Pages

Saturday, July 30, 2011

Lalang


Aku nak cerita sikit pasal LALANG.. mesti korang kenal lalang tu apa kan.. ala, spesis tumbuhan yang kurus-kurus, pacak-pacak, tumbuh kat dalam semak tu.. yang kaler hijau gitu.. nak detail lagi pasal lalang korang boleh rujuk ensiklopedia ok..


Aku cuma nak ambik contoh sifat lalang.. cikgu aku pernah cakap, lalang ni jenis yang tak da pendirian tetap.. sekejap macam tu, sekejap macam ni, ikut keadaan.. kalau angin tolak lalang ke barat, ke barat la dia menghala dan sebaliknya..


Sama jugak dengan ramai kebanyakan penyokong dan peminat bola sepak tanah air sekarang.. dorang ni ibarat macam lalang jugak.. sokongan dorang berbelah bagi.. menyokong tatkala pasukan kita menang.. bila kalah terus kena sembur dengan kutukan kanister pemedih telinga..


Sudah dua hari kekalahan pasukan Harimau Malaya masih lagi dorang tak dapat terima.. sebab kekalahan kebanyakannya menuju ke arah Raja Gobal selaku coach.. ‘tak pandai pilih pemain’, itu kata mereka.. Masa negara kita menang Suzuki Cup yang lepas, habis dorang dok puji coach hebat.. bila dah kalah, sekali dengan player sama dengan coach habis kena marah..


Apa yang aku nak cakapkan, jangan masa menang je kita dok support team negara dok puji itu ini.. masa kalah pulak kutuk berbakul-bakul.. kadang-kadang betul jugak pendapat yang peminat berikan.. Cuma taktikal permainan sebetulnya hanya coach dan player yang tahu.. tak semua player dapat aplikasikan taktikal game yang coach mahukan even taktikal tu bagus.. bila seseorang tu sudah menunjukkan kemampuan sebenar mereka, letakkanlah kepercayaan kita pada mereka.. just put our faith on them.. teruskan sokongan anda seperti geng ultra Malaya!

6 Mitos:

ILA HonEyBuNNy said...

okeh2...

xnak jadi lalang la...nak support di kala susah n senang..ehheh

Yui_Wani said...

Kalau lalu-lalang camne plak?

#offtopic

xD

h A n Y S said...

tu lah, kalau menang, kemain addict/excited. bila dah kalah, kemain salah-menyalah.. dorang dah buat yg terbaik kan.haihhh..


(hamboi,emo kau,hahaha)

cik azeya said...

tulah, dorang ni jahat lah. kalau aku jadi pemain, stress jugak rasanya. huuhu

tapi adat manusia lah kan.

bila menang dijunjung, bila kalah kutuk je kejenye.

adei.

Klara Naimm, said...

aku masih tak puas hati dengan king gopal sebab dia tak bagi baddrol main. HAHA. apa kurangnya baddrol aku? KAHKAH

Tapak Kaki said...

ila : bagus.. support selalu ok..


yui: ahaha.. aku tahu ang tak minat bola...


hanys: ang memang selalu emo pun.haha.. gurau je..


cik azeya: jangan kita jadi macam dorang sudah la...


klara naim: baddrol ang tu tak fit.. tu pasal king gobal tak kasi turun padang.. kalau ang nak tahu baddrol tu adik kawan aku...