Pages

Tuesday, November 22, 2011

Sembang Si Peminat



Bermula pukul 12  semalam sampai lah sekarang:


1) ramai dok ucap tahniah dekat pasukan Harimau Malaya walaupun sebelum ni selalu tak berpuas hati dengan persembahan dorang..

2) orang kekal dok kutuk Ahmad Fakri Saarani (no. 13) walaupun dia penjaring gol tunggal yang melayakkan Malaysia ke final..


3) muncul bakat muda Muhamad Nazmi Faiz Mansor (no. 21) berumur 17 tahun yang memikat perhatian ramai peminat walaupun terpaksa mengorbankan peperiksaan SPM demi menggalas misi sukan SEA kali ni.. 


4) orang indonesia dok bergaduh sakan dengan orang kita dalam facebook sebab tak boleh terima kekalahan semalam walaupun perlawanan tersebut bagi aku adil dan bersih.. banyak komen dicemari caci maki carut marut..


5) dan..




Pendapat aku:


Kebanyakan peminat rata-ratanya mengharapkan persembahan menarik dalam masa yang sama nakkan kemenangan bila pasukan Harimau Malaya ni turun beraksi.. persembahan yang menarik tu macam mana?  kawalan bola yang kemas, hantaran yang tepat, first-ball yang betul, penyudah yang baik, game-plan yang bagus, mental yang kuat ditambah dengan kesungguhan para pemain yang bermain bermati-matian..  


Kalaulah team Harimau Malaya kalah di final semalam, aku masih lagi puji dengan 'persembahan' pasukan kita.. kalah menang belakang kira.. yang penting mereka dah tunjukkan persembahan yang mantap.. mereka dah bermain bermati-matian..


Sebelum ni peminat marah bukan disebabkan kekalahan yang ditanggung tetapi persembahan yang teruk.. main ala kadar macam tak trainning.. tu jek.. jika mereka teruskan persembahan semalam dan sentiasa perbaiki corak permainan, insyaAllah kita boleh pergi jauh dari sukan SEA mahupun AFF Suzuki Cup.. peminat akan sentiasa menyokong! Tahniah Harimau Malaya!




Sekian dari Stadium Gelora Bung Karno..





11 Mitos:

diana said...

kesian fakri ...
hehheh

Run Away said...

tahniah malaysia...;d

h A n Y S said...

ecehhhhh.. 'Sekian dari Stadium Gelora Bung Karno..' ;p


dorang (indo) ni obses sangat lah aku rasa..tu yg x leh trima kekalahan depa..

btw, masa pasukan kita menang tu, aku n adik2 pompuan aku menjerit mcm beruk dapat coklat,eh?beruk obses pada coklat ke?? HAHAHA..


p/s: aku xdak mood le nak blogging lately, heh heh heh ;D

Tapak Kaki said...

kak diana: si fakri kena training lagi kuat..baru orang tak kutuk dia lagi.hehe


run away: malaysia boleh!


hanys: macam reporter lak aku kan.haha... kalau beruk tu first time dapat rasa coklat tu mungkin dorang terus obses kot.. aku pun melompat lepas asrarudin score.. time barddrol tu toksah cakap la.haha..

p/s: lorh, nape tak dak mood lak.. ke bizi dok run blog shop tu?

nurkaloi said...

kaloi setuju pndpt tu
game msti laa sronok nk tgok
mnang kalah adat prmainan
kaloi pn tak sgke diorang boleyh menang
tp trnyata corak prmainan n kesungguhan diorang alhmdllh mreka berjaya

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haa btol tu... dulu kalau nengok bola.. adeiii...mengantuk jer rasa.. xmenarik lgsung..cam hampeh..

tapi skang nie.. dah banyak berubah ke arah yg baik laa corak permainan..


jika ditakdirkan kita kalah laa ari tue kan.. aku masih dikira berpuas hati.. sbb dorg nie main habis2an.. xmalas mencari peluang utk buat gol..

najihah sahami said...

series best game malam tu. hahaha

nabilah_2908 said...

itu dia...pengulas bola yg berpengalaman membuat ulasan.. :)

hahha..bab fikri tu betul la..sana sini org dok marahkan dia..

sudah2 la tu kan...mcm tu juga bab ktutk mengutuk Indon...sy nak jemu lak tgk benda2 ni kt wall FB...

sudah2 la tu... ;)

p/s : Miss White tu bukang Si Putih yg gila kt sebelah office nih..

Miss White tu telefon..hehe..(^_^)

ILA HonEyBuNNy said...

betulll tu..

yang penting semangat kita untuk pasukan Malasyia...heheh

Juliet_iRa~" said...

memang ramai dok kutuk fakri..huu

pss : kasut ppuan pon ada nama wedges laa..haha..bkn stakat kentang je..;p

Tapak Kaki said...

nurkaloi: kaloi memang peminat setia harimau muda kan.hehe..suka suka..


cik moon: yang aku takot bila dah naik dorang cepat lupa diri.. bila dah lupa diri mesti akan jatuh balik...


najihah sahami: gila best kan.hehe


cik nabilah: haha.. pengulas berpengalaman la sangat.. aku bukan hasbulah bawang bak kata johan..haha. miss white tu telefon baru ek..whoa.. handpone apa tu.. i-phone4 ke?


ila: terus menyokong ok.hehe


ira: apa la kasut pompuan nama macam kentang..tak kreatip langsung.wakaka :P