Pages

Wednesday, July 27, 2011

Patot ke Marah?


Setiap orang tak terlepas dari perasaan marah.. memang perasaan marah tu menjadi salah satu sifat semulajadi manusia sama juga dengan perasaan sayang, takut dan lain-lain.. cuma bergantung pada seseorang untuk mengawal perasaan marah tu.. banyak perkara yang mendorong perasaan marah tu keluar dari kawalan kita.. kalau perasaan marah tu dah tak di dapat di kawal dan bebas, mungkin seseorang tu boleh bertukar jadi panas baran..



Tak semua menda yang tak kena depan mata kita patut marah.. dan kita tahu marah tu berpunca dari syaitan.. syaitan pandai dok cuit hati kita bila kita terkena musibah atau menda yang kita tak suka.. pastu bila dah marah, mula la mulut dok maki hamun.. habis keluar sumpah seranah tujuh keturunan..



Think twice sebelum kita nak marah tu.. sebab perasaan marah tu takan berenti takat tu je.. bila dah marah timbul pula perasaan benci.. senang cite marah tu bukan elok pun.. selalunya orang marah untuk lepaskan geram je.. kengkadang marah sebab nak tegur orang.. macam mak marah anak buat salah.. tapi tak semestinya nak tegur orang dengan cara marah.. bila dah stress sangat pun kita boleh cepat marah.. tak gitu..



Macam mana korang handle bila nak marah? cursing dan maki hamun tu macam biasa sangat dah orang buat.. tak elok tu.. mungkin korang boleh try jelir lidah pulak bila marah.. ok? tadi masa aku ambik adik aku kat sekolah, keluar jugak 'perkataan keramat' kat sorang driver tu.. marah sebab dia bawak kereta 'tak betul' tengah-tengah sesak, tengah panas terik pulak tu.. tak terpikir pulak nak jelir lidah kat dia.haha..



Marah lawannya sabar.. sebaiknya kita bawak bersabar dan beristighfar bila nak marah.. paling tidak pun just tutup mulut pastu pendam marah tu dalam hati.. dari keluar perkataan yang tak senonoh, baik kita diam je kan.. aku sekarang ni tengah dok ajar mulut supaya diam bila marah.. marah sambil diam, boleh gitu?!

13 Mitos:

Klara Naimm, said...

ehemm. aku baru nak buat entri nak marah-marah maki-maki sorang minah ni. tetiba rasa macam tak jadi nak up entri pulak. HAHA

ney said...

yup, betol2, org yg palng kuat adalah org yg mampu menahan marah.

bila marah, otak dah tak dpt nak fikir dengn betol, mulut mula ckap lepas, dan akhirnya, banyak hati yg akan terasa.~

Umie Artoqiemie said...

diam2 sudah walaupun hati manyak sakittt wooo...

kau marah mesti pokpekpokpek ye dak?. hehehe

ILA HonEyBuNNy said...

boleh kot...sbb pgg prinsip neh...diam itu lebih baik..ehheh

tapi kalau dah marah...xingat apa dah kan..ehhe

marah itu mudah...sabar itu indah...

ayaa alyy said...

aya kalau marah aya jerit puas puas. anngis puas puas. legaaa.

Tapak Kaki said...

klara naimm: sorry sebab membantutkan niat ang nak marah minah tu.haha..


ney: betul cakap ang tu.. nanti makin panjang cite bila dah marah..


umie: aku marah macam bom nuklear wooo..


ila: yang indah itu bahasa..haha.. tetiba..


ayaa: aik, nape sampai nak nangis bila ayaa marah? kalau kena marah ang nangis tak?

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu..kalo aku marah... xleh nak simpan lama2..nanti darah tinggi aku naik..lebih baik ckp terus terang..luahkan aje.. asalkan x sebut perkataan yg x enak didengar..

Pyka Rahmat said...

lepas marah, menyesal. adat adat.

aleen aiden said...
This comment has been removed by a blog administrator.
h A n Y S said...

aku kalau marah akan ketawa.
HAHAHAHA

meroyan ape?!

;p

Yui_Wani said...

Kalau Yui marah....Yui membebel sorang2 kat twitter...hahahahhaha =p

Tapak Kaki said...

cik moon: cara ang tu boleh diterimapakai..


pyka: ramai yang lepas marah tak menyesal.hehe..


hanys: ang memang meroyan.. sakan..haha



yui: twitter yang jadi mangsa ek.hehe..

cik azeya said...

kalau marah, aku kira bintang...(tipu)