Pages

Saturday, December 24, 2011

Frust.. Adoyai..



Disebabkan kawe tak jawab panggilan demo semalam, terus kawe dipersalahkan..
huh!.. terus hilang mood..


ceritanya macam ni..


Sebelum ni kawe ada pergi interview dekat sebijik company ni.. dan dia cakap akan bagi feedback sebelum cuti hari natal.. kawe memang excited gila la nak kerja kat company ni dan dia pun macam dah bagi harapan nak ambik kawe bekerja..


Dan selepas tu kawe memang alert lah dengan handphone.. tak sempat handphone berdering lama kawe terus angkat.. nasib baik handphone kawe tak bawak masuk dalam jamban sekali time nak mandi.. nak alert punye pasal.. ye la kan.. takot terlepas panggilan penting..


Nak dijadikan cerita pagi semalam kawe balik kampung.. nak kerjakan kebun getah mak kawe tu.. bubuh baja pastu tebas semak-samun sikit.. jadi kawe tinggalkan handphone tu kat rumah atok kawe.. kalau bawak sekali pun bukan leh pakai.. tak da line.. balik je dari kebun kawe check ada miscall dari unknown number.. terus kawe curious! 


Kawe check dan memang nombor tu kepunyaan company tu.. kawe bajet dorang akan call balik tapi memang bajet je la.. dorang tak call balik pun.. jadi petang tadi aku call dorang dan dia cakap kawe dah kena reject..




"semalam saya dah call tapi tak angkat.. jadi saya tak jadi la ambik awak bekerja"..  


Kawe speechless! Kawe rasa hampeh gila sekarang ni.. boleh ke dia kasi alasan macam tu kat kawe.. kawe tengok ada 1 je kot misscall dari dia.. 



kawe sero supo loser jah loni!

Friday, December 16, 2011

Pesan Khatib #10



Khatib memulakan khutbah dengan menyeru ahli jemaah supaya bertakwa kepada Allah swt.. seraya beliau berkata..
  •       Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kitab al-Quran sebagai panduan hidup..

  •       Setiap manusia akan berjalan menuju akhirat dan tanpa bimbingan dari al-Quran nescaya kita akan sesat diperjalanan..

  •       Orang yang beriman tidak akan membuat sesuatu sebelum bertanyakan kepada Allah dan Rasul-Nya..iaitu bertanyakan kepada kitab al-Quran dan Hadith..

  •       Dalam semua aspek ibadah, muamalat, munakahat dan jinayah wajib kita mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran..ianya lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dari segi ekonomi, pentadbiran dan politik..

  •     Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi seluruh umat manusia yang serba lengkap dan sempurna..


“ seperti mana bila kita membeli handphone @ kereta, ianya disertakan dengan buku panduan untuk menggunakan benda tersebut.. begitu juga kita diberikan buku panduan iaitu al-Quran untuk hidup di muka bumi ini ”


  •       Sesiapa yang mengikut petunjuk tersebut nescaya mereka akan berjaya dunia dan akhirat..

  •       Al-Quran bukan hanya buku untuk dibaca malah untuk diamalkan sebagai panduan..

  •       Manusia sekarang bukan sahaja tidak membaca al-Quran sebaliknya mereka berpaling dari panduanNya.. lebih teruk lagi ada yang sanggup berkata buruk terhadap kandungan kitab Allah..

  •       Sesungguhnya mereka tergolong dari kalangan orang musyrikun/munafikun dan akan menjadi bahan bakar dalam api neraka..



 Sebelum khatib menghabiskan khutbah pertama, beliau sempat sound-direct kat bebudak yang bising kat belakang suruh dok diam jangan bercakap (first time aku dengar khatib sound masa dok sampaikan khutbah)..


dan khatib akhiri khutbah yang kedua dengan suasana yang aman bebudak dah takot nak buat bising..



p/s: aku berpesan kepada diri sendiri dan kengkawan.. moga kita sama-sama mendapat manafaatnya.. barakallahufikum..