Pages

Wednesday, October 13, 2010

Bias Sang Media



Sudah lama aku tak ke stadium shah alam.. semalam aku pergi tengok perlawanan antara Red Giant lawan Red Warriors.. semalam bukan setakat lawan bola, siap lawan bertumbuk lagi.. pemain tak nak kalah sama juga dengan penyokong.. segala kejadian yang berlaku semalam aku dapat tengok live..


Dan tadi aku tunggu nak tengok berita pukul 1.30 hingga 2.00.. Apa yang menjadi isu sekarang ni, telinga aku ni rasa panas-panas je.. mata rasa pedih-pedih.. hati pulak rasa tak puas.. dengar text ucapan dari tukang baca berita sukan.. ayat berbaur macam nak burukkan sebelah pihak saja.. padahal dua-dua salah.. penyokong merah kuning dengan merah putih memang selalu bertelagah dari dulu.. tapi kenapa nak fokus pada kesalahan sebelah pihak? nak supaya orang lain nampak yang berbaju merah putih ni jahat ke?




Visual dalam kaca tivi hanya tunjuk penyokong Red Giant yang kena belasah.. Penyokong Red Warriors yang kena pukul tak tunjuk pulak.. segala kejahatan hanya tersuluh pada sebelah pihak.. kalau sesiapa perasan, kalau penyokong merah putih baling mercun terus masuk tivi cakap merusuh.. tapi kalau penyokong negeri lain yang bakar mercun, tak da pulak berita yang cakap buruk pasal kelakuan tu.. negeri cik siti ni pantang buat salah sikit, terus masuk berita..


Kalau sesiapa yang hanya dok dengar apa yang media cakap, angpa semua mesti tertipu.. nak kelentong orang yang tak pergi stadium boleh la.. ramai kot yang saksikan kejadian semalam kat dalam mahupun luar stadium.. kami tahu mana yang betul mana yang salah..


Secara peribadinya aku memang tak suka dengan kelakuan penyokong semalam.. ganas dan tak da semangat kesukanan langsung.. menang jadi arang, kalah jadi abu.. "tak da faedahnya pada sukan bola sepak negara kita", bak kata Tan Sri Anuar Musa.. aku hanya pencinta sukan dan ingin aku katakan STOP MEDIA BIAS!


p/s: kalau nak faham isi perut aku ni, angpa tengok la berita sukan hari ni ok.. di saluran perdana..

10 Mitos:

Cik SHiNJU said...

Salam...

xtau nak ckp la...
takut menyinggung perasaan kwn2 aku dr kedua2 negeri..lgpun aku dh lama x layan Liga M... Bukan aku blagak tp lbh baik aku tgk bdk tadika main bola dr tgk dorg nih...last aku p stadium thn 2006..pastu aku layan EPL jer dah..kalah pun puas hati sbb dorg main bersungguh2..

BabiesMom said...

huishhhhh naseb baik tapak kaki tak kena apa2... aper la lepa ni.. nk p tngok bola ker nk p lawan2.... adoi... bilalah nk henti semua nie

Unknown said...

Saya penyokong M.U !!!! ^0^

Unknown said...

Saya penyokong M.U !!!! ^0^

Unknown said...

Saya penyokong M.U !!!! ^0^

Aleen Aiden said...

ah aku xkesah sape salah sape btl.yg aku rase panas skang nih apesal bende yg patutnye jadik tempat kite release tension,beseronok2,bergumbira2 jadik tempat gado plak.pdhal sukan nih utk mengeratkan silaturrahim anta umat jugak.haramjadah nak erat mcmane klo da jdik camnih.
yg begado 2 pon mcm xde akal,da besor2 pnjg nak em2.haih!

Carnation said...

Takkan hang baru nak sedar yang team S tu memang anak emas media

Aku dah lali la. lali.

Selipar Putus said...

M.U~

Yuni Aisyah said...

x ada semangat kesukanan langsung...asal je ada perlawanan bola mesti jd gini..huhu..

shuhadah Zainol said...

wah..lamanye saye x dtg sini... kikiki...

tapak kaki ok ke???... xde kemalangan jiwa kan!!!... alhamdulillah....:)