Pages

Wednesday, May 11, 2011

NewBorn

Tajuk dah macam lagu Muse... tajuk je macam tapi cerita belom tentu lagi sama..

"Menyambut cahaya mata yang ketiga, parents dah kurang menunjukkan rasa excitednya.." boleh tak aku cakap macam tu? tak sama macam menyambut kelahiran anak yang mendapat tempat yang pertama dalam senarai anak kandung mereka.. mungkin tak terpacul dari mimik muka mereka, dalam hati siapa yang tahu.. lebih menampakkan rasa kesyukuran.. mana mak ayah yang tak sayang anak lebih-lebih lagi ibu yang berkorban segalanys selama 9 bulan.. lahirnya seorang bayi terus diazankan dengan kebesaran Yang Maha Pencipta..

Kasih seorang ibu tak membezakan anak sulong atau anak bongsu.. kebiasaannya si mak lebih manjakan anak bongsu dan yang sulong diberikan segala.. sama juga anak lelaki tunggal mahupun perempuan tunggal.. selalu dikatakan mereka diberikan kasih sayang yang istimewa dari keluarga.. mungkin betul mungkin tidak.. apa yang mesti kita tahu, ibu sayang semua anak-anaknya tidak kira walau macam mana sekalipun..tiada beza!

Pada hari ibu yang lepas, mak sedara aku baru melahirkan anak yang ketiga.. melahirkan zuriat pada hari ibu mesti rasa kelainannya.. walau kebanyakan ibu mengandung yang beranak melalui proses pembedahan memilih tarikh 050511 sebagai tarikh keramat, namun makcik aku ni memilih tarikh 080511.. bak kata makcik aku, "beranak ni bukannya macam nak pilih nombor plat kereta".hehe... SELAMAT HARI IBU..




Nama: Ahmad Husairi
Jantina: Lelaki
Berat: 2.55kg
fizikal: cukup sifat..alhamdulillah
kelebihan: belom pandai bermain bola
bidan: doktor HUSM
tukang azan: atok aku
tukang basuh uri: nenek aku
tukang tanam uri: atok aku 'lagi'
tukang masak waktu berpantang: mak aku
tukang ke hulu ke hilir: pakcik aku
tukang ziarah: baru aku

7 Mitos:

Selipar Putus said...

tukang karut takde ke nyah..?

Klara Naimm, said...

memang lah kalau nak sambut anak 1st ni dia punya sambutan gila teruja.

macam aku dulu, nak sambut anak pertama, ehhhh anak menakan pertama, memang gila tak sabaq. tapi lani aku dah tak suka kat depa sebab kehadiran depa menidakkan hak aku sebagai anak bongsu. dem.

nurkaloi said...

alaa comelnyerrr
mcm kaloi =.='

hahah ade gak tugas
tak kisah laa ann

nabilah_2908 said...

hahhahaha....tukang ziarah jer..?

tahniah atas kehadiaran ahli keluarga baru... :)

Shu Shinju said...

selamat..selamat..comel babay tu...:)

Selipar Putus said...

mane kOmen aku tak kua ag ni.. kO simpan wat pekasam ape kOmen aku ni nyah..? adesss

Puteri Iqa Izyan said...

waaa. comelnye.. nk pinjam boleh? lalala~