan bertarawih hingga akhir ramadhan ya!

Selipar Putus said...

wah... imam muda tapak kaki sedang bercakap-cakap..

p/s: lame tak jenguk ang.. makin alim nampeknya.. syabas meri beti!

Anati Soki said...

oowh.. penangan solat terawikh di bulan RAMADHAN is the best!

h A n Y S said...

Eh?! dah nak raya?!

SALAM AIDILFITRI wahai rakan blog.. =)