Pages

Sunday, November 8, 2009

Bola Sepak Kelantan Kini



Semalam baru sahaja tamat Final Piala Malaysia di antara Kelantan melawan Negeri Sembilan.. sebagai peminat bola sepak, tak sah sekiranya aku tak bagi 'kata-kata aluan' sempena final semalam.. selaku wartawan sukan untuk akhbar BOLOS, aku mesti kena buat laporan kan..haha (poyo)..jadi, tulisan ini hanyalah pandangan aku semata-mata..jangan la ada orang yang tak puas hati lalu menyaman aku.. harap-harap tak ada tawaran untuk belasah aku..hoho..

jika dilihat dari final piala malaysia mahupun final piala FA, apa yg aku boleh cakap kini dah makin ramai yg meminati malah meng'gila'i sukan bola sepak tempatan kita(harap-harap penyokong kelantan tak 'gila')walaupun kejadian semalam banyak aksi-aksi 'gila' dilakukan..

besar juga impak dari kekalahan pasukan kelantan semalam dengan 3 gol berbalas 1 sahaja..dari kedai kopi ke kedai gunting rambut ke kedai jual burger ke padang bola sehingga ke sungai golok semua orang dok bercerita pasal kekalahan yg memalukan tu.. ternyata rakyat kelantan semua kecewa dengan kekalahan tersebut.. tambah memalukan dengan kejadian membaling botol, membakar mercun dan membakar seat stadium.. nasib baik la stadium kelantan tak ada seat macam tu, kalau tak confirm diorang ni bakar habis semua..



tak kira samada orang tengok secara live di tv1 atau di stadium bukit jalil, mereka akan lihat 'keganasan'.. penyokong ganas..pemain pun 'kasar'.. mungkin penyokong kelantan tak dapat menerima kekalahan berterusan selepas kecundang pada Selangor di final piala FA.. marah bercampur kecewa menyebabkan mereka berkelakuan ganas.. orang tua cakap marah tu tandanya sayang..rupanya mereka ni sayang sangat pada bola sepak kelantan sampaikan mereka tidak sedar dalam masa yg sama mereka sudah memalukan negeri sendiri.. terimalah kekalahan dengan hati yg terbuka..

pelbagai sebab diberikan atas kekalahan ini dan yg paling menggelikan telinga adalah kelantan kalah disebabkan ada pihak yg mengatur perlawanan.. dikatakan kemenangan sengaja diberikan kepada Negeri Sembilan sempena Yang Dipertua Negeri Sembilan yg baru sebagai hadiah.. sumber yg meragukan..kabar angin ini diperkuatkan dengan peringatan dari kawan aku yg selalu 'main judi'.. "kalau nak bertaruh malam ni, ko letak n9 menang 3-1", kata beliau.. sebenarnya aku malas nak percaya dengan menda macam ni.. bukan apa, cuba korang fikir..takan la pasukan kelantan yg dah berusaha gigih untuk masuk final nak persiakan usaha mereka dengan memperjudikan perlawanan semalam.. harap semua ni tak betul walaupun aku rasa logik je menda ni kalau nak jadi..

apa-apa pun dari mata padangan aku, pasukan kelantan dah banyak peningkatan dan mampu pergi jauh.. setelah sentuhan 'rebranding' dari Tan Sri Anuar, sudah banyak pembaharuan di buat pada pasukan kelantan ni..aku harap Red Worriors sentiasa positif dan menjadi yg terbaik di antara pasukan yg lain.. walaupun kalah aku tetap bangga kerana Kelantan berjaya masuk ke final.. sekian laporan dari Stadium Bukit Jalil..BOLOS saja dinding itu!!!

>>>> Dialog pilihan hari ini

Di suatu tempat bernama kedai kopi

Pak Chu: hurmph.. ambo abih tei gi stadium nok sokong puok kito main bola..

Pak Mail: kawe tengok tibi jah..teruk aloh pok kito..kalu kawe main tobak mene..

Pak Chu: hahaha..jolo doh tu..seghok soro kawe dok soghok smale.. tok ngapuh gi..

Mek Nab: laaa..patut la gege smale.. ado gapo eh? (celah Mek Nab)

Pak Chu & Pak Mail: erkkkk...tok kembe sungguh mung ni..

p/s: ada juga orang kelantan tak tahu semalam final piala malaysia.. mesti mek nab tu dari Siam..haha.

* Gambar dicedok dari http://www.kosmo.com.my

6 Mitos:

aRien de GreaT said...

err..psal hadiah sultan n9 tu btul ker???ish keji la kklu diorg bt cmtu..hmmm...

err..yg mek nab kta 'gege' tu pe mksudnyer??xfhm..gege tu apa??heheh

Tapak Kaki said...

gege tu maksudnya bising...

psl hadiah tu aku malas nak cari kepastian...nnti buat aku fade up

aRien de GreaT said...

tpi klu bab kalah nk malu..aku rsa xpyh kot...yela..bukan sng nk msuk final..ok la tu...dh n9 menang..so kltn tpksa la kalah..
tpi....yg malunyer..mang la psal bkar2 tuh..hmmm..
kang kena band kan ssh..

Musezafar GB said...

takde la.. tak kan boleh diorg nk jual game, memang n9 deserved to win.. cuma naseb tak menyebelahi kelantan.. diorg harapkan indra sorang jek, memang tak boleh..

Tapak Kaki said...

apa:
aha..nmpk sgt kelantan harapkan si indra sorg tu je..yg lain keras dok beku dlm padang..mgkn diorg cuak main final kot.haha. xbiasa...

arin:
malu dgn perangai diorg tu.. memang x patut.. 1 malaya tengok.. diorg ni x serik kena ban ari tu

Anonymous said...

bahayo2..hohoh..=)-dill-