Tadi khatib kat sini berpesan..
Sekarang kita sudah berada di bulan Zulhijjah di mana semua umat Islam sedia tahu bahawa Zulhijjah adalah bulan umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ke-5 dan ibadah Qorban.. bulan ini juga mengingatkan kita kepada peristiwa Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail..
Bagi yang mengerjakan Haji, mereka akan wukuf di arafah pada 9 Zulhijjah dan keesokkannya 10 Zulhijjah kita semua menyambut Hari Raya Qorban.. 2.5 juta umat Islam dari setiap pelusok dunia sudah berkumpul di Makkah bagi memenuhi rukun Islam.. ketika ini, segala pangkat-darjat-harta-warna kulit-bangsa sudah tiada nilai di mata Allah.. semuanya sama.. seperti juga di padang mahsyar kelak..hanya amal ibadah kita sahaja yang dipandang Allah.. (khatib memang langsung tak sentuh pasal individu yang dikawal ketat oleh pengawal semasa menunaikan haji).. *bagi aku kalau tak rasa kesusahan semasa mengerjakan haji, takan rasa kemanisan disebalik ibadah tersebut..
Ibadah Qorban iaitu menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing @ bebiri (ayam/arnab tak termasuk walaupun angpa semua ternak mereka sejak kecil lagi).. dalam bahasa arab; al-an'am ini seharusnya sihat, tidak kurus, tidak cacat, cukup umur serta dimiliki sepenuhnya oleh si fulan yang ingin menjalankan ibadah tersebut.. disunatkan si fulan sendiri yang menyembelih ternakan tersebut..
Khatib juga ada pesan lagi..
Pada Hari Raya Qorban tersebut kita juga disunatkan sembahyang hari raya.. (kat sini tok imam suruh datang pukul 8 pagi. kat kampung korang tak tahu lah).. Selepas mandi sunat hari raya (jangan lupa niat), pakailah pakaian yang kemas lagi cantik dan bersegeralah ke masjid.. jangan makan terlebih dahulu.. disunatkan breakfast (lemang, rendang, nasi impit semua tu) disarapkan selepas balik dari masjid.. selepas selesai khutbah, kita juga disunatkan bermaaf-maafan sesama kita jiran tetangga..
khatib akhiri dengan khutbah kedua serta doa..bilal dah ready nak iqomat..
p/s: skrip di-olah.. aku amik isi penting je.. harap dapat berkongsi sedikit sebanyak.. barakallahufikum..
12 Mitos:
hehe. nice. selmat hari raya. salam kenal. jmput lwat blog kami.
nice info..:D
salam aidiladha..
korban apa taun ni?;p
terima kasih berkongsi ilmu....;-)
salam aidiladha...
sejuk mata ijau nenek sekali lagi bile bace entry ni.. bagus cucu nek.. cu, ang ade perli seseorang ek kat sini..haha. sempat lagi ang.. ;p
cu, semalam nek mimpi kene sembelih ang utk raya aji tahun ni.. cemane nih?
nek sodih tak dapek balek berayo dongan family.. :'( berayo ngan ang boleh? huhu
mohd razik: salam perkenalan..
insyaAllah akan ke blog ang nanti..
ira: famili aku tak qorban tahun ni.. just tolong atok.. dia je buat tahun ni.. qorban lembu pakcik kordi je..
ila: sama-sama..
nenek kebayan makan sayur bayam: cu tak perli.. cu kasi nasihat jek.hehe.. orang pompuan mana sembelih.. tu tugas orang lelaki macam cu ni..takat nak sembelih neneq sonang ajo walaupun cu tak mimpi macam tu..hehe.. nak beraya ngan cu macam mana kalau cu kat kampung neneq kat hostel.. tak boley tak boley..haha
selama hari raya.....jom raya....hahah...;d
amboihh kemain ang memperkecilkan nenek yg dok di perantauan ni ek..!! ehh nek dah dok umah sewa la skang n tadi i beraya ngan jiran sebelah okehh~ anak dara dia lawa, ang nak? huhu.
babai tapak kaki sebayan yang busuk macam bangkai cipan.. wuwuwuwu
run away: selamat hari raya ke-3.hehe
neneq comel: ala.takat raya haji je di perantauan..apa ada hal.. kalau raya puasa tak balik mau nanges satu baldi.hehe..mengalahkan awan komulonimbus.. :P
apa nama anak dara jiran nenek tu? entah-entah memang awek cu dah kot..ahak..
amboih..kaki sebayan jangan sebut kot.. sensitif.wakaka..
senyum sendiri part individu yg dikawal ketat ketika mengerjakan haji...huhu... :)
Hai En. Tapak Kaki...sorry baru hari ni sampai ke sini... :)
cik nabilah: hai..senyum tu simpan elok-elok..nanti kantoi.hehe
Hari tu tak sempat nak tengok diorang korban lembu. Sebab awal2 pagi dah bertolak pegi kampung. huhu
kampung ang kat mana.. sibu ke?
Post a Comment