Pages

Friday, July 1, 2011

Pesan Khatib #2



Khutbah Jumaat kali ni berkisar pasal doa.. antara apa yang aku dapat ingat masa khatib berkhutbah tadi tak banyak.. memori aku terhad tambah pulak dengan masalah ‘corrupted’.. jadi, aku olah sedikit..


Allah Maha Mendengar, tak kira yang disuara dari mulut mahupun hati.. Allah akan makbulkan segala apa yang dipinta oleh hambaNya dengan syarat kita beriman dan bertawakal kepadaNya.. tak kira apa yang kita mahukan itu kecil ataupun besar, Allah adalah tempat yang selayakanya kita tujukan..


Kita kadang-kadang tersilap.. bila ada sesuatu yang kita perlukan atau hajatkan, kita meminta kepada yang lain terlebih dahulu sebelum berdoa kepada Allah.. sepatutnya Allah adalah tempat yang pertama kita meminta.. sebagai contoh, kita meminta supaya doktor mengubati penyakit sebelum terlebih dahulu kita berdoa dan berserah kepada Allah..


Ada juga di antara kita memerlukan sesuatu tetapi tidak berdoa kepada Allah.. ini seolah-olah kita menunjukkan sikap sombong terhadapNya.. kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu tanpa berdoa kepada Allah boleh dianggap takbur.. kerana kita berasa kita mampu melakukan dan mencapai apa yang kita hajatkan tanpa bantuan dari Allah.. jadi, walauapapun kita hajatkan berdoalah kepada Allah..


Kita hanya hamba yang lemah dan perlukan pertolongan dari Pencipta.. sebagai manusia kita tidak boleh dari mengejar cita-cita dan mahukan sesuatu dalam hidup kita.. hanya Allah sahaja yang mampu memakbulkan segala permintaan kita.. jadi, BERDOALAH!

11 Mitos:

Aleen Aiden said...

corrupted?ha3.sengal
menyampaikan ape yg telah disampaikanmekasih! ^_^

Cik SHiNJU said...

Salam...

Mekasih sharing...
Aku terase...mmg betul kita salu meminta kepada yg lain dulu sebelum berserah dan berdoa kpdNYA...

Salah konsep dah tuu...

Hans Hanis said...

nice entry
aku tadi tak dapat fokus masa khatib membaca khutbah
entah

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

Miecyber said...

Kena mesti sentiasa berserah kepada Allah selepas kita berusaha...

Spesis Tikus Baru

Puteri Iqa Izyan said...

aku pernah dgr dulu kalau kite x berdoa lepas solat tu mknenye kite sombong dengan Allah..

sedangkan Allah suka hambanya berdoa =)

nabilah_2908 said...

:)

berdoa juga boleh dekatkan diri kita dengan Allah....

adakalanya waktu susah baru ingt nk berdoa...waktu senang...dilupakan..tapi Allah tak pernh lupakan kita...

muhasabah diri.... :)

thnks utk entri ni... :)

Unknown said...

berdoa la dgn ikhlas..:)

stuck said...

perkongsian ilmu yg menarik..=)

Pyka Rahmat said...

mcm mana kalau kita rasa kita banyak dosa lepastu mcm rendah diri takut doa tak diterima bila berdoa. mcm mana mcm mana?

Hanys Najib said...

thanks for sharing khutbah jumaat ni~ =)

ILA HonEyBuNNy said...

ya..

kita kena selalu berdoa kepada Allah jika kita inginkan sesuatu..

bila kita ingat Dia,Dia pun ingat kita....