Pages

Showing posts with label nasihat untuk diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label nasihat untuk diri sendiri. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Pesan Khatib #10



Khatib memulakan khutbah dengan menyeru ahli jemaah supaya bertakwa kepada Allah swt.. seraya beliau berkata..
  •       Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kitab al-Quran sebagai panduan hidup..

  •       Setiap manusia akan berjalan menuju akhirat dan tanpa bimbingan dari al-Quran nescaya kita akan sesat diperjalanan..

  •       Orang yang beriman tidak akan membuat sesuatu sebelum bertanyakan kepada Allah dan Rasul-Nya..iaitu bertanyakan kepada kitab al-Quran dan Hadith..

  •       Dalam semua aspek ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah wajib kita mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran..ianya lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dari segi ekonomi, pentadbiran dan politik..

  •     Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi seluruh umat manusia yang serba lengkap dan sempurna..


“ seperti mana bila kita membeli handphone @ kereta, ianya disertakan dengan buku panduan untuk menggunakan benda tersebut.. begitu juga kita diberikan buku panduan iaitu al-Quran untuk hidup di muka bumi ini ”


  •       Sesiapa yang mengikut petunjuk tersebut nescaya mereka akan berjaya dunia dan akhirat..

  •       Al-Quran bukan hanya buku untuk dibaca malah untuk diamalkan sebagai panduan..

  •       Manusia sekarang bukan sahaja tidak membaca al-Quran sebaliknya mereka berpaling dari panduanNya.. lebih teruk lagi ada yang sanggup berkata buruk terhadap kandungan kitab Allah..

  •       Sesungguhnya mereka tergolong dari kalangan orang musyrikun/munafikun dan akan menjadi bahan bakar dalam api neraka..



 Sebelum khatib menghabiskan khutbah pertama, beliau sempat sound-direct kat bebudak yang bising kat belakang suruh dok diam jangan bercakap (first time aku dengar khatib sound masa dok sampaikan khutbah)..


dan khatib akhiri khutbah yang kedua dengan suasana yang aman bebudak dah takot nak buat bising..



p/s: aku berpesan kepada diri sendiri dan kengkawan.. moga kita sama-sama mendapat manafaatnya.. barakallahufikum..


Friday, December 2, 2011

Pesan Khatib #9


Tajuk besar khutbah kali ni mengenai Perkahwinan..


Beberapa isi penting yang disampaikan khatib.. laju khatib baca teks.. tak sempat nak catch-up..



  • Kita diutuskan ke dunia untuk diuji dan menjadi khalifah serta beribadah kepada Allah.. Umat Islam sentiasa berkembang dari segi bilangan tidak kira bangsa dan kedudukan di serata tempat..
  • Perkahwinan dapat mengembangkan umat Islam untuk terus maju dan menjalankan tanggungjawab kita di muka bumi ini..
  • Perkahwinan ada salah satu sunnah Rasulallah dan sesiapa tidak mengikut sunnah baginda nescaya mereka tidak tergolong dari umat Rasulallah..
  • Tinggi martabat perkahwinan dalam Islam bagi memelihara kesinambungan zuriat yang soleh.. 
  • Perkahwinan adalah salah satu wasilah dalam tuntutan syarak bagi memenuhi fitrah manusia yang inginkan persetubuhan yang halal..
  • Allah jadikan perempuan dari kaum lelaki dan mempunyai kasih sayang..
  • Perkahwinan yang diberkati Allah adalah perkahwinan yang dipermudahkan nilai mas kawinnya..
  • Ibu bapa janganlah cerewet dalam urusan perkahwinan terutama dalam menentukan nilai mas kawin.. dan janganlah terlalu mudah menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang tidak tahu latar belakang kaum keluarganya..

Khatib juga menasihatkan supaya:

  • mempermudahkan nilai mas kawin..
  • ketika majlis walimatul urus bekwoh elakkan dari pembaziran, perkara bida'ah dan hanya menjemput golongan ternama dan orang kaya sahaja...
  • tepati waktu solat ketika sepanjang majlis berlangsung..
  • kita sebagai umat Islam mengharapkan agar perkahwinan kita mendapat keberkatan dari Allah swt.. nescaya kehidupan kita selepas itu akan bahagia di dunia dan akhirat..

Bagi yang ingin berkahwin hendaklah:

  • Bujang - hendaklah mengisi borang perkahwinan di jabatan agama serta tunjukkan sijil kursus pra-perkahwinan @ surat pengecualian.
  • Lelaki berpoligami - pergi ke mahkamah syariah untuk mengesahkan status/mendapatkan kebenaran bertulis sebelum mengisi borang perkahwinan.
  • Janda - hendaklah membawa surat akaun penceraian @ surat kematian suami ke mahkamah syariah untuk mengesahkan habis tempoh e'dah sebelum mengisi borang perkahwinan.
*korang kena cari maklumat lebih detail untuk syarat sebelum berkahwin (tertakluk pada enakmen setiap negeri)..


ps 1: harap sedikit sebanyak boleh berkongsi dengan korang..barakallahufikum!
ps 2: korang rasa aku dah boleh kawin ke?haha.. 



Friday, November 25, 2011

Pesan Khatib #8


Sempena dengan beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah, khatib mula berpesan:


Amatlah rugi seseorang itu jika makin bertambah tahun, makin berkurangan jangka usia, makin sedikit pahala.. dan amat bodoh sekiranya seseorang itu melangkau tahun baru tanpa mendapat manafaat atau sesuatu pengajaran baik dalam hidupnya..


Hidup kita sentiasa diuji dengan fitnah dan maksiat dunia supaya kita tenggelam di arus permodenan ini.. ajaran Islam makin dilupakan.. bukan sahaja dilupakan bahkan kita terus hanyut dengan dosa yang kita lakukan.. 


Khatib banyak memberi contoh dan persoalan kepada para jemaah supaya muhasabah diri antaranya:



  • Berapa banyak maksiat sudah kita lakukan?
  • Kita banyak mengikut dan terpengaruh dengan gaya  dan pemikiran artis dari mengikut sunnah dan ahli ulamak.
  • Berapa banyak ilmu agama yang kita sudah dalami?
  • Berapa banyak masa sudah kita bazirkan ke jalan yang jauh dari mengingati Allah?



Khatib juga memberi beberapa nasihat apa yang sepatutnya kita buat dengan kedatangan  tahun baru iaitu:  



  • Sentiasa bertaubat dan menjauhi gejala maksiat.
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Allah swt.
  • Sentiasa memajukan diri di dunia yang memberi kita kejayaan di akhirat. 



Khatib menyeru supaya lelaki berjuang di jalan Allah kerana mati syahid adalah satu-satunya tiket terus ke syurga tanpa hisab.. kaum perempuan juga  disarankan supaya mendidik anak-anak berteraskan ilmu agama dan menyuburkan keluarga dengan kebahagian, iman dan taqwa.. 


Khatib akhiri dengan khutbah kedua dan juga doa..






ps 1: moga dapat berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk kita semua..barakallahufikum. 
ps 2: khutbah kali ni khatib banyak mengajak para jemaah muhasabah diri dengan banyak persoalan.. aku ingat sikit.. maaf ye..

Friday, November 18, 2011

Pesan Khatib #7



Saiyidul Ayyam penghulu segala hari..


Minggu ini, ustaz khatib bersyarah berkenaan AKIDAH..


sinar Islam telah pun menyinari kegelapan di zaman jahili.. dari menyembah berhala, umat manusia telah kembali ke ajaran sebenar dengan mengEsakan Allah swt.. jika dilihat Islam di zaman sekarang, sinarnya semakin pudar..


Rasulallah menggambarkan umat akhir zaman (sekarang) seperti buih-buih di pantai.. walaupun kuantitinya ramai tetapi tidak pada kualiti.. akidah mereka semakin rapuh..


setiap hari ada sahaja gerakan memurtadkan umat Islam dan makin ramai yang berpaling dari ajaran agama.. perbuatan syirik juga memusnahkan akidah kita yang mana Allah akan kekalkan golongan syirik ini di dalam neraka dan tidak akan dimasukkan ke dalam syurga.. buat selamanya.. nauzubillah!




"AKIDAH TUNJANG UTAMA MUSLIM"



Ustaz Khatib juga menyeru supaya:




1) kita sentiasa memperkuatkan akidah kita dengan ilmu agama tidak lupa juga dengan teknologi terkini..  
  
2) seimbangkan di antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat..


3) sempena cuti sekolah ramai ibu bapa yang akan hantar anak-anak ke kelas tuisyen sebagai persiapan peperiksaan untuk tahun hadapan.. namun begitu diharap ibu bapa tidak lupa akan tuisyen akidah, tuisyen akhlak, tuisyen baca al-quran, tuisyen sirah & feqah anak-anak..




Ustaz Khatib mengakhiri khutbah kedua dengan doa untuk umat Islam sejagat..




ps 1: semoga dapat berkongsi sesuatu dari khutbah jumaat tadi.. barakallahufikum..
ps 2: bebudak bising sangat kat belakang tadi.. sama naik dengan suara khatib yang pakai microfon tu.aiiishh.. bapak kepada anak, nasihat lah sikit anak-anak tu ya.. peace no war!



Friday, November 11, 2011

Pesan Khatib #6

11.11.11

DAULAT TUANKU
"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG,RAKYAT DIPAYUNG, 
Patik merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

******************************************************************

Khatib lebih kepada memberi syarahan dari sekadar membaca teks khutbah.. kagum di situ..



Sebagai mukaddimah khatib mengingatkan para jemaah sekiranya berlaku perselisihan dikalangan kita ataupun kita mencari sesuatu penyelesaian maka berbaliklah kita kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. nescaya kita kita tidak akan sesat dalam mencari kebenaran dan petunjuk.. jangan dok google segala menda pulak..


Bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan kali ke-42 Tahun 2011, khatib mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di negeri ini..



Negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.. di mana raja @ sultan menjadi ketua bagi setiap negeri dan juga ketua agama.. Sultan begitu aktif menyampaikan dakwah kepada rakyatnya.. Sultan Muhammad ke-1 pernah mendirikan madarasah yang dipimpin oleh Syeikh Abdul Halim dan mengumpulkan para pelajar yang pernah belajar di Makkah untuk megembangkan lagi ajaran Islam di negeri ini..


Sultan Muhammad ke-2 juga menyambung wasilah sultan terdahulu dengan membina Masjid Muhammadi  yang masih kekal sehingga ke hari ini, dahulunya boleh dikira sebagai universiti terbuka  bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama.. sememangnya masjid tersebut bertindak sebagai pusat ilmu yang terdiri dari para alim ulamak.. antara tokoh ulama tersohor yang pernah dilahirkan seperti Tok Kenali..


Khatib juga menambah,



Sekitar lewat  tahun 80-an di negeri Kelantan pernah menjalankan hukuman ‘kerat tangan’ bagi si pencuri seperti mana yang termaktub dalam hukum Allah (hudud).. “Taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul dan juga pemimpin di kalangan kamu”.. selagi mana pemimpin mentadbir berlandaskan syarak wajib untuk kita ikuti.. jika pemimpin berbuat sebaliknya, kita tidak wajib mentaatinya dan kita sebagai rakyat haruslah menasihati pemimpin..


Khatib mengakhiri syarahan dengan mendoakan untuk kebaikan al-Sultan dan juga semua umat Islam..  




ps 1: patik bertuah dan berbangga menjadi rakyat Tuanku..
ps 2: antara isi penting khutbah yang mampu aku ingat sebagai perkongsian kali ini.. .. barakallahufikum.. salam jumaat..

Friday, November 4, 2011

Pesan Khatib #5



Tadi khatib kat sini berpesan..



Sekarang kita sudah berada di bulan Zulhijjah di mana semua umat Islam sedia tahu bahawa Zulhijjah adalah bulan umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 dan ibadah Qorban.. bulan ini juga mengingatkan kita kepada peristiwa Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail..


Bagi yang mengerjakan Haji, mereka akan wukuf di arafah pada 9 Zulhijjah dan keesokkannya 10 Zulhijjah kita semua menyambut Hari Raya Qorban.. 2.5 juta umat Islam dari setiap pelusok dunia sudah berkumpul di Makkah bagi memenuhi rukun Islam.. ketika ini, segala pangkat-darjat-harta-warna kulit-bangsa sudah tiada nilai di mata Allah.. semuanya sama.. seperti juga di padang mahsyar kelak..hanya amal ibadah kita sahaja yang dipandang Allah.. (khatib memang langsung tak sentuh pasal individu yang dikawal ketat oleh pengawal semasa menunaikan haji).. *bagi aku kalau tak rasa kesusahan semasa mengerjakan haji, takan rasa kemanisan disebalik ibadah tersebut..


Ibadah Qorban iaitu menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing @ bebiri (ayam/arnab tak termasuk walaupun angpa semua ternak mereka sejak kecil lagi).. dalam bahasa arab; al-an'am ini seharusnya sihat, tidak kurus, tidak cacat, cukup umur serta dimiliki sepenuhnya oleh si fulan yang ingin menjalankan ibadah tersebut.. disunatkan si fulan sendiri yang menyembelih ternakan tersebut..


Khatib juga ada pesan lagi..



Pada Hari Raya Qorban tersebut kita juga disunatkan sembahyang hari raya.. (kat sini tok imam suruh datang pukul 8 pagi. kat kampung korang tak tahu lah).. Selepas mandi sunat hari raya (jangan lupa niat), pakailah pakaian yang kemas lagi cantik dan bersegeralah ke masjid.. jangan makan terlebih dahulu.. disunatkan breakfast (lemang, rendang, nasi impit semua tu) disarapkan selepas balik dari masjid.. selepas selesai khutbah, kita juga disunatkan bermaaf-maafan sesama kita jiran tetangga..


khatib akhiri dengan khutbah kedua serta doa..bilal dah ready nak iqomat..




p/s: skrip di-olah.. aku amik isi penting je.. harap dapat berkongsi sedikit sebanyak.. barakallahufikum..


Friday, October 28, 2011

Panorama Jumaat



Jarang-jarang sekali aku tengok..


walaupun tak ramai tapi ada..

wajib bagi kami, tidak bagi kamu..

tak semua tempat ada suasana seperti ni..

aku berlalu sambil tersenyum..

melihat kelibat kaum bertelekung turun dari masjid..


SALAM JUMAAT
p/s: masjid kampung aku dah boleh buat solat jumaat.. dah 4 kali jumaat..alhamdulillah.

Thursday, October 27, 2011

Sembang Kencang




Sejak kebelakangan ni aku ada 'menambahkan kawan' bukan di facebook atau aplikasi maya yang lain tapi dalam dunia sebenar.. kebanyakan kawan aku ni dalam lingkungan geng-geng yang aktif bersukan.. sebab social-life yang sama.. lainlah kalau aku ni artis, mesti Adam Levine tu dah dalam 'friend list' aku..



Aku nak cerita sikit pasal kawan aku sorang ni..


Mamat ni satu geng bola dengan aku.. main bola memang terer la.. walaupun lutut dia injured, masa ambik freekick, saing-saing Safiq Rahim jugak bola dia curve.. memang dia selalu bubuh gol.. yang tak tahannya bila dah scored, haa mula la sembang tak ingat dunia.. 'kalau tak da aku, takan menang team kita ni", bak kata dia.pfftt..


Selain dari main bola, mamat ni selalu jugak race haram.. bawak keta kancil turboooo 'kawan dia puyer'.. bertaruh pulak ada la dalam RM200-800.. tak pernah pulak dengar citer yang dia kalah.. asyik menang je manjang.. keta 'kawan dia' laju lah! skill bawak keta dia terbaik lah! lain-lain lagi lah! ok.. kalau dah menang tu, sah-sah duit taruhan dia dapat banyak.. kaya dengan duit haram la senang citer! tu pun kalau betul dia menang..


Tapi yang peliknya aku tengok gelagat dia tak menunjukkan dia ni kaya.. kasut futsal tak da.. sewa kasut manager aku tolong bayarkan.. main futsal masing-masing collect tapi dia sorang je buat rilek.. sehinggakan duit minum air pun orang lain yang tolong bayarkan.. aiyo..orang macam ni pun ada ke?!!!


p/s: aku cerita ni bukan nak mengumpat dia.. cuma tolonglah.. kalau kita tak da apa-apa sekali pun, jangan dok sembang kenchang sangat.. aku masih nak berkawan dengan ko laa..

Thursday, August 4, 2011

Semangat Ramadhan


Sudah dua tiga malam bertarawikh.. yang aku perasan qariah di masjid kampung aku bertambah ramai.. separuh dari jemaah masjid aku tak kenal.. muka buku baru.. maknanya separuh dari mereka orang baru kat kampung aku ni.. kalau diikutkan memang betul pun.. dah banyak banglo, semi-D, teres yang baru kat sini.. Cuma rumah flat je tak terbina lagi.. kalau tak, makin ramai la penduduk kat kampung aku ni..


Dalam dok usha muka baru, muka lama dah ramai yang makin tua.. dah makin uzur.. bila tengok dorang, rasa cepat je masa berlalu.. termenung pulak aku..


Kebanyakan yang datang bertongkat, jalan slow-motion.. ada yang datang dengan kereta walaupun rumah dekat je dengan masjid.. tu pun anak atau cucu yang tolong drive.. nak drive sendiri memang tak lah.. tak macam dulu, kayuh basikal sebelah tangan je pun boleh sampai masjid..


Sembahyang pulak, ada yang masih gagah berdiri.. tak kurang jugak yang sembahyang duduk atas kerusi dan bersila..Kesian pulak aku tengok dorang ni.. bila aku dah tua nanti entah macam mana la gamaknya..


Walaupun dah tua dan uzur mereka tetap ke masjid.. tetap solat hingga ke solat witir.. ini la semangat ramadhan.. kagum aku dibuatnya.. malu pun ada.. sebab yang tinggal sampai ke solat witir kebanyakan orang tua-tua, uzur pulak tu.. yang muda ke mana??!


Orang muda jangan tunggu bila dah tua baru nak mula perbanyakkan ibadah.. berbekalkan semangat ramadhan, dengan tenaga muda jom kita sama-sama pertingkatkan amalan..

Wednesday, July 27, 2011

Patot ke Marah?


Setiap orang tak terlepas dari perasaan marah.. memang perasaan marah tu menjadi salah satu sifat semulajadi manusia sama juga dengan perasaan sayang, takut dan lain-lain.. cuma bergantung pada seseorang untuk mengawal perasaan marah tu.. banyak perkara yang mendorong perasaan marah tu keluar dari kawalan kita.. kalau perasaan marah tu dah tak di dapat di kawal dan bebas, mungkin seseorang tu boleh bertukar jadi panas baran..



Tak semua menda yang tak kena depan mata kita patut marah.. dan kita tahu marah tu berpunca dari syaitan.. syaitan pandai dok cuit hati kita bila kita terkena musibah atau menda yang kita tak suka.. pastu bila dah marah, mula la mulut dok maki hamun.. habis keluar sumpah seranah tujuh keturunan..



Think twice sebelum kita nak marah tu.. sebab perasaan marah tu takan berenti takat tu je.. bila dah marah timbul pula perasaan benci.. senang cite marah tu bukan elok pun.. selalunya orang marah untuk lepaskan geram je.. kengkadang marah sebab nak tegur orang.. macam mak marah anak buat salah.. tapi tak semestinya nak tegur orang dengan cara marah.. bila dah stress sangat pun kita boleh cepat marah.. tak gitu..



Macam mana korang handle bila nak marah? cursing dan maki hamun tu macam biasa sangat dah orang buat.. tak elok tu.. mungkin korang boleh try jelir lidah pulak bila marah.. ok? tadi masa aku ambik adik aku kat sekolah, keluar jugak 'perkataan keramat' kat sorang driver tu.. marah sebab dia bawak kereta 'tak betul' tengah-tengah sesak, tengah panas terik pulak tu.. tak terpikir pulak nak jelir lidah kat dia.haha..



Marah lawannya sabar.. sebaiknya kita bawak bersabar dan beristighfar bila nak marah.. paling tidak pun just tutup mulut pastu pendam marah tu dalam hati.. dari keluar perkataan yang tak senonoh, baik kita diam je kan.. aku sekarang ni tengah dok ajar mulut supaya diam bila marah.. marah sambil diam, boleh gitu?!