Pages

Sunday, October 30, 2011

Ketawa Hujung Minggu



Macam biasalah.. hujung minggu masa aku rilek-rilek tengok bola walaupun memang setiap hari setiap masa aku rilek je manjang.. petangnya aku dok pikir, banyak jugak match sedap malam ni.. final match liga malaysia membawak ke liga inggeris terus ke liga sepanyol..hambek.. sampai subuh aku layan bola semalam..





*KEEPER MALAYSIA lepas gol macam gitu je, aku KETAWA!

*CHELSEA kalah ngan ARSENAL di Stamford Bridge 3-5, aku KETAWA!

*LIVERPOOL menang, aku KETAWA!

*tengok game BARCELONA (5-0) sampai habis, aku KETAWA!

*masuk tidur lepas RONALDO score sebijik, aku KETAWA!
(madrid menang 1-0 je)

*bangun tidur semayang subuh sambil kepala hang, aku dah TAK KETAWA!



Tengok bola sepak ni memang penuh emosi.. ketawa saje semalam.HAHAHA..

Friday, October 28, 2011

Panorama Jumaat



Jarang-jarang sekali aku tengok..


walaupun tak ramai tapi ada..

wajib bagi kami, tidak bagi kamu..

tak semua tempat ada suasana seperti ni..

aku berlalu sambil tersenyum..

melihat kelibat kaum bertelekung turun dari masjid..


SALAM JUMAAT
p/s: masjid kampung aku dah boleh buat solat jumaat.. dah 4 kali jumaat..alhamdulillah.

Thursday, October 27, 2011

Sembang Kencang




Sejak kebelakangan ni aku ada 'menambahkan kawan' bukan di facebook atau aplikasi maya yang lain tapi dalam dunia sebenar.. kebanyakan kawan aku ni dalam lingkungan geng-geng yang aktif bersukan.. sebab social-life yang sama.. lainlah kalau aku ni artis, mesti Adam Levine tu dah dalam 'friend list' aku..



Aku nak cerita sikit pasal kawan aku sorang ni..


Mamat ni satu geng bola dengan aku.. main bola memang terer la.. walaupun lutut dia injured, masa ambik freekick, saing-saing Safiq Rahim jugak bola dia curve.. memang dia selalu bubuh gol.. yang tak tahannya bila dah scored, haa mula la sembang tak ingat dunia.. 'kalau tak da aku, takan menang team kita ni", bak kata dia.pfftt..


Selain dari main bola, mamat ni selalu jugak race haram.. bawak keta kancil turboooo 'kawan dia puyer'.. bertaruh pulak ada la dalam RM200-800.. tak pernah pulak dengar citer yang dia kalah.. asyik menang je manjang.. keta 'kawan dia' laju lah! skill bawak keta dia terbaik lah! lain-lain lagi lah! ok.. kalau dah menang tu, sah-sah duit taruhan dia dapat banyak.. kaya dengan duit haram la senang citer! tu pun kalau betul dia menang..


Tapi yang peliknya aku tengok gelagat dia tak menunjukkan dia ni kaya.. kasut futsal tak da.. sewa kasut manager aku tolong bayarkan.. main futsal masing-masing collect tapi dia sorang je buat rilek.. sehinggakan duit minum air pun orang lain yang tolong bayarkan.. aiyo..orang macam ni pun ada ke?!!!


p/s: aku cerita ni bukan nak mengumpat dia.. cuma tolonglah.. kalau kita tak da apa-apa sekali pun, jangan dok sembang kenchang sangat.. aku masih nak berkawan dengan ko laa..