Pages

Wednesday, November 9, 2011

Mitos Baju Merah dengan Lembu Pakcik Kordi




Aku rasa raya qorban tahun ni dah tak macam tahun-tahun yang sudah.. rasa lain je..


Apa yang lain?!


Episod dikejar lembu qorban sebab pakai baju merah dah tak da.. dulu-dulu selalu jugak tengok lembu qorban kejar orang yang pakai baju kaler merah.. terutama si perempuan yang pakai baju kurung merah.. pandai pulak si lembu ni pilih jantina.. siap orang tua pesan lagi, nak pergi tengok lembu kena qorban tu jangan pakai baju atau seluar kaler merah ok.. underwear kaler merah tak dak hal.. boleh pakai.. kalau tak nanti kena hambat ngan lembu.. orang tua berpesan sambil senyum nampak gigi tinggal dua tiga batang..




Tapi sekarang dalam tiga hari ni aku dok tengok, round-round tempat qorban tak da pulak scene kejar-mengejar dengan lembu padahal ramai je buat rilek pakai baju kaler merah.. kejar lembu terlepas ada la.. kena kejar sebab pakai baju merah memang tak dak.. aku memang paling suka scene ni.. teringat masa kecik-kecik dulu ada budak pompuan kena kejar.. sambil jerit sambil angkat kain sampai paras peha.. takot punyer pasal..




Masa dok belajar sains darjah 6 bab haiwan dulu, pernah cikgu aku cakap yang lembu ni buta warna.. mungkin buta semua warna kecuali warna merah je kot.. tu yang lembu hambat yang pakai kaler merah je.. boleh gitu? kalau kita tengok dekat sepanyol ada sukan cucuk-cucuk lembu/seladang dengan pedang tu, si metador pakai kain kaler merah buat umpan.. nak si lembu tu datang tanduk bontot dia kot..hehe..












Korang jangan risau.. kes macam ni aku rasa tak pernah berlaku lagi di negara kita ni.. kat sepanyol ada la.. tu  pun memang dia sendiri cari pasal.. owned!






p/s: lembu pakcik kordi tak kejar orang.. sebab lembu dia sorang je boleh bercakap.. 

18 Mitos:

trio-fabulous said...

aku kene kejar dgn lembu/kebo tak pernah lg, kena kejar dengan angsa pernah ah, nak dipatuk-patuknya muncungnya kat aku, dah lah lari lajuuuu.. T__T

diana said...

sukan ka tu??
lembu tu yang bersukan ada la..
si metador tu tak macam bersukan pun..hehheh

nurkaloi said...

ngeeeee
kau suke sbb bdk perempuan angkat kain kannn?
tu point diaaaa
tahu daaaa hahahahah

lmbu memang buta warna
lmbu kejar org pkai bju wrna merah tu semua auta
kaloi rase r heheh

Tapak Kaki said...

trio-fabulous: angsa tu bukan takat orang je dia mau sudu.. aku lalu dengan keta pun dia nak sudu jugak..hehe


kak diana: entah la.. rasanya tu dah dikira sukan kot.. saing-saing bola sepak jugak.hahaha


nurkaloi: aku masa tu kecik lagi. innocent..mana reti nak skodeng.haha..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha aku suka lembu pakcik kordi... comel gtu.. haha

ko pun minat jugak yerk.. ingatkan aku ngan adik2 aku je suka lembu pakcik kordi kat ujang tu..haha

ILA HonEyBuNNy said...

lembu ohh lembu..tapi tetap takoot lau nmpk lembu n pakai baju merah..ehheh''

org lak pernah kena ligan dengan monyet...erghhh..smpai skrg fobia..hahah

nabilah_2908 said...

lembu zaman skrg dah tak buta warna lagi dah...hehehe... :)

Umie Artoqiemie said...

lembu dah pasrah dah sekarang..hanya takut tengok merah darah sendiri.

Run Away said...

bahaya wooo...tapi diaowg saja nak cari pasal....;d

Puteri Iqa Izyan said...

aku tak pernah lagi tengok org kene kejar. kalau aku dpt tgk mesti aku gelak sakan. haha

Tapak Kaki said...

cik moon: sekarang ni dah jarang beli ujang..


ila: kena ligan dengan monyet?! nampak sangat monyet tu berkenan sangat dengan ang..haha


cik nabilah: lembu sekarang DNA dah berubah kot..


umie: umie tak takot lembu ke?


run away: lagi bahaya lagi suka dorang..


iqa: ang try la pakai baju kaler merah.. pastu lintas depan lembu..try ye.hehe

Juliet_iRa~" said...

ahahha..wpon mitos tu mcm dah xleh dipercayai tp still berjaga2 gak bila pkai baju merah lalu dpn lembu..

kekekke

Juliet_iRa~" said...

psss : penggunaan doh tu adalah penggunaan tepung berwarna ( fungsinya sama mcam plastisin ) heee..

Tapak Kaki said...

ira: ang pun terpengaruh dengan mitos yang sama ek.haha.. aku pakai je baju kaler merah.. in case lembu kerja pun tak da hal. aku pikir aku lari laju lagi dari lembu..*poyo*wakaka..

Selipar Putus said...

hakhak. lawak gile gambar tu cu.. bukan ke cu yang dalam gambar tu? ecece, malu plak nak ngaku ye... haha.

cu, lembu pakcik kordi tu sebenarnya dah lama nak ajak cu kapel? cu sudi tak? hokhok~

Tapak Kaki said...

nenek sebayan: memang lembu pakcik kordi ajak couple tapi last minit mak bapa dia tak kasi restu..

aha.memang cu la dalam gambar tu.. mana nenek tahu.. dari belakang pun nenek cam cu ye. nenek memang terer :P

Yui Light said...

hahahahahaa sengal punya gambar xD

Tapak Kaki said...

yui: gambar aku cilok kat google je..haha