11.11.11
DAULAT TUANKU
"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG,RAKYAT DIPAYUNG,
Patik
merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim
******************************************************************
Khatib
lebih kepada memberi syarahan dari sekadar membaca teks khutbah.. kagum di
situ..
Sebagai
mukaddimah khatib mengingatkan para jemaah sekiranya berlaku perselisihan
dikalangan kita ataupun kita mencari sesuatu penyelesaian maka berbaliklah kita
kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. nescaya kita kita tidak akan sesat dalam
mencari kebenaran dan petunjuk.. jangan dok google segala menda pulak..
Bersempena
Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan
kali ke-42 Tahun 2011, khatib mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di
negeri ini..
Negara
kita mengamalkan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.. di mana raja @
sultan menjadi ketua bagi setiap negeri dan juga ketua agama.. Sultan begitu
aktif menyampaikan dakwah kepada rakyatnya.. Sultan Muhammad ke-1 pernah
mendirikan madarasah yang dipimpin oleh Syeikh Abdul Halim dan mengumpulkan
para pelajar yang pernah belajar di Makkah untuk megembangkan lagi ajaran Islam
di negeri ini..
Sultan
Muhammad ke-2 juga menyambung wasilah sultan terdahulu dengan membina Masjid
Muhammadi yang masih kekal sehingga ke
hari ini, dahulunya boleh dikira sebagai universiti terbuka bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu
agama.. sememangnya masjid tersebut bertindak sebagai pusat ilmu yang terdiri
dari para alim ulamak.. antara tokoh ulama tersohor yang pernah dilahirkan seperti
Tok Kenali..
Khatib
juga menambah,
Sekitar
lewat tahun 80-an di negeri Kelantan pernah
menjalankan hukuman ‘kerat tangan’ bagi si pencuri seperti mana yang termaktub
dalam hukum Allah (hudud).. “Taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul dan juga
pemimpin di kalangan kamu”.. selagi mana pemimpin mentadbir berlandaskan syarak
wajib untuk kita ikuti.. jika pemimpin berbuat sebaliknya, kita tidak wajib
mentaatinya dan kita sebagai rakyat haruslah menasihati pemimpin..
Khatib
mengakhiri syarahan dengan mendoakan untuk kebaikan al-Sultan dan juga semua
umat Islam..
ps 1: patik bertuah dan berbangga menjadi rakyat Tuanku..
ps 2: antara isi penting khutbah yang mampu aku ingat sebagai perkongsian kali ini.. .. barakallahufikum.. salam jumaat..
ps 2: antara isi penting khutbah yang mampu aku ingat sebagai perkongsian kali ini.. .. barakallahufikum.. salam jumaat..
8 Mitos:
weii bukan ang orang kedah ke? kawe pun bangga jadik rakyat kelate.. hehe :) ensem kan sultan kite... wuwuwuwu
wah bagusnya igt ea..
ada org tu msk telinga knn kuar telinga kiri je..xpon krohhhh krohhh..
heeee
nenek kebayan aka DARA: patik adalah rakyat biasa.. orang malaysia juga.. patik rasa nenek lagi hensem dari sultan kita..ahaks :p
ira: dulu pun aku selalu kroh-kroh sambil air liur basi lagi kuar.hahaha..
Amin...alhamdullillah :D
yui: sama-sama lah kita ye.. amin
tetiba patik rasa berbangga berkawan dengan ore kelate...;-)
amin......;d
ila: bangga sebab cik ila sudi komen kat sini..hehe :P
run away: amin ya rabbal alamin..
Post a Comment