Khatib
memulakan khutbah dengan menyeru ahli jemaah supaya bertakwa kepada Allah swt..
seraya beliau berkata..
- Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kitab al-Quran sebagai panduan hidup..
- Setiap manusia akan berjalan menuju akhirat dan tanpa bimbingan dari al-Quran nescaya kita akan sesat diperjalanan..
- Orang yang beriman tidak akan membuat sesuatu sebelum bertanyakan kepada Allah dan Rasul-Nya..iaitu bertanyakan kepada kitab al-Quran dan Hadith..
- Dalam semua aspek ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah wajib kita mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran..ianya lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dari segi ekonomi, pentadbiran dan politik..
- Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi seluruh umat manusia yang serba lengkap dan sempurna..
“ seperti
mana bila kita membeli handphone @ kereta, ianya disertakan dengan buku panduan
untuk menggunakan benda tersebut.. begitu juga kita diberikan buku panduan
iaitu al-Quran untuk hidup di muka bumi ini ”
- Sesiapa yang mengikut petunjuk tersebut nescaya mereka akan berjaya dunia dan akhirat..
- Al-Quran bukan hanya buku untuk dibaca malah untuk diamalkan sebagai panduan..
- Manusia sekarang bukan sahaja tidak membaca al-Quran sebaliknya mereka berpaling dari panduanNya.. lebih teruk lagi ada yang sanggup berkata buruk terhadap kandungan kitab Allah..
- Sesungguhnya mereka tergolong dari kalangan orang musyrikun/munafikun dan akan menjadi bahan bakar dalam api neraka..


