Pages

Wednesday, February 23, 2011

Bil Astro


Sekapur sireh, aku nak berterima kasih pada yang nasihat aku pergi buat fisioterapi lagi.. arakian aku baru je balik dari unit pemulihan buat kali ke-3.. hatta sebelum ni rasa macam dah tak nak pergi dan tadi ada sejenis spesis rawatan baru untuk aku.. Encik Faliq buat ultrasound kat kakikanankusakit.. sebelum ni 1 rawatan je, so sekarang ni ada 2.. justeru, aku rasa berbaloi.. sementelah itu, aku rasa nak lengkapkan rawatan kali ke-4 pada 28/2 nanti dan terima kasih daun pisang kepada Encik Faliq..


Adapun begitu, tadi juga aku baru membaca bil astro yang terkini.. isunya government services tax sudah naik jadi 6%.. kepala hotak dia.. aku rasa sebelum ni mana ada government tax ni.. sudah dua bulan bayar untuk tax ni.. aku guna pakej famili+1mini+Sports=RM66.95 dan sekarang terpaksa bayar RM70.90.. bil astro korang macam mana?






p/s: Ada setengah orang tak kisah dengan menda ni semua tapi aku dan mereka kisah.. government ni tak da kerja lain ke?!!!

Monday, February 21, 2011

Ber.fisio.lan



Masuk hari ni, sudah 2 kali aku pergi memanjakan kakikanankusakit di unit pemulihan akhlak, bak kawan mat saleh aku cakap; physiotherapy.. Lalu timbul persoalan, perlu ke aku menjalankan kaki aku ke unit pemulihan tu? Sebab..


Masa menunggu: 60 minit

Masa rawatan: 16 minit

Bayaran: RM5

Kesan: rasa macam tak berkesan

#bonus: 2 kali datang sini, 2 kali aku kena saman parking lebih masa.. RM10x2=20sen.huhu..



*****************


Unit pemulihan ni kebanyakan yang datang semuanya warga emas.. first time aku terjah masuk pintu unit ni, rasa macam tersalah address pulak.. ingatkan rumah jagaan orang tua-tua.. tapi memang tu lah tempatnya.. mungkin ramai uncle auntie ni datang sebab ada masalah tulang kot..


“ Dorang ni kekurangan kalsium barangkali, tu yang cepat sakit tulang”..


Balik rumah tadi terus teguk susu anmum segelas..


*****************


Sejak pergi fisioterapi ni, aku tak rasa yang kaki aku makin elok.. rasa macam biasa-biasa je.. pasal bayaran dan masa tu no problem.. yang jadi problem kesan fisioterapi tu.. entah sesuai ke tak rawatan interferential therapy (IFT) tu.. tak tahu la dari segi klinikalnya macam mana,cuma apa yang aku rasa tetap sama.. bengkak tak surut, sakit tak reda.. terapi tu sepatutnya berkesan untuk mengurangkan kesakitan, merangsang otot/ligament dan peredaran darah.. menda bawah kulit ni memang susah kita nak nampak..ye dak? Humph, susah nak cakap..


just for this


p/s: Pendapat korang, dengan situasi aku ni patut ke aku pergi buat fisioterapi lagi?

Friday, February 11, 2011

Report Kesihatan Tapak Kaki

Oleh kerana aku sayang sangat dengan tapak kaki aku, jadi aku akan cerita pasal tapak kaki aku secara bertalu-talu dalam dua tiga purnama ni.. maklum saja la aset yang agak penting bagi aku selaku ahli sokan.. ye dak? Nak bersokan kena pakai kaki, nak melepak ngan kawan-kawan pun pakai kaki, nak ke masjid pun kena pakai kaki.. makan je kena pakai tangan.. makan pakai straw tu hanya special occasion je ok.. aku belom tahap tu lagi.hehe..


Isnin lepas aku keluar dating dengan seorang doctor orthopedic.. dating dalam hospital je.. aku ajak dia dating kat LAJUMAKANAN dia tak nak.. segan barangkali.. setelah dia dok tengok-raba-jampi- tapak kaki aku, dia pun meluahkan kata-kata cinta.


Doktor: sah! Kaki anda menghidap penyakit calcaneo-fibular ligament injury..

Tapaki kaki: huh! Teruk ke doctor..?!!!

Doktor: awk bernasib baik..

Tapak kaki: fuhhh..

Doktor: ligament tu hanya koyak sedikit.. kalau putus, memang kena operate!

Tapak kaki: errkk..gulp! nasib baik…

Doktor: paling kurang awak kena rest 6 minggu.. balik nanti beli tongkat boleh?

Tapak kaki: spital tak kasi free ke doktor?haha… tq doc.


Hooray! Balik sambung pakej honeymoon free kat rumah la..apa lagi.haha.. lama gila 6 minggu nak kena rest.. ni baru masuk 3 minggu.. boleh naik panau nak tunggu lagi 3 minggu.. tu pun depends on progression kaki aku la.. sampai je kat rumah, aku google menatang apa calcaneo-fibular ligament injury.. dulu lecturer aku tak kasi ceramah pulak pasal injury ni.. bincang pasal ankle sprains ada la..


Masa borak ngan doktor, aku buat-buat tahu je penyakit tu..jadi aku balik buat homework.. rupanya memang injury ni termasuk dalam ankle sprain. Second grade puyer.. injury ni selalu kena kat pemain bola sepak/futsal, basketball dan volleyball.. banyak faktor injury ni boleh berlaku antaranya permukaan padang tak rata, lompat dan landing tak betol, berjalan/berlari tak balance, keadaan kasut yang tak sesuai (nak main netball korang pakai heel memang tak sesuai la.haha) dan banyak songeh faktor lain lagi..



Jadi sekarang, aku dok rumah bertongkat dengan kaki yang berbalut sambil countdown lagi 3 minggu.. once kita injured, jangan serik nak bermain lagi.. injured tu biasa la.. mehnah bagi orang yang bersukan.. ye dak? Sekarang ni aku bersukan jugak.. main sukan chess, pakaw dan main SMS.. apa-apa pun MAJULAH SOKAN UNTUK NEGARA!




tongkat sakti

*nasib baik ada farmasi jual sebelah je tongkat ni.. $36.. selalu jual pair..

Friday, February 4, 2011

Dah Nasib Badan


Dah nama Tapak Kaki, jadi kena la citer pasal kaki sedikit sebanyak, ye dak? jangan ang complain pulak.. hari ni adalah annivesary kakikanankusakit sejak 2 minggu lepas.. pendek kata genap 2 minggu aku sengsara.haha.. padan muka! sengaja cari pasal kan.. lain kali nak bermain tu biarlah berpada-pada..


Walaubagaimana pun, kaki aku sudah beransur pulih.. tak bemakna aku sudah boleh berlari apatah lagi nak pergi tendang bola.. kejadahnya! cuma bengkak tu dah mula surut dan kaler biru dah mula kurang.. kira ok la kan..patotnya kaki ni sembuh lagi cepat.. dah aku ni tak reti nak duduk diam.. sakit-sakit pun keluar melepak jugak.. siap berjalan pergi shopping complex lagi.haha..


Kadang-kadang orang tak reti nak simpati dengan orang sakit macam aku ni.. tiap kali kuar lepak ngan member aku, taip kali tu la aku kena bahan.. cakap aku ni OKU la, bedah kaki letak kaki ronaldo la.. siap parking keta jauh-jauh nak suruh aku berjalan.. yang paling aku geram, masa turun masjid lepas semayang jumaat.. aku balik dengan kaki ayam.. selipar aku kena kebas.. dah la mencuri kat masjid, curi selipar orang sakit kaki pulak tu..badigol betol!


bengkak-biru dah makin kurang, tapi kaki makin hitam.haha


# TQ pada yang bertanya pasal tapak kaki ni ek.. aku saje tak nak balas komen angpa kat entri lepas..hehe