Pages

Friday, September 3, 2010

Tapak Kaki Kini Penjenayah

Setiap orang yang melanggar undang-undang negara semestinya bersalah dan dianggap sebagai penjenayah..

Kini aku sudah bergelar seorang penjenayah.. bukan lagi seorang budak setan seperti dahulu..

Dulu aku seorang yang mendaulatkan undang-undang negara..

Yakni rukun negara yang terpampang di belakang buku tulis sekolah rendah..

Sekarang aku sudah mencabul undang-undang tersebut..


Tapi jenayah apa yang sudah aku lakukan?


Aku didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 13 (A), Kaedah 7 di bawah Kanun Keseksaan.


Aku terpaksa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam dan jika disabitkan kesalahan boleh dirotan sebanyak 13 kali atau dikompaun sebanyak RM70k atau kedua-duanya sekali..


Intro nak serius je kan..biar betol aku ni?haha...

sebenarnya tengah hari sebelum aku balik kampung kelmarin, aku kena saman dengan polis trafik dekat KM 2.4 lebuhraya guthrie.. boleh pulak polis nak buat road block tengah matahari mencanak tegak atas kepala.. tak reti panas ke diorang ni.. aku dan my lady kena saman sebab tak ikut jalan motosikal masa kat highway..rasa geli je kena saman sebab macam ni..haha.. kalau kena saman sebab merempit rasa megah la jugak.. ni takat cilok masuk jalan kereta apa la sangat kan.. membazir kertas saman je polis tu..


Kalau naik motor pergi shah alam aku memang tak pernah ikot jalan motor..sesape ikot jalan motor seperti mencampakkan diri ke lembah kebinasaan la jawabnya.. sebab apa aku cakap macam tu? jalan motor kat highway guthrie tu macam cilake! dah la jalan potong masuk dalam semak.. jalan tak rata, bengkang-bengkok, berlubang dan berpasir.. dalam erti kata lain bahaya..


aku tahu la roadtax motor hanya RM2 dan tol pun free tapi agak-agak la buat jalan macam tu..


mana la aku nak cekau duit nak bayar saman ni.. tak da baju raya lagi la aku tahun ni.. nampaknya aku kena kumpul duit raya bebanyak la nak buat bayar saman nanti.. kalau sebijik buah rumah kasi duit raya 10 hengget, jadi aku terpaksa pergi dalam doploh bijik rumah.. betol tak matematik aku ni?



p/s: sesape nak balik beraya, hati-hati lah yea.. polis dah start buat ops sikap..

Thursday, September 2, 2010

Cabin Crew Ready For Landing

Dengan ini kapten tapak kaki sengaja nak umumkan bahawa aku selamat mendarat di perkampungan orang asli terchenta dengan gumbira..

Terima kasih daun keladi kepada syarikat air bus transnational kerana sudi mentaja tiket penerbangan balik secara sehala yang berharga RM42.10 tunai..

Kepada pilot driver, terima kasih tak terhingga kerana bawak bas perlahan sangat memaksa aku bersahur dalam bas dengan roti perisa jagung, twisties, biskut orea dan air mineral tanpa sempat sampai ke rumah bersahurkan masakan puan emak..

Penghargaan juga kepada penumpang flite WTC 2349 yang tidur sampai tak ingat dunia, disertakan dengkuran yang agak merdu..


- The end -

Awan Dania episode 24

Babak 32

p/s: sekarang mode nak beraya.. bangun tidur kejap lagi, aku nak pergi cari mercun untuk main malam karang.. hooray!