Kali ni khatib bercakap mengenai “mati rasa, mati iman & dayus”.. ia berkisarkan amar ma’aruf nahi munkar.. umat Islam sekarang ramai yang membiarkan perkara munkar atau maksiat berlaku di depan mata kita tanpa menegur atau mencegahnya dari berlaku.. masing-masing hanya menjaga hal sendiri tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekitarnya..
‘Tak mahu jaga tepi kain orang’ mungkin menjadi salah satu prinsip hidup kita.. bila nampak sesuatu kemungkaran, kita hanya mendiamkan diri.. itulah yang dikatakan ‘mati rasa, mati iman & dayus’.. dayus kerana apa? Kerana kita takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku sehinggakan mereka tak berasa malu untuk melakukan kemungkaran tersebut berulang kali..
Individu yang mahu menegur kemungkaran mestilah dilengkapi dengan beberapa keperluan.. bukan boleh tegur main sedap mulut je.. mempunyai pengetahuan ilmu agama, tahu membezakan antara buruk dan baik, tahu yang mana halal mana yang haram, tahu antara fardhu dan sunat, bil hikmah dan berlemah-lembut antara kriteria yang perlu ada bagi sesiapa yang ingin menegur dan mencegah kemungkaran.. sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia menegur dengan kuasa,kalau tak dapat maka tegurlah dengan kata-kata, kalau tak dapat jugak, tegurlah dengan hati dengan membenci kemungkaran tersebut, dan itulah selemah-lemah iman..
Nak mencegah @ menegur kemungkaran hendaklah secara rahsia.. maksudnya kita tak boleh cegah sesorang tu secara terbuka sehingga seseorang tu berasa malu dan aib.. menegur secara bertemu empat mata @ berahsia membuat seseorang itu akan lebih menerima teguran kita dengan lebih baik..
Tanggungjawab mencegah dan menegur kemungkaran bukan terletak pada individu semata-mata.. ia boleh dilakukan secara berkumpulan.. mudahnya seperti adanya jabatan agama Islam, organisasi seperti ini ditubuhkan bagi menjalankan tanggungjawab amar ma’aruf nahi mungkar.. namun begitu setiap individu muslim seharusnya bekerjasama dalam memerangi kemungkaran yang berlaku.. jangan biarkan kita ‘mati rasa, mati iman & dayus’..
*merenung diri sendiri..
2 Mitos:
takut nanti yang ditegur jenis tak boleh ditegur cepat benor sentap..macam mana tu ? hehe
susah nak tegur seseorg neh..
kena ada gaya jugak...lau salah tegur kita lak y kena...huawwawwa
Post a Comment